16/11/2012

10 Tips Untuk Menangani Tekanan Daripada Penceraian

Penceraian boleh membawa banyak kepada perasaan dan emosi yang negatif. Perasaan dan emosi yang terganggu ini akan menyebabkan seseorang itu tertekan yang boleh mengganggu keupayaan untuk menjalani kehidupan dengan baik. Perkara yang paling perlu anda buat adalah belajar untuk menenangkan diri, jauhkan diri dari segala jenis tekanan atau biarkan sahaja ia berlalu buat seketika waktu. Anda patut fokuskan lebih kepada diri anda dengan cuba mengaktifkan diri, menjaga kesihatan dan juga bergerak maju kehadapan tanpa memikirkan perkara tersebut dengan mendalam yang boleh membuatkan diri anda terbelenggu dengan penceraian.

Semua perkara ini memerlukan seseorang untuk redha dengan perkara yang telah terjadi dan buat perkara yang dapat membantu diri kearah kebaikan. Anda perlu mengenalpasti dan menangani tekanan menjadi perkara penting untuk saat ini kerana dengan ini anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan lebih produktif. Di bawah ada beberapa cadangan untuk anda mengendali tekanan semasa proses penceraian:

cara menangani tekanan perasaan, cara menangani tekanan daripada penceraian, atasi stress bercerai, tips dan nasihat untuk orang bercerai, blog ibu tunggal yang diceraikan
Image: Google

1. Pastikan Beri Perhatian Kepada Keperluan Emosi Anda
Anda boleh cuba mencari kumpulan sokongan dan menyertainya. Cara lain yang boleh dipraktikan adalah dengan bertemu dengan ahli terapi dan jika perlu berjumpalah pakar kaunseling untuk anda meluahkan perasaan. Dengan cara bercakap, anda dapat meluahkan perasaan sedih kerana ia dapat mengurangkan tekanan emosi yang anda sedang hadapi.HOT! Rahsia Hukum Tarikan - Kejayaan Dan Kebahagian Di Dalam Tangan Anda


2. Pastikan Diri Cergas Serta Kekal Aktif Dengan Menjaga Rutin Pemakanan Dan Senaman.
Tiada apa-apa yang dapat membantu emosi kita kembali lebih baik dan tenang daripada aktiviti fizikal. Ia akan membantu anda dalam melegakan tegangan, kemarahan dan kebimbangan.HOT! Ubat Putus Cinta


3. Lakukan Perkara-Perkara Yang Akan Menyenangkan Emosi Dan Fizikal Anda.
Salah satu cara untuk menenangkan diri sebagai contoh dengan membaca sebuah buku yang baik, mendapatkan banyak rehat, pergi bercuti, berendam dalam kolam mandian panas, dan sebagainya. Sentiasa berada di samping orang yang positif. Letakkan usaha ke dalam gaya hidup yang akan menggalakkan perasaan anda ceria, gembira dan tenangHOT! Rahsia Cepat Tambah Rezeki


4. Biarkan Segala Masalah Yang Berada Di Luar Kawalan Anda
Jika anda berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa atau menyakitkan, cuba belajar untuk biarkan masalah itu berlalu tanpa memikirkannya lebih mendalam masalah tersebut. Ambil sedikit masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk diri anda dan kembali kepada masalah yang besar tadi dengan tindakan yang perlahan-lahan. Kekal fokus dan hadapinya dengan tabah.HOT! Teknik Pengurusan Masa


5. Beri Kelonggaran Kepada Perasaan Emosi Anda
Perasaan dan emosi adalah normal, sama ada positif atau negatif. Setiap perasaan dan emosi yang kita alami memainkan peranan yang besar di dalam kualiti hidup kita. Elakkan aktiviti pemusnah seperti meminum minuman keras, mengambil dadah/ubatan merbahaya ketika berurusan dengan perasaan dan emosi anda. Jangan biarkan emosi dan perasaan anda untuk anda membalas dendam, membuat orang lain menjadi mangsa keadaan atau membuat sesuatu perkara yang merbahaya terhadap pasangan anda. Jika anda marah atau sakit hati, cuba cari seorang rakan yang selamat untuk melepaskan tekanan, bercerita dan berjenaka untuk meringankan bebanan perasaan anda.HOT! Rahsia Hati - Panduan Memikat Dan Menawan Hati Lelaki


6. Tukar Setiap Jangkaan atau Harapan Yang Anda Ada.
Tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk mengawal perasaan dan tindakan orang lain. Kita mungkin berfikir bahawa semasa perkahwinan, kita dapat mengawal dan merubah perasaan kita tetapi ia mungkin tidak akan terjadi. Oleh kerana, anda sedang dalam proses penceraian, anda mempunyai kurang kawalan dari sebelumnya. Cuba untuk "let go" atau lepaskan apa-apa aspek dari segi perasaan atau pon tindakan yang mungkin akan berlaku nanti walaupun ia dari bekas pasangan anda. Cuba biarkan apa yang anda rasa dan belajar untuk menerima apa sahaja yang mungkin akan berlaku.HOT! Jana Wang Di Rumah - Untuk Wanita Sahaja


7. Jangan Membuat Keputusan Yang Terburu-buru
Apabila anda sedang melalui kehidupan yang sangat mencabar pada saat ini serta keadaan yang sangat tertekan, apa-apa keputusan atau perubahan kepada kehidupan, anda tidak perlu membuat keputusan dengan tergesa-gesa. Setiap perbuataan yang anda lakukan akan memberi kesan dan akibat pada seseorang dan juga masa depan anda dan bekas pasangan anda. Ambil masa untuk berfikir secara logik tentang tindakan, perilaku dan keputusan anda dengan meniliti baik dan buruk sesuatu keputusan yang anda pilih.HOT! Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda


8. Luangkan Masa Untuk Aktiviti Menyeronokkan.
Ingat anda juga seperti manusia lain. Ingatlah untuk ketawa dan membuat aktiviti yang mengembirakan bersama rakan-rakan dan keluarga dengan kerap menyertai permainan atau sukan. Kekalkan persaudaraan dan hubungan antara sesama yang lain untuk bersosial. Jangan sesekali mengasingkan diri anda dari orang lain.HOT! Motivasi Diri Anda


9. Amalan Rohani Bantu Dekatkan Diri Pada Pencipta
Setiap dugaan yang diberi terhadap setiap insan di muka bumi ini adalah kerana anda adalah insan terpilih dan disayangi olehNya. Cuba rapatkan diri dengan Allah SWT dengan sering berdoa, lakukan solat sunat seperti solat taubat, tahajjud dan bermacam-macam lagi untuk aktiviti kerohanian. Banyakkan berzikir kerana dengan ini anda akan berasa lebih tenang. InsyaAllah ada jalannya nanti yang diberikan oleh Allah SWT untuk anda setelah anda lalui jalan yang sempit pada ketika ini yang penuh cabaran dan dugaan ini. Bersabar dan usaha mana yang mampu demi untuk teruskan hidup. Ingatlah dunia ini adalah sementara dan setiap insan yang dianiaya akan diberi balasan yang setimpalnya kepada pihak yang menganiaya. HOT! Tenang Dengan Makanan Mengurangkan Tekanan


10. Terus Maju Kehadapan Dalam Kehidupan
Ya, anda perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya dari kesedihan dan tekanan emosi yang anda alami dari pada kesan penceraian ini. Jangan berada terlalu lama dalam tahap itu dan pindah ke suatu masa yang lain iaitu anjakan paradigma untuk diri anda sendiri agar anda dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain dan menjalankan tanggungjawab yang anda milik iaitu kepada diri anda dan keluarga. Maafkan diri anda, jangan salahkan diri anda serta maaf bekas pasangan anda. Dengan ini, anda akan berasa lebih tenang, lebih kekuatan dan matang melalui pengalaman ini untuk meneruskan kehidupan baru andaHOT! Kuasa Doa Pengasih Merapatkan Jurang Hubungan



Xoxo
Mummy Akmar