29/10/2012

Hari Raya Aidiladha 2012 Bersama El Qashrin Qaisara

Semenjak ada blog ni, mula-mula tu memanglah rajin nak update blog ni. Tapi lama kelamaan semangat tu menjadi turun sedikit demi sedikit. Dalam erti kata lain "malas". Hahaha. Aduhai. Topik tu banyak je dalam fikiran ni tapi tak tercurah nak tulis apa. Bila tulis pulak masa yang tak kena. Mula lah ayat pon jadi lintang pukang.

Okaylah, Mummy nak update sikit cerita pasal Hari Raya Haji yang lalu pada 26 Oktober 2012. Tak banyak gambar pun di ambil. Baju jubah Mummy dan Qashrin pon recycle yang dah buat hari tu sebab baru pakai sekali sahaja. Jubah tu pada asalnya di jahit sebab Qashrin selalu ikut Opahnya pergi kelas mengaji di rumah Wan Chor, rumah mak saudara Mummy tepi ni jer. Jadi, Mummy pun jahitlah sekali ikut warna kain yang sama.

 Good morning! Qashrin mengantok sangat tu...Bangun je pagi, atas katil terus cakap "Allah sembahyang" sebab dengar takbir raya dari TV yang dipasang kuat pagi Raya Haji. Bergegas dia bangun nak tengok. Cute sangat.

Jom beraya kerumah kakak Atok dan rumah yang lain

Malam Raya menjadi suatu tradisi keluarga kami untuk makan besar beramai-ramai. Malam tu juga bermacam-macam juadah akan di beli dan dimakan bersama. Ada pizza hut, mee goreng cathay, rojak, popiah goreng dan macam-macam lah. Tahun lepas kami sekeluarga buat BBQ. Raya Haji kali ini macam biasa seperti tahun yang lepas. Lauk di pagi raya pun dibeli sahaja dan hanya masak 2 ekor rendang pedas ayam dan ketupat beras yang dibawa oleh kakak Mummy. Daging Rendang Tok 5 kilo, lemang 7 batang dan kuah kacang dibeli sahaja. Tidak lupa juga air tin berkarbonat 5 karton dibeli untuk masing-masing lebih manis dengan air berperisa. Hahaha...

 Di rumah Opah Nyah, Atok macam biasa akan mulakan takbir raya beramai-ramai.

 Balik Raya pon makan lagi. nak main dengan kazen dia.

Qashrin ni asyik main dengan cousin lelaki dia jer. Sampaikan bila sebut "Qashrin ni Princess", dia akan cakap "taklah Qashrin supergirl". Kadang-kadang bila ikutkan sangat cousin lelaki yang lain sebut "ultraman tiga" dia pulak sebuk "ultraman lapan". Pakai main petik je kan.. Tengok tu siap duduk bersila main gasing moden. Partner in crime ni...

Pada keesokkan harinya, kami berancang nak pergi ke Cameron Highland sambil nikmati steamboat yang lazat dikala sejuk di Hotel Heritage tetapi risaukan cuaca yang sering hujan, plan asal terpaksa dibatalkan. Jenuh jugak nak mencari tempat penginapan masa cuti lebih-lebih lagi tidak buat tempahan untuk bilik lebih awal. Cadangan ke Cameron Highland ditutup dan terus Pak Uteh memberi cadangan untuk pergi ke samaada Pulau Pangkor, Lumut dan Teluk Batik. Mulanya, dah siap buat booking ke Teluk Dalam Resort sebab kami pernah ke sana dulu, tapi disebabkan masing-masing risaukan kereta dibiarkan di atas darat sendirian, plan bertukar terus ke Virgo Hotel di Teluk Batik sahaja. Pertama kali kami menginap di situ. Okaylah tempat untuk tidur, ruang yang luas, keadaan bilik pun bersih. Cuma swimming pool agak scary sikit untuk budak-budak kecil macam Qashrin nak mandi sebab nampak macam kurang air dan tidak ada penyelenggaraan dilakukan. Kesian Qashrin tak dapat berenang dalam kolam mahu pon di laut. Malam tu kami makan malam seafood sebelah Marina Cove. Tempat tu dah lah dipenuhi kereta. Cara masakan biasa-biasa jer walaupun ada makanan laut yang sedap. Ikan merah, Ikan Siakap, Ketam, Sotong, Ikan Pari, 2 jenis sayuran, kerang bakar dan buah-buahan. Cara masakan yang biasa-biasa je. Gambar tak sempat snap sebab BB tertinggal dalam bilik sebab charge. Lepas je makan, kami jalan-jalan di Pekan Lumut. Masa on the way nak kesana banyak tempat makan yang menarik lagi dari tempat tadi. Tapi takperlah, sebab takut takde tempat lain. Yang penting dapat makan malam tu.

 Vacation mode dengan air oren di tangan.

 Mummy naik dengan keter Ayah Yob

 Sampai-sampai je terus ker Restaurant Pisces di Hotel Virgo ni sebab masing-masing lapar tak lunch. Mengharapkan bihun goreng pagi tadi je. Sebab plan mengejut. Sampai Teluk Batik dalam pukul 4 lebih.
Mummy order mushroom soup for Qashrin dengan bun, Mummy pulak makan chicken chop. Harga makanan tak mahal sangat dan rasa pun boleh tahan lah. Gambar tak sempat amik.

 Hotel yang kami dapat macam style apartment. Tak sure semua bilik macam ni atau ada bilik sahaja. Bilik kami semua ada ruang tamu dan meja makan.

 Mini bar and fridge.

Toilet mandi dan termenung. Heee~

 Dua katil single yang besar. Kami ambil 3 bilik. Harga pun tak mahal sangat dan berpatutan.

 Keesokkan harinya, kami breakfast di hotel. Menu buffet yang biasa-biasa je. Ada nasi goreng, kuetiow goreng, ayam masak merah, baked beans, ada roti bakar, buah-buahan. Yang menjadi perhatian adalah roti canai dia panas-panas lepas masak memang sedap. Yang bangun breakfast pun bilik kami je. Yang lain tak bangun pun.

 Merakam aksi gelagat Qashrin. Mwah Mwahss.

 Tak sangka, cepat betul anak Mummy ni membesar. Dulu kecik sangat. Sekarang ni dah tinggi.

 Luv you sayang. Muwahs

 Sebelum kami bertolak pulang, singgah dulu di tepi pantai tengok Pantai Teluk Batik ni. Ramai pengunjung datang bawa famili dan anak-anak. Qashrin yang paling seronok.

Bila nak balik tu, semua orang dah jalan dulu kehadapan, Qashrin tarik tangan tak mahu jalan sambil cakap "mi nak mandi dulu mi, nak mandi dulu" suara dah macam sedih nak nangis. Terpaksalah cakap air kotor tak bersih. Barulah dia dengar. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Pekan Lumut untuk lunch sebelum tolak ke Ipoh. Makan di restoren mamak. Icy Scoop kot. Apa ntah namanya.

Nak berdiri macam ni. Risau betul. Ayah Yob dah la bawak laju. Mummy mata dah mengantok sangat sebab lepas makan ubat selsema sebijik. Ayah yob pulak nak test drive BMW 530i dengan keter Pak Uteh Merc CLS 350. Ternyata Merc lagi laju. Huhuh tertinggal BWM kat belakang. Jantung Mummy pon rasa macam nak terpecah. Lepas tu Qashrin tidur lena, Mummy pula terkejut-kejut sebab brek mengejut. Ish Ish. Alhamdullilah selamat sampai Ipoh pukul 5 petang.

Sampai sahaja Ipoh, apa Mummy buat? Mummy qada tidur dulu penangan ubat selsema yang kuat. Memang tak terbuka mata. Dah tidur-tidur, Qashrin gerak "mi bangun mi, ichin dah beyak, uchuk ni". Dalam mamai-mamai tu, bangun kan jugak diri yang separa blur, cuci dan mandi kan Qashrin terus. Dah siap dia, Mummy sambung tidur, Qashrin pun join sekali. Bangun je tidur waktu maghrib, tolong masak di dapur untuk menu dari bahagian Qurban. Sup gear box daging qurban dan daging dendeng Qurban. Mummy masak tau. Hihihi. Alhamdullilah, lauk tu sampai esoknya diorang makan dah licin pun. Memang sedap. Apa menu daging Qurban anda? Cerciter........Hahaha. Okaylah. Dah lewat malam ni. Sambung esok. Ya Allah, dalam fikiran ni terfikir tugasan terakhir Eizil tu. Tak buat lagi........Huwaaaaaaaaaa...takperlah tidur dululah. Esok pulak fikir. Goodnite fellas.........

Xoxo
Mummy Akmar