18/10/2012

Penangan Stress

Salam ceria semua. Dah lama betul tak update tentang aktiviti Mummy dalam blog ini. Rasanya dah tak berapa konsisten update blog ni jika dibandingkan dahulu, setiap hari memang tidak pernah missed untuk buat entri yang baru. Rindu pulak nak letak gambar anak Mummy yang semakin bijak saban hari. Kelakar kadang-kadang tengok telatahnya.

Setiap hari, terdapat aksi dan keletah yang membuatkan Mummy tersenyum. 2 minggu lepas memang betul-betul sibuk dengan banyak perkara. Terlalu penat emosi dan fizikal memikirkan tugasan. Dari Ipoh ke LCCT, Johor, Singapore, KL, Ipoh dan ke KL. Untuk dapatkan stok baju dari supplier. Dah balik pulak memang banyak perkara yang perlu dilakukan. Uih, tak tersenarai disini. Kadang-kadang kesian pulak tengok Qashrin yang kurang dapat layanan manja dari Mummy. Sampaikan 3 hari lepas Qashrin berbual dengan Opah

Qashrin: Ichin taknak kawan Mummy..
Opah: Kenapa?
Qashrin: Sebab Mummy taknak main dengan ichin, Mummy dengan kompiter je.

Opah menceritakan hal ni hari Isnin lepas masa Mummy balik makan tengahari dari pejabat. Macam bagi peringatan pada Mummy yang Qashrin perlukan lebih perhatian. Nasib baik sepupu-sepupunya datang dan bermalam di rumah Opah. Qashrin tidaklah kebosanan keseorangan semasa Mummy bekerja di waktu malam mengadap laptop Mummy tu. Qashrin sanggup nak ikot tidur dengan sepupunya yang lain di bilik Opah. Dia merasakan seronok beramai-ramai. Tetapi akhirnya tidur jugak dengan Mummy. Kadang-kadang kena bagi masa sedikit biar dia tidur dengan Azran, Maisara dan Marissa di bilik Opah sekejap dan baru amik dia. Kalau amik dia terus menerus memang menangis sambil cakap "nak kak aiya, nak abang Azran..."

Minggu lepas bermacam-macam perkara telah lalui. Paling merisaukan adalah apabila keadaan dalam tertekan atau stress, Mummy cenderung untuk makan lebih. Mengunyah je mulut ini tanpa henti nak pulak asyik makan diluar. Kalau bekerja pulak kalau ada "outfield job" yang memerlukan Mummy keluar pejabat, siap singgah beli donut, sandwich dan bun. Omm nom nom...Mengunyah je kerjanya. Takpon singgah beli aiskrim atau apple pie. Ini di petang hari. Walahal pagi dah makan berat, nasi lemak dan kuih muih manakala tengahari pulak makanan berlauk yang lazat-lazat. Hahahaha... Kadang tu malam dinner di Royal Golf Club atau Royal Ipoh Club. Ada pulak kami terlalu bosan untuk masak sendiri atau makan menu yang sama, Mummy, Opah dan Qashrin pergi ke Excelsior Hotel untuk lunch buffet. Alah, murah je RM15.00 per pax. Makan lagi....makan jeeeeeeee...Uwaaaaaaaaa...Kenapa bila lepas loading makanan dalam perut, selepas itu baru rasa penyesalan, kenapa tidak sebelum makan? Huhuhu Okay makan yang melampau. Terlalu stress nak masukkan product baju dalam sistem untuk www.qashmere.net Baru sahaja masukkan produk baru Adrianna Maxi Dress malam tadi.

affordable poplook style maxi dress, qashmere online shopping, adrianna maxi dress, shop at qashmere, design baju hari raya haji 2012, plus size fashion
Adrianna Maxi Dress
Available in 3 Colors - Maroon, Pink, Orange, Purple (Sold Out)
Size: Fits in S-M
Panjang Jubah: 160cm
Nampak bergaya dengan baju Adrianna Maxi Dress. Boleh digayakan dengan high waisted belt dan di kenakan dengan cardigan. Memang nampak bergaya untuk pakaian kasual.
Kalau berminat, sila ke  www.qashmere.net


Ada pulak hujung minggu, dah makan bermacam-macam, rasa boring pulak nak makan nasi. Sabtu lepas, Mummy masak Penne Pasta dengan sos tomato yang ditabur dengan Parmesan Cheese untuk kami semua. Ingatkan nak buat Penne Baked, tapi mozarella dan cheddar cheese pulak takde. Malas pulak nak keluar ke Tesco beli barang. So masak je apa yang ada dalam peti ais tu. Tapi kali ini Mummy gunakan sos tomato dari brand Leggo. Betul-betul dah boring makan nasi dan lauk pauk. Kalau western food pon dah boring. Itu yang kami ke Italiano..Hahaha Tapi rasa betul-betul happy apabila tengok anak kesayangan makan sambil menjilat jari. Makanan yang banyak. Hari yang sama, selepas makan pasta-pasta tu, petang pulak kami makan mee goreng mamak cathay yang dibungkus di dalam daun pisang. Aduhai..hari pulak hujan. Ini gara-gara mengambil motor baru Pak Nek. Kereta lama BMW 3 Series plat keretanya ditukarkan ke motor ala-ala scooter ini kerana dia sedang menanti kereta barunya BMW 5 series-nya itu. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya. Boleh lah membantu Mummy eh...dah mintak awal-awal ni. Peruntukan untuk Qashrin. Hahahaha.....

Jom ikuti gambar-gambar yang sempat Mummy rakamkan di bawah ni:

Supermom Malaysia, Kisah Ibu Tunggal, Blog Ibu Tunggal, Ibu Tunggal Perlukan Bantuan, Plus Size Fashion, Shopping di Qashmere, Malaysia Online Shopping
 Penne pasta with tomato sauce. Nak tangkap gambar step by step pon tidak sempat. 
Resipi biasa-biasa je, bawang besar, bawang putih, ayam, lada hitam dan sos tomato leggo. Kalau nak lebih lazat kenalah buat kerja lebih sikit, dadukan buat tomato fresh dan juga bawang besar tu. Tapi blend ajer bawang besar. Hehehe. Tomato fresh pon tak letak. Tambah herba oregano sahaja. Disebabkan kuat sos tomato leggo tu dah ada sweet basil. Memang sedap di makan panas-panas. Tapi sebelum tu taburkan sikit Parmesan cheese.

 Semangkuk besar Mummy letakkan untuk Qashrin. Tinggal banyak tu dia makan. Suap sendiri nih.

Supermom Malaysia, Kisah Ibu Tunggal, Blog Ibu Tunggal, Ibu Tunggal Perlukan Bantuan, Plus Size Fashion, Shopping di Qashmere, Malaysia Online Shopping, Plus Size Fashion
 Makan penuh dengan aksi. Sedap sangat ke Mummy masak ni sayang..?

Inilah gambar yang paling menyejukkan hati sampai jilat jari dan kuku. Hahaha. 
Qashrin ni memang meminati pasta, spaghetti, makaroni sup, penne...favorite dia. Makanan seumpama ini bukan kegemaran bekas suami tetapi menjadi kegemaran Qashrin. Menjadi tanda tanya juga apabila Qashrin tidak sukakan Durian walhal bapa kandungnya seorang peminat Durian.

 Muka takot naik motor, tapi nak naik jugak. Jangan jatuh sudah yer sayang..Hahah.

Ini dah kira konfiden abislah ni. Kasut pon pakai terbalik..Tsk Tsk...


Rasanya, bukan Mummy sahaja makan banyak yang melampau kerana stress. Ironinya Qashrin juga menghadapi tempias yang sama. Qashrin pon makan bermacam-macam. Bayangkan Sun Maid kismi kotak besar tu, dua hari sahaja dah abis separuh kotak dia makan. Malam-malam buta, tengah Mummy update di webshop Mummy, dalam pukul 12 malam, dia boleh mintak nasi malam-malam tu. Nasib baik ada snack yang sihat untuk dia makan.

Design Baju Terkini di Qashmere, Shopping di Qashmere, Shopping Online Clothing, Malaysia Online Shopping, Baju Terkini, New trend fashion design
 Minggu lepas, Mummy membeli bekalan Qashrin macam biasa susu pediasure, pampers, makanan yang lain keperluannya vitagen 3 pack, mini pack of cereal (coco crunch, honey star, milo crunch), high fiber oat cookie, Sun Maid Kismis kotak besar, Choco cookies dan puding dari Milna ni. Mummy kena beli snack food yang mempunyai high fibre dan yang berkhasiat sebab Qashrin ni kadang-kadang ada masalah constipation.

Supermom Malaysia, Kisah Ibu Tunggal, Blog Ibu Tunggal, Ibu Tunggal Perlukan Bantuan, Design Baju Hari Raya di Qashmere
 Hari yang Mummy beli semua keperluan dia, lepas tu kami keluar sampai malam baru kami balik. Dah siap-siap untuk tidur, rasanya dalam pukul 10 malam. Qashrin boleh pergi ke dapur sorang-sorang dia jumpa pack Milna Stroberi Puding dan dibawanya masuk ke dalam bilik dan mintak Mummy masakkan puding ni malam-malam

Supermom Malaysia, Kisah Ibu Tunggal, Blog Ibu Tunggal, Ibu Tunggal Perlukan Bantuan
Sayang punya pasal, ku turutkan juga kehendakmu wahai Qashrin. Stroberi puding ini di buat khas untuk kanak-kanak. Kira healthy food untuk snacking bagi kanak-kanak kecil. Bila dah masak, nak bagi puding ni keras, Mummy letak dulu diluar dan letak terus ke peti ais yang atas tu bagi cepat sejuk. Qashrin tak sabar-sabar "dah sejuk dah mummy", suruh bukak dan ambil puding dia. Rasanya memang sedap. Sampai mak budak pon minat. Heee!. Opah pon sukakannya. Lagi sedap kalau di makan lepas letak dalam peti sejuk Malam tu Qashrin makan dua sekali. Esok sambung lagi makan....


Seronok sangat tengok Qashrin dah semakin membesar. Sebagai ibu, semestinya hendak memberikan yang terbaik untuk anak. Lebih-lebih lagi dapat anak secerdik Qashrin. Thank you Allah.....Heee~

Xoxo,
Mummy Akmar