07/10/2012

Mencegah Keguguran

Langkah pertama, dan mungkin yang paling penting, dalam kehamilan yang sihat mendapat penjagaan pra-natal. Ini bermakna mencari pakar obstetrik sejurus selepas positif ujian kehamilan. Doktor akan mengesyorkan vitamin pra-natal, yang kaya dengan nutrien yang ramai ibu-ibu mengandung perlu ambil untuk menjaga kesihatan kandungan, seperti asid folik, kalsium, dan zat besi.

Asid folik adalah penting terutamanya dalam beberapa minggu pertama kehamilan, semasa pembentukan tiub neural, yang kemudiannya berkembang menjadi otak dan saraf tunjang untuk janin tersebut. Kekurangan asid folik dalam tempoh ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah kandungan yang lain. Jumlah harian yang disyorkan ialah 400 mikrogram. Terdapat cukup asid folik dalam vitamin pranatal, dan walaupun terdapat dalam beberapa multivitamin yang lain, tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan, jadi diet yang sihat dengan makanan yang kaya dengan asid folik adalah yang disyorkan dan yang terbaik.


mencegah kehamilan
Image: Google

Semasa lawatan ke doktor, wanita hamil harus mengikuti diet yang sihat, aktiviti ringan atau bersenam yang tidak memudaratkan kandungan, memastikan "berat bayi" berada di dalam keadaan yang ditetapkan, dan cuba untuk mengatasi masalah atau tekanan dengan cara yang positif. Ramai doktor percaya bahawa kesihatan yang baik harus bermula sebelum anda hamil lagi untuk memastikan kehamilan yang sihat.Malah, mengambil asid folik walaupun sebelum anda hamil boleh membantu seseorang itu mempercepatkan peluang untuk hamil dan juga dapat mencegah kecacatan kelahiran.

Walaupun terdapat banyak vitamin dan makanan yang anda perlu makan, terdapat beberapa perkara yang ibu-ibu mengandung harus elakkan. Mereka tidak sepatutnya merokok ataupun berada di kawasan yang penuh denga asap pencemaran seperti contoh di kawasan perindustrian atau di ruang legar menunggu bas. Perkara ini amatlah penting kepada sesiapa yang mengandung kerana ini dapat meninggikan risiko sebanyak dua kali masalah plasenta dan menyebabkan berat bayi anda rendah . Ia juga meningkatkan risiko untuk seseorang itu melahirkan anak pra-matang. Antara risiko yanng lain adalah cuba elakkan mengambil berlebihan kafein semasa mengandung, terdedah kepada sinar-x dan semestinya elakkan sukan lasak atau lain-lain aktiviti fizikal yang berbahaya.

Bagi wanita yang hamil dan mempunyai masalah penyakit yang kronik perlu mengambil lebih penjagaan terhadap diri dan kandungan. Wanita yang mempunyai penyakit sebagai contoh, tekanan darah tinggi perlu memeriksa tekanan darah mereka dirumah dan membincangkan perubahan pengambilan ubat dengan doktor mereka untuk tidak memudaratkan kandungan ketika mengambil ubat untuk sesuatu penyakit itu. Ini juga termasuk bagi wanita yang hamil mempunyai penyakit diabetes juga perlu memeriksa tahap gula dalam darah mereka beberapa kali sehari dan melaraskan insulin atau ubat-ubatan oral seperti yang diperlukan.Dan wanita hamil perlu dirawat oleh doktor jika mengalami sebarang jangkitan bakteria atau virus. Sesetengah jangkitan virus, seperti klamidia atau herpes, penghidap perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan jika bayi yang bakal dilahirkan melalui secara normal atau melalui pembedahan caesarean. Dapatkan pengetahuan lebih lanjut dengan doktor anda sekiranya anda mengalami masalah penyakit kelamin.

Mencegah keguguran adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan jika anda pertama kalinya hamil. Kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan ia terjadi. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan amalkan kehidupan yang sihat dan penjagaan yang rapi bagi yang mengandung buat pertama kalinya.

Xoxo
Mummy Akmar