16/10/2012

Hari Raya Aidiladha Bergaya Dengan Qashmere

Salam ceria semua. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Hari tu baru sahaja kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kini, kita sudah hampir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 2012.

Mungkin Mummy boleh ceritakan secara ringkas untuk kita memperingati asal usul Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Dimana Nabi Ibrahim telah mengikut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Disebabkan taat dan bersedia mengikut perintah Allah, telah dia menyembelih anaknnya, alangkah terperanjatnya yang disembelih oleh beliau adalah seekor kibas. Hari Raya Aidiladha ini adalah untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain dari Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 ZUlhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Semestinya Hari Raya Aidiladha disambut meriah seperti Hari Raya Aidilfitri. Bagi Mummy sendiri untuk Hari Raya Aidiladha, Mummy, Opah dan yang lain akan berpakaian jubah atau kaftan panjang untuk nampak berbeza dari sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih-lebih lagi, Opah sudah menunaikan ibadah haji dan dengan berjubah, kadang-kadang memperingatkan kembali memori dia menunaikan ibadah Haji di Mekah beberapa tahun yang lepas. Macam biasa, pada Hari Raya Aidiladha, setelah bersalaman dengan keluarga, tiba untuk masa menjamu selera dan menziarahi keluarga yang lain. Mestilah kita nak nampak bergaya dengan fesyen baju yang lain daripada yang lain yang direka khas untuk si pemakainya sambil bertemu sanak saudara di hari yang mulia itu nanti.

Mesti ramai yang sedang mencari pakaian baru untuk Hari Raya Aidiladha 2012 ini dan mahu nampak berbeza macam Mummy sendiri. Ada yang nak beli untuk diri sendiri dan juga untuk isteri tercinta. Disini Mummy nak kongsikan beberapa jubah dan kaftan yang untuk semua dan juga plus size fashion yang ada di Qashmere.


Estana Maxi, Plus Size Jubah, Plus Size Fashion, Malaysia Online Shopping, Qashmere Online Shopping, Fesyen Baju Hari Raya Aidiladha
Estana Maxi
Available in 3 Colors - Blue, Green, Grey
Size: Fits in L, XXL, XXXL
Panjang Jubah: 165cm
Hari Raya Aidiladha, anda akan nampak cantik kalau dipadankan dengan bib necklace direka dengan manik atau aksesories rantai yang padat di leher dan juga dipadankan dengan high-waisted belt. Pemakai akan nampak classy jika dipadankan dengan clutch tangan.
Kalau berminat, sila ke  www.qashmere.net


Jubah Hari Raya Haji, Kaftan Hari Raya Haji, Malaysia Online Shopping, Qashmere Online Shopping, Fesyen Kaftan Terbaru, Fesyen Baju Terkini, Design Baju Hari Raya Terkini, Design Baju Hari Raya 2012
Sara Kaftan With Gold/Silver Embroidery
Available in 4 Colors - Blue, Purple, Grey, Brown, White
Size: Fits in S, M, L, XL, XXL
Panjang Kaftan: 160cm
Bergaya di Hari Raya Aidiladha dengan design baru kaftan dengan di reka dengan tampalan embroidery. Untuk wanita muslimah, boleh dipakai dengan inner hitam atau color yang lain mengikut kepadanan dan kesesuaian.
Kalau berminat, sila ke www.qashmere.net


Kalau dah buat pembelian, cepat-cepat hantarkan bukti pembayaran kepada email theqashmere@gmail.com dan pada keesokkkannya juga Mummy akan membuat penghantaran. Selamat bershopping!

Xoxo,
Mummy Akmar