20/10/2012

Kelas Memasak Dengan El Qashrin Qaisara

Salam berhujung minggu semua! Cepat betul masa berlalu, dah hari Sabtu dan esok pula hari Ahad. Kejap je kang hujung minggu ni? Kan best kalau dapat hujung minggu yang lama..Hehehe..

Semalam lepas balik dari pejabat. Mummy dan Qashrin pertama kali bergabung tenaga untuk membuat sebijik kek span bersama topping coklat ganache. Seronok jugak bila memasak bersama anak yang berumur 2 tahun ni bila tengok gelagat dia dan kadang-kadang rasa jenuh jugak. Tapi sebagai ibu kita kena berfikir positif, kerana dengan cara melakukan aktiviti bersama pembelajaran dapat diterapkan dari kecil lagi. Aktiviti ni juga adalah secara langsung untuk Qashrin mengenali barang-barang dapur yang Mummy terangkan pada dia. Sebagai contoh, telur, tepung, minyak jagung, mixing bowl, penimbang berat dan bahan-bahan lagi. Penerangan tu Mummy jelaskan di dalam Bahasa Melayu dan juga English. Jom tengok gambar di bawah ni:

 Bahan-bahan Kek Span, tepung, telur, minyak jagung dan air. 
Ewah! Posing nak buat "peace" pakai 5 jari. Hahah

 Seram je rasa dia genggam telur tu. Takut pecah satu atau pon terlepas tangan. Jenuh pulak nak kena mop nanti

 Berposing dengan penyukat air. Hihihii

 Mummy little helper. Tuang air ke dalam telur

Pukul adunan dengan mesin hobart yang berumur 20 tahun lebih masih boleh berjasa dengan efisyennya

Inilah jadinya bancuhan yang di pukul selepas menjadi 2 kali kembang

Masukkan adunan ke dalam oven 180darjah celcius 45minit Bismillah..."fuh kiri fuh kanan..jampi pemanis...." (hahaha) mintak-mintak jadi

 Mandikan Qashrin dulu sementara kek tengah masak dalam oven. Lepas 45 minit tengok kek pon dah masak. Mata Qashrin tu dah kuyu nak tidur tu. Penat menolong Mummy eh.

 Tengah duduk dalam bilik lepas solat maghrib, Opah nya menjerit. "Akmarrrrrrrrrr..." Tekejut jugak apa. Rupanya Qashrin dah tiru aksi Mummy cucuk kek tadi dengan chopstik nak tengok dah masak ke belum. Dia amik chopstik yang dibiarkan atas meja, dan telah mencucuk 2 kali. Nasib baik tak cucuk banyak kali

Coklat Bar Beryl's kena di potong dahulu supaya dia cair dengan sama rata.

 Dah sejuk kek, mulalah proses membuat sos coklat/choc ganache. Kali ini Mummy terlebih letak krim putar ler pulak. Tapi sos coklat ini memang lah sedap. Caranya, panaskan krim putar agak-agak suam di atas api perlahan. Dah nampak buih di hujung-hujung, letakkan coklat yang di hiris tu. Dah nampak semua cair. Tutup api.

 Icingkan kek tadi yang dah sejuk dengan topping coklat ganache ni

Ini bahagian dalam kek. Kek ni besar. Potong-potong untuk diberi kepada adik beradik yang lain. Heee....~

Dah siap-siap masak kek, Opah plak suruh Mummy masak kuewtiow goreng basah. Aduh memang sedap..*Slurp*

Seronok sangat dapat memasak pertama kali dengan Qashrin. Walaupon penat, tapi tak terasa pun. Rasa macam hilang stress sebab takpayah nak menghadap laptop ni. Seharian bekerja dan memasak. Rasa macam terapi pulak. Hahaha....Dah kenyang makan keuwtiow goreng dan kek, untuk Qashrin dia makan sup sayur popeye dengan nasi putih, sesi pembelajaran diteruskan dengan beraktiviti koyak dan tampal.

 Dah kenyang, kenalah study. Qashrin amik sticker yang disediakan dan tampal untuk dipadankan pada gambar. Perasan tak baju pon dah tukar sebab tadi penuh dengan sos coklat abis satu baju.

 Calf...tapi Qashrin panggil "baby cow"

Tak abis tampak jangan tidur lagi...Hahaha... =P~

Tengah Qashrin membuat ulangkaji pelajarannya (ewah)...Mummy pon tengoklah sikit apa terjadi di dalam dunia maya tu sebelum kami dua-dua tidur. Sebab dua-dua dah penat. Baca doa dulu, cium-cium, peluk-peluk..."Goodnight Qashrin...Assalamualaikum.........

Xoxo,
Mummy Akmar