10/10/2012

Perhatian : Blog Sedang Dikemaskini

Salam sayang kepada semua reader dan follower semua. Mummy nak beritahu ni. Ewah! Hehe. Mestilah Mummy kena bagitahu kerana semua yang datang singgah di blog ini amat Mummy hargai.

Mummy sedang melakukan kerja kemaskini blog dari segi template dan layout blog ni. Untuk waktu ini, blog ini telah kembali asal kepada mula-mula template Mummy buat untuk blog ini dulu. Perubahan ini sedang dilakukan sedikit demi sedikit oleh Grafeek Studio yang diberi kepercayaan untuk membangun laman blog personal dan blog shop Mummy. Blogshop diutamakan dahulu. Alhamdullilah. Pereka web dari Grafeek Studio dapat memberi bantuan kepada Mummy untuk hasilkan blogshop Mummy dengan harga yang berpatutan. Mummy suka cara dia yang terus terang dan penerangan tentang beberapa perkara tentang blog ni. Alhamdullilah ada alternatif lain dan sentiasa pertolongan itu datang. Syukur sangat.


Image: Google

Banyak aktiviti ber-blogging juga telah tergendala. Cerita dari Universal Studio Singapore pon tergendala dan banyak lagi yang Mummy nak update tapi takde berkesempatan. Memang keadaan tengah kelam kabut dan sibuk sangat dengan online business Mummy. Sekarang ini juga, lagi satu blog akan muncul untuk online business Mummy. Blogshop itu sedang dibina dan tengah tunggu masa yang sesuai untuk di war-warkan. Nantikan kemunculannya ya.

Banyak lagi perkara yang Mummy tengah fikir dalam fikiran Mummy. Antaranya nak dapatkan domain name untuk blog ini dan blogshop online business Mummy tu dan juga hosting. Pening betul sekarang ini. Takperlah, insyaAllah ada jalannya nanti. Apa-apa perkara dengan niat yang betul pasti tuhan akan tunjjukkan jalannya atau perkara yang mempunyai niat tertentu pasti terbongkar juga.

Okaylah. Mummy nak uruskan Qashrin dulu....Daaaa~

Xoxo
Mummy Akmar


12 Comments:

eza miza said...

Gudnite mummy... Menunggu2 kemunculan blog mummy..hehe

shraqs said...

Makin advance Mummy ye. BTW, wish u all the best.

Rosmansham Alias said...

Bagus tu, membuat perubahan / improvement pelbagai sudut. Banyak yang saya nak baca kat sini, esp tetang univ studios.. kena tunggu weekend, weedays memang tak sempat

Mummy Akmar said...

Hehehe..Nanti support Mummy yea

Mummy Akmar said...

Thanks shraqs..Thanks sebab reply email tu.

Mummy Akmar said...

Rosman...

Takper ambil masa lah nanti ujung minggu tu nak baca coretan Mummy ni..

Selamat Membaca~

Anonymous said...

Caiyok Mummy Ichin, keep it up! I pn bz lately ni jarang2 dpt buka n bace ur blog, tu yg trus bbm u bile x leh bukak semlm..apepn i doakan semoga u trus success;-)

Love,
Mummy Rayyan

boni kacak said...

ni dah bertukar ke baru ke belum ni??

Mummy Akmar said...

Ya Allah BONI KACAK ni...dulu punya layout tak lah se"cantik" layout ni kan? Dah tentu ler belum tukar..Hahahhahah! Adeyh!

Mummy Akmar said...

Thank you Mummy Rayyan

Hafizul said...

aktiviti yang tergendala lepas ni pasti akan dipenuhi balik dengan theme yang baru barangkali..sedikit sebanyak kembalikan mood blogging..hehe

Lina md. munir said...

Tahniah mummuy dan selamat maju jaya dengan urusan blogshop online mummy. Yang ini pun dah nampak kemas dan pro settingnya. Saya jealous ni mummy ..hehehe

Post a Comment