11/10/2012

Selepas 3 Tahun

Ramai yang mempunyai cita-cita dan impian. Semua memerlukan tenaga dan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai manusia, tidak salah jika kita kadang-kadang impikan sesuatu yang kita inginkan dan membuatkan kita berangan-angan. Tetapi ramai yang tidak tahu dengan angan-angan ini sebenarnya memberi kita satu anjakan dari segi positif atau negatif. Kerana ia terpulang kepada seseorang individu tersebut.

Banyak rintangan dan dugaan yang dilalui. Kalau difikirkan semula dari sejak kecil, meningkat dewasa dan sehingga kini. Memang manusia tidak terlepas dari melalui dugaan. Dugaan mendewasakan kita dan memberi impak dalam kehidupan harian kita dan ini juga membuatkan kita lebih matang untuk membuat sesuatu keputusan.

Rancangan demi rancangan untuk mencapai impian itu bukan sesuatu yang mudah. Merancang dengan sempurna kadang-kadang ada beberapa faktor lain yang membuatkan kita merancangnya dan tidak mengikut apa yang dirancangkan untuk mengkecapi sesuatu impian. Alangkah mudah jika kita dapat merancang, mencapai impian dan menikmati kejayaan itu dengan senang. Masih jauh perjalanan dan yang penting kita masih perlu merancangnya, melaluinya, merasakannya dan menikmati impian itu secara gembira atau kekecewaan.



3 Tahun akan datang....
Mummy ingin menjadikan blog ini menjadi tatapan bagi wanita diluar sana yang memerlukan kekuatan, dorongan dan iktibar. Berharap agar mereka dapat bangkit semula dengan semangat yang baru. Harapan Mummy agar blog ini menjadi suatu tempat mereka untuk mendapat inspirasi baru untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama seperti Mummy dan juga bagi mereka yang memerlukan kekuatan untuk meneruskan cabaran dan dugaan hidup. Sejak berblogging, banyak Mummy dapat komen pertanyaan dari permasalahan mereka dari segi kehamilan dan penceraian. Ada juga yang menghantarkan email kepada Mummy untuk menanyakan pendapat Mummy sendiri tentang masalah yang mereka hadapi seperti di bawah ini. Semestinya, seperti asalnya penubuhan blog ini akan menjadi tatapan untuk diri sendiri dan anak kesayangan Mummy. Penat hening dan lelah dilalui oleh Mummy untuk membesarkannya seorang diri tanpa suami disisi. Mummy berharap agar beliau akan sering bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadanya, syukur dengan rahmat dari Allah dan akan membayar jasa Mummy ini. Mummy tidak meminta wang, atau kekayaan tetapi harapan Mummy adalah semoga beliau menjadi seorang anak yang solehah dan berjasa kepada ibu bapanya dan semua makhluk di muka bumi Allah ini, dapat menemani Mummy di hari tua nanti dan dapat mendoakan Mummy bila suatu hari nanti ketiadaan Mummy. InsyaAllah...

assalamulaikum Mummy,

akak pembaca blog mummy. akak doakan perjalanan mummy mendapatkan keadilan & hak2 dipermudahkan allah.

akak juga dalam proses bercerai...dah pergi kaunseling tapi it didnt help much... tgh consult dgn loyer utk fasakh...pening nak menghadapi fasakh ni sebab proses yang lama & kos pun tetntu la berganda. masalahnya akak tak tau samada suami nak ceraikan akak ke tak sebab dia langsung taknak bercakap...hntr sms/call semua tak reply. pergi kaunseling pun taknak bercakap. memang bacul sungguh....dia pun dah keluar dari rumah...

akak nak tanya berapa kos loyer mummy setakat ni...

teruskan share ye apa2 experience mummy tapi bila kes dan naik court mmg susah la nak tulis kat blog. sama2 kita berjuang dapatkan hak kita ye. tapi kalau blog mummy diprivatekan, jgn lupa invite akak ye.

kak ****,kl (tapi org tmn sppk ipoh)
012 *******



 
3 tahun akan datang....
Impian yang Mummy sering canang-canangkan. Impian ini menjadi lebih mendalam apabila diberi semangat oleh rakan blogger untuk membuat perniagaan online. Impian ini nampak senang tetapi memerlukan masa, tenaga dan wang yang diperuntukkan untuk merealisasikan impian dan cita-cita ini. Untuk impian ini bermacam yang perlu difikirkan. Mungkin nampak mudah tetapi banyak yang perlu diambil kira. Perkara yang paling penting untuk perniagaan online ini adalah platform untuk berniaga di alam maya ini. Masalah demi masalah timbul yang Mummy hadapi dan mungkin dapat memberi kesan sampingan atau tempias kepada orang lain. Mummy mintak maaf banyak-banyak sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi kepada beberapa pihak. Kadang-kadang keputusan yang diambil mungkin agak drastik dan juga Mummy sendiri terlajak untuk membuat keputusan. Maklumlah sebagai seorang wanita, memang tidak asing lagi apabila membuat keputusan itu akan dipengaruhi dengan sikap dan emosinya. Secara jujur, di dalam hati ini Mummy menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada pihak-pihak lain tersinggung dengan keputusan yang diambil. Masalah yang Mummy hadapi, Alhamdullilah dapat diselesaikan. Mummy membuat keputusan untuk mengambil pereka laman untuk blogshop Mummy untuk memaparkan koleksi terbaik dari Style Me Gorgeous By Qashmere dengan harga yang minima dan berpatutan. Setelah mencapai kata sepakat dan persetujuan, Mummy tanpa teragak-agak untuk membuat bayaran kepada akaun bank beliau. Alhamdullilah, semalam pereka tersebut menghubungi Mummy sendiri dan memberitahu yang beliau akan meng-upgradekan blogshop ini ke webshop yang dilengkapi dengan sistem e-commerce untuk memudahkan pelanggan dan diri Mummy sendiri. Pertukaran secara tidak sengaja ini yang diusulkan oleh beliau dengan secara PERCUMA. Sistem yang beliau ingin tajakan untuk perniagaan online ini yang bernilai RM5000 telah diberikan kepada Mummy. Sungguh terkejut dan masa yang sama terlalu gembira dan tersentuh hati dengan pemberian ini untuk Mummy mulakan perniagaan. Ingin Mummy ceritakan sedikit tentang perniagaan online Mummy yang sedang diselenggara dan dibina lamannya. Style Me Gorgeous by Qashmere ini merupakan initiatif Mummy sendiri dan dibantu oleh kakak Mummy untuk menjana pendapatan sampingan untuk kami. Disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan dan fesyen, Mummy cuba mengetengahkan koleksi fesyen dan design baju yang bergaya untuk lapisan wanita diluar sana. Koleksi dan design baju untuk wanita bekerjaya, suri rumah dan juga wanita agam (plus size fashion). Mummy berharap, blogger yang lain dapat menyokong dan membantu Mummy untuk memastikan perniagaan online ini berjaya hendaknya. Harapan Mummy juga selepas 3 tahun akan datang, Mummy berharap Qashmere akan berkembang maju dan pesat sampai bila-bila. Mummy ingin mengubah kehidupan sendiri yang berada pada tahap selesa dan ingin mahukannya lebih baik lagi untuk keselesaan diri sendiri dan anak. Harapan Mummy agar boleh mencapai gaji bulanan 5 angka iaitu RM10,000.00. Tidak pernah lagi merasai gaji yang setinggi itu. Kerana gaji paling tinggi yang pernah Mummy perolehi adalah RM6000.00 semasa bekerja di syarikat multinational dulu. Harapan Mummy, mungkin satu hari nanti Qashrin akan menjadi pembantu atau mengambil alih tempat Mummy perniagaan atas talian ini. Masih jauh cita-cita dan impian ini. Walaupon, perniagaan online ini masih awal, apa yang boleh Mummy katakan "belum cuba belum tahu". Perancangan awal strategi untuk memperkembangkan perniagaan online yang Mummy ingin laksanakan adalah awal tahun ini iaitu mungkin January 2013, Mummy ingin ke luar negara untuk mendapatkan koleksi baju yang bergaya yang di reka penuh ketelitian dan harga yang berpatutan untuk semua lapisan wanita diluar sana yang sukakan fesyen. Tidak kira sama ada mereka ini mempunyai tubuh yang kecil atau besar. Masing-masing ada hak untuk nampak cantik dan bergaya.




 3 tahun akan datang...
Mummy ingin menghasilkan penulisan yang baik dan dapat memberi impak kepada hati pembaca dari berbagai jenis isu semasa, tips dan tutorial yang boleh memanfaatkan pembaca blog ini. Pembaikan tentang penulisan ini juga perlu diselaraskan dengan cara menambahkan trafik dan semestinya saya perlu menguasai ilmu SEO dengan lebih mendalam lagi. Mungkin cara yang digunakan oleh pakar SEO tidak tahu saya lakukan, tetapi sedikit sebanyak, saya telah mencuba. Itu yang penting sekali. Kini, berblogging adalah suatu perkara baru yang amat Mummy minati. Kita boleh menceritakan apa sahaja dan kita boleh menjana pendapatan darinya. Tetapi, berblogging sahaja tidak cukup kerana kita perlu melaburkan sedikit wang untuk mencapai hajat kita. Mummy berharap masalah layout dan template untuk personal blog Mummy dapat di atasi dengan segera dan layout ini akan Mummy gunakan sampai bila-bila. Jika ia perlu di ubahsuai, Mummy akan lakukkannya demi kebaikkan laman itu sendiri. Banyak yang Mummy pelajari dari dunia berblogging ini dan juga kenalan dari blogger yang lain. Banyak info dan pengetahuan yang Mummy dapat bukan sahaja dari blogger malah dari advertiser sendiri. Pelbagai info menarik dapat Mummy ambil iktibar dan menjadikan ia sebagai panduan. Mummy berharap dengan kerjasama antara advertiser juga dapat ditingkatkan dan bertambah kerana ia menjadi punca pendapatan pasif Mummy. Mummy ingin menjadi seperti Beautifulnara, RedMummy dan Denaihati yang menjana pendapatan yang lumayan dari hanya berblogging dan berkongsi maklumat. Seperti Eizil katakan, "penulisan pencapaian yang anda ingin perolehi selepas 3 tahun perlu jelas, gunakan angka, tempoh masa, dan jika anda boleh meletakkan tarikh bila ianya akan dicapai". Ingin Mummy katakan disini pada tarikh 11/10/2015, dalam tempoh 3 tahun, Mummy nak menjana pendapatan bulanan dari berblogging RM10,000.00 setiap bulan. Mungkin bunyinya agak sukar dipercayai, tetapi memang ramai sudah mencapai dan merasa nikmatnya. Cuma masa dan keadaan perlu diberi untuk mencapai cita-cita dan impian itu. Inilah angan-angan Mummy. Adakah ia seperti angan-angan Mat Jenin? Mari kita lihat suatu hari nanti. InsyaAllah.....

Begitulah secara ringkasnya 3 perkara yang Mummy inginkan dalam tempoh 3 tahun dan selepas 3 tahun nanti. 3 perkara ini telah Mummy masukkan sub-sub impian dan cita-cita Mummy agar penulisan ini tidak menjadi panjang lebar kerana kalau nak diceritakan satu per satu, mungkin pembaca yang baca dari utara ke selatan pon tak abis baca. Hehehe. Semoga penulisan ini akan berpihak kepada Mummy dan menjadi KENYATAAN!

Xoxo,
Mummy Akmar


14 Comments:

Hidayah said...

good luck..!

best nye...dah tukar komen asal..!
senang nak tgl komen..!
dayah soka....

eza miza said...

Gud luck mummy...eza sentiasa menyokong mummy n akan jadi pelanggan blogshop mummy nnti..hehe... Mummy boleh buktikan mummy bolehberjaya dgn semangat dan kekuatan yang ada pd qashrin

fandyzblog said...

Good luck.. May god bless you!

puteri kasih said...

gud luck yer :)

Hafizul said...

wahhh panjangnya entri ni..hehe..semoga mummy berjaya dalam impian mummy tu..semoga qashrin menjadi pewaris perniagaan online mummy tu..emm jelesnya gaji 6000..bestnya...haha

Mummy Akmar said...

Dayah...ini sementara je sebabnya nak tukar layout dan template blog. Hahahaha... Biasalah masalah memang selalu terjadi. Uwaaaaaaaaaaa!

Mummy Akmar said...

Thank eza...nanti tolong war-warkan yer. Nanti Mummy bagi discount! Heeee

Mummy Akmar said...

Thank you so much. God Bless Too!~

Mummy Akmar said...

Thanks puteri

Mummy Akmar said...

Hafizul...terima kasih dengan doa tu. Semoga sukses! Hehe..Ooo dulu kerja Sales Department dah pulak tu client base semua di Middle East..Payment USD.. dah tukar currency..memang tinggi! Ahaks..lagi tinggi gaji cepat je abis sbb lagi besar perbelanjaan. :P~

Melastik Bintang said...

semoga perjalanan hidup anda dipermudahkan....dapat harungi liku-liku hidup....amin....

Syarih said...

wah..entry untuk kontest...harap dapat markah tertinggi...

Azuan said...

Menarik entri nya... yg blogshop tu, buat guna platform apa? Wordpress ke atau OpenCart ke atau Magento ke atau apa2 lagi? :)

Neu SlimDiet said...

Dah lama menulis blog ya, saya tgh mencari rentak dgn blog baru ni. agak sukar sbb diluar kebiasaan menulis. tp disebabkan minat, belasah sj :)

Post a Comment