20/10/2012

Roasted Chicken And Vege For Lunch

Tadi baru sahaja lepas update aktiviti semalam di SINI. Mummy nak update pulak apa yang Mummy masak untuk makan tengahari tadi. Rasa rugi pulak tak dikongsikan resipi mudah dan berkhasiat serta kurang lemak ini.

Disebabkan dua minggu lepas terlalu stress dengan kerja dan komitmen yang ada. Mummy cuba memasak makanan yang sihat untuk diri sendiri dan keluarga. Risau pulak setiap hari dalam minggu-minggu yang lepas dipenuhi dengan makanan yang berminyak, berlemak, manis dan berkalori tinggi. Lagi pun betul-betul dah bosan dengan menu yang dah dimakan, ayam masak merah, kari ikan/ayam, kurma dan lain-lain. Jadi hari ini dengan rajinnya, Mummy masak Ayam Panggang Bersama Sayuran.

Resipinya ayamg panggang ni yang paling senang dan mudah. Hahaha.

Resipi:
1 ekor ayam dicuci bersih dipotong ikut saiz yang dikehendaki
4 ulas bawang putih
1 sudu penuh lada hitam ditumbuk
Sehiris halia
5 sudu besar lea & perrins worchestershire sauce
1 sudu gula
3 sudu besar tomato sauce
4 sudu besar sos BBQ brand mana2 pon tak kisah.
Oregano spice
Serbuk perisa ayam

Cara-caranya:
Bawang putih, lada hitam, halia ditumbuk sekali dan diperap dengan ayam. Tambahkan oregano spice, sos tomato, sos bbq,  sos lea & perrins dan serbuk perisa ayam. Dah siap gaul semua, letakkan ayam-ayam ini diatas sayur-sayuran dan bakar terus dalam oven.

Campuran sayur-sayuran yang akan dipanggang sekali bersama ayam. Mummy pilih lobak merah, celery, bawang besar, buah tomato dan kentang.

Memang akan ada air keluar dari ayam tu. Agak-agak ayam dah masak, masakkan lagi bersama sayuran supaya semua kering dan garing. Air ayam dikeluarkan dan di masak di atas api perlahan. Nak pekatkan kuah, bancuh sedikit tepung gandum dengan air dan masak sekali dengan kuah. Terus jadi kuah lada hitam.

Memang sedap dan simple di makan dengan nasi panas atau nak diet makan sahaja ayam dengan sayur-sayuran.


resipi mudah untuk diet, low calorie menu, recipe roasted chicken
 Taburkan oregano sebelum letak ayam

 Dah siap digaul semua bahan perap, letakkan di atas oven

Siap untuk dimakan

Resipi memangang ini sesuai untuk yang berdiet dan juga ringkas, mudah dan cepat. Rasanya sedap sekali. Dua abang bersama keluarganya pon datang makan. Kami cicah ayam dengan sos cili yang disejuk dalam peti ais. Memang sedap. Gambar sos lada hitam lupa plak nak ambil. Untuk Qashrin dan Azran (anak abang), Mummy buat sup sayur karot, celery dan kentang bersama ayam. Habis semangkuk besar mereka makan. Alhamdullilah..

Okay cukuplah update blog untuk hari ini. 2 posting pada hari yang sama. Nak bawak Qashrin pegi Aeon main dekat atas tu. Quality time bersama Qashrin pulak...Daaa~

Cubalah resipi ini dan selamat berhujung minggu.

Xoxo
Mummy Akmar