30/10/2012

Spa Kecantikan Di Rumah Dengan Lemon Tanggal Sel Kulit Mati

Buah Lemon dapat dijadikan ramuan semulajadi yang boleh digunakan untuk membuang sel-sel kulit mati. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mempraktikkan cara pembersihan kulit dari sumber semulajadi dan tidak menggunakan produk pencuci muka yang mempunyai bahan kimia tertentu yang dapat memberi kesan pengelupasan yang ekstrem kepada kulit kita. Di samping kebaikan natural buah lemon ini, ia juga mengandungi Vitamin C yang tinggi dan juga Vitamin E yang begitu baik untuk kulit anda.

Spa sendiri di rumah, guna lemon untuk buang sel kulit mati, pembersihan kaedah natural tanpa bahan kimia, menghilangkan kesan bintik hitam di muka, muka nampak berseri, pengelupasan muka tanpa bahan kimia
Sumber: Google

Apa yang anda perlu lakukan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan muka anda:

- Perahkan air lemon sebanyak yang boleh.

- Bersihkan muka anda dahulu dan kemudian celupkan gumpalan kapas ke dalam ekstrak lemon tadi dan sapu ke atas muka anda

- Ulangi proses tadi sehingga keselurahan muka dibasahi dengan ekstrak lemon tadi.

- Biar ekstrak lemon tadi kering di muka selama kira-kira 10minit (ekstrak lemon akan membuatkan wajah anda sedikit meruap dan pedih jika anda mempunyai kulit yang sensitif)

- Kemuadian, bersihkan kesan ekstrak lemon di kulit muka anda dengan membilasnya menggunakan air sejuk. Pasti anda akan rasa amat segar.

- Ulangi proses ini sekali atau dua kali sehari. Semestinya anda akan dapat melihat hasil yang menakjubkan dalam tempoh 14 hari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bagi sesiapa yang inginkan kulit anda putih berseri. Kaedah ini sangat praktikal dan murah serta bebas bahan kimia yang berbahaya. Selamat mencuba!

Xoxo,
Mummy Akmar