25/10/2012

Salam Aidiladha 2012/1433


Alhamdullilah sekali lagi tahun ini kita semua dapat menyambut hari yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT .

Mummy ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada kaum keluarga, saudara mara, sahabat, dan yang dikasihi pembaca blog ini. Mungkin boleh di sini, Mummy kongsikan satu quote atau petikan yang diambil dari Facebook. Agar dapat dimanfaatkan bersama semperna Hari Raya Haji ini. Pada fahaman Mummy dari petikan di atas:  
"Hidup ini kita akan menjadi lebih indah jika kita mensyukuri apa yang kita sudah miliki. Tapi kita mesti kena akur kerana yang terindah bukanlah yang terbaik manakala yang sempurna tidak menjanjikan kebahagian. Tetapi jika kita semua mampu dan mau menerima kekurangan dan kelebihan seseorang atau sesiapa sahaja. Itulah dinamakan KEBAHAGIAAN". 
InsyaAllah. Semoga semua diberkati oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ameen.....Alhamdullilah, telah Allah kurniakan El Qashrin Qaisara. Dia adalah kebahagiaan untuk Mummy hidup di atas muka bumi ini. Anda pula bagaimana?

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd.....


Xoxo
Mummy akmar