01/11/2012

Alessandra Ambrosio Menyarungi Fantasi Bra Bernilai USD 2.5 Juta

Siapa disini peminat pakaian dalam dan barang berjenama Victoria's Secret? Dan juga yang mengikuti pentas peragaan VS? Yer. Salah sorangnya adalah Mummy. Dari Universiti lagi, memang Mummy mengikuti pentas peragaan Victoria Secret Fashion dan menggunakan jenama ini terutama sekali set mandian dan losyen. Tapi malangnya selepas sahaja tamat belajar, dah tidak dapat lagi nak download PERCUMA dari server yang di khaskan untuk pelajar Universiti. Pelbagai cerita korea, melayu, english serta lagu, video klip dan bermacam-macam yang dikongsikan.

Semenjak dari itulah memang dah tak mengikuti pasal Victoria's Fashion Show ni. Last sekali punya show tahun 2008/2009 tak sure kena check balik HD laptop tu. Hehehe. Mummy suka tengok fashion show ni sebabnya bukan apa, memanglah banyak aksi seksi-seksi tapi tidak menghairahkan pun (tak tahu lah lelaki) tetapi Mummy minat dengan cara mereka meragakan pakaian dalam mengikut tema, ada kadang candy theme, Queen Victoria's theme dan bermacam-macam lagi yang digayakan bersama "fairy wings". Pentas peragaan itu dipenuhi dengan glitter dan juga alunan musik yang rancak. Ia memang lain daripada yang lain. Selain daripada itu, Mummy juga jadikan angels VS ini sebagai idola untuk menguruskan badan. (hahaha). Yer boleh ketawa lebih sikit part nak kuruskan badan ni. Mungkin jauh nak kurus macam Heidi Klum. Ada salah satu Victoria Secret Fashion show ni, dia masih dalam pantang kira kurang dari 44 hari, dia telah berjaya menurunkan berat badannya kembali asal sebelum mengandung dalam masa 2 minggu sahaja. Gigih ber-gim demi semata-mata untuk memperagakan million dollar bra yang khas direka untuknya. Boleh jadi motivasikan?? Mampu?? *Pejam mata




Alessandra Ambrosio, Victoria's Secret Fashion Show, Design Baju Dalam seksi.

Ada sedikit updates untuk peminat Victoria's Secret Fashion Show. Jika tahun lalu Miranda Kerr berpeluang menyarungi Fantasy Bra yang penuh sarat dengan batu permata, kini giliran angel dari Brazil, Alessandra Ambrosio memperagakan objek seni itu. Ambrosio akan memperagakan dan memakai Fantasi Bra di atas pentas peragaan Victoria's Secret Fashion Show 2012 di malam pertunjukkan nanti yang penuh gilang gemilang. Dianggarkan ianya bernilai USD 2.5 juta yang bertahtahkan butiran belian sebanyak 5200 yang bersinar direka khas untuk pakaian dalam tersebut. Pada malam itu nanti, angels lain seperti Adriana Lima, Candice Swanepoel, Miranda Kerr, Doutzen Kroes dan ramai lagi akan melewati dan ber-catwalk bersama Ambrosio dalam helaian pakaian dalam "lingerie", kostum dan kepak mega ala karnival. Pertunjukkan yang dinanti-nantikan itu akan dimeriahkan lagi dengan pertunjukkan LIVE dari penyanyi Bruno Mars, Justin Bieber dan Rihanna yang turut hadir untuk disaksikan berjuta-juta peminat Victoria's Secret Fashion Show itu nanti. Sekiranya Astro dapat menayangkan Victoria's Secret Fashion Show ni disiarkan di channel 711, bolehlah berpeluang tengok. =)

Xoxo,
Mummy Akmar