21/10/2012

Sambungan Aktiviti Hujung Minggu

Semalam lepas sahaja makan tenghari, update posting Kelas Memasak Bersama El Qashrin Qaisara dan Roasted Chicken And Vege, Mummy sambung lagi aktiviti hujung minggu bersama anak kesayangan dan anak saudara yang lain.

Lepas makan tengahari, anak saudara (Maisarah) request dekat Mummy untuk pergi tengok wayang. Tapi memandangkan ramai pulak anak saudara yang lain ada dirumah, Mummy pon buat day trip ke Children Centre di atas tu. Badan ni memang agak kepenatan. Yerlah Jumaat masak kek malam tu masak lagi kuewtiow goreng, hari Sabtu pulak masak untuk makan tenghari. Tengok masing-masing pon nak pergi dan juga yang paling excited anak Mummy tu. Orang semua seronok nak pergi ke Jusco, dia plak tiba-tiba jerit "Siapa nak pergi Legoland"??? Hahaha......

So, tengok anak kesayangan dah excited nak pergi. Mummy turutkan juga. Kami sampai di Jusco dalam pukul 4 dan pukul 6 lebih kami balik ke rumah. Sebelum balik tu, anak saudara lagi sorang tu pulak ajak-ajak Mummy tengok wayang cerita "Aku Terima Nikahnya" Lakonan Nora Danish dan Adi Putra. So, Mummy pon termakan pujukkan dia dan beli tiket wayang pukul 8.35malam. Balik sahaja rumah, masak bihun sepeket dulu untuk dinner dan pergi ke Jusco balik. Hahaha.

Satu hari semalam penuh dengan aktiviti. Dari pagi sampai ke malam. Cerita tentang "Aku Terima Nikahnya" ini membuatkan Mummy, Marissa dan Maisarah mata masing-masing bengkak bangun pagi ni. Ceritanya agak slow tetapi mempunyai pengisian yang tersendiri. Okaylah, biar Mummy sahaja yang simpan maksud tentang cerita tu untuk diri sendiri.

Jom kita tengok gelagat Qashrin dan sepupunya.

 Qashrin takot sebab bouncer yang lain. Terpelanting dia. Hahaha...

 Takut jugak sanggup berkepit dengan Maisarah.

 Attemp to climb. Qashrin kena buli dengan yang lain.

Sian dia, taknak naik takuttt...takutttt.....Hahaha....

 Turun dah....muka monyok taknak naik.

 Panggil nak Mummy nak Mummy.....

 Akhirnya dapat jugak naik....

 Lepas tu dia lari laju-laju, takot nanti kena paksa....Siannya dia!~

 Panggil lagi memang dia buat taktahu jer. Main jauh-jauh...Bila ajak naik yang lagi satu jumping castle, Qashrin cakap "taknak naik yang ini" Hahahaha.

Ocha yang stress dengan exam pon join sekali....siap bawak buku study.

Mummy ni dah penat sangat. Kalau ler dapat bantal dengan katil, dah lama ZzzZzzz....

Itulah aktiviti seharian hari Sabtu penuh dari memasak, melayan anak dan tengok wayang. Sampai je malam kena siapkan botol susu Qashrin. Qashrin sempat tanya sebelum tidur malam tadi "Mummy, tadi Mummy pegi mana?" Mummy jawab "Mummy pergi jumpa doktor kejap....doktor nak cucuk Mummy"....Qashrin pon jawab "Mummy sakit ke Mi?" Mummy pon jawab ringkas... "Dah dah jom tidur, baca Al-Fatihah (baca dengan Qashrin).....Good Night, Assalamualaikum.....Kiss-kiss"

Xoxo,
Mummy Akmar