07/10/2012

Hari Kedua Di Johor Bahru - Bercuti Ke Universal Studio Singapore Sambungan ( Part 2)

Yeay! Dapat masa nak update posting kali ini. Bukan apa, keadaan tidak mengizinkan untuk buat entry yang baru disebabkan beberapa isu dan faktor yang lain. Nasib baik ada BFF yang menenangkan keadaan, memberi sokongan dan membuat kelakar untuk menggembirakan hati ini supaya keadaan kembali normal. Hahahaha...

Ikuti Tips Dan Kisah Perjalanan Kami Di USS




Okaylah, Mummy nak sambung balik cerita tentang hari kedua kami di JB dan pada hari yang sama kami ke Universal Studio Singapore. Awal minggu haritu, Mummy ada menceritakan pengalaman kami di Universal Studio Singapore sehingga di Castle Far Far Away. Kalau nak baca ada di SINI.

Dari Castle Far Far Away tu, kami teruskan perjalanan. Masa tu memang dah rasa penat dan berpeluh. Kami singgah di rest room sebentar kerana Qashrin dah berpeluh-peluh, so Mummy tukar lampin, tukar baju dan buat susu untuk Qashrin. Dari situ nampak jalan ke Water World. Kami tak masuk pon sebab terlalu panas terik, jam pon dah menunjjukkan waktu untuk solat.

Dalam nak pergi mencari toilet, kami melalui The Lost World dan Jurassic Park. Memang tak masuk pon apa-apa disitu. Keadaan terlalu panas. Tapi sempat Mummy snap beberapa gambar yang menarik untuk kenangan.

 Replica Dinasour. 

 Jurassic Park 

The Lost World

Dari Jurrasic Park, kami jalan melalui Acient Egypt dan jumpa tempat yang kami nak makan beriyani tu. Tapi kami nak solat dulu dan tanya arah yang patut kami tuju.  Dah dalam kepanasan tengahari tu. Kami cuba tanya-tanya nak mencari surau untuk kami solat jamak zohor dan asar. Dah berjalan-jalan sampai di Accelerator, kami tanya lagi. Rupanya terlepas di belakang, terpaksa kami patah ke belakang balik. Suraunya kecil tersorok. Alhamdullilah jumpa surau. Ada aircond yang sejuk. Memang sesuai sangat untuk keadaan kami yang kepanasan dan Qashrin yang dah bermandikan peluh. Mummy duduk dahulu sambil tangkap gambar sementara menunggu Opah solat dulu. Dah kami solat, kami rehat sebentar. Plan seterusnya, patah balik ke belakang di Acient Egypt dan makan di Oasis untuk Beriyani Feast. Dan ikutilah cerita seterusnya di bawah ni:-

 Berpeluh-peluh anak Mummy

Check-out her new toys

 Habis satu surau dia tawafnya

 Sukerlah tu dapat doll.

 Opah nak sembahyang pon nak kacau. Ish ish

Dah sesudah solat, kami ke Oasis Spice makan  nasi beriyani. Macam biasa satu meal set ayam dan nasi tambah. Mummy beli air strawberry smoothies yang memang sedap diminum time panas-panas. Total semua SGD 24.60

 Qashrin nampak letih sambil makan roti pharata dan disuap nasi beriyani.

 Oh tidak!! Sangkaan ku meleset. Rupanya aktif bermain dengan patung Princess Fiona yang baru beli tadi.

 Dia cakap "Mi, ni anak ichin" ... Hahaha.

 Jangan stroller ni terhempap atas badan udah lah yer

Dekat area Ancient Egypt ni memang banyak lah patung-patung ala-ala zaman firaun ni. Menu nasi tadi pon Pharaoh Chicken apa ntah. Lupa dah nama. Time ni restaurant dia sejuk sangat memang best. Sebab lega dari kepanasan terik diluar tu. Mummy dah tukar selipar.

 Dekat-dekat dengan surau area ni.

 Dah kami makan, kami pon teruskan perjalan lagi. Sampai tempat main rollercoaster ni. Ada dua orang kakak tinggi berpakaian seperti dari autospace.

 Yang ini ke area transformers. Gara-gara tak amik map, memang Mummy hentam saja namanya. Hehueheuhe

 Qashrin dah penat tu. Ikot sajalah Mummy kamu ni Qashrin. Kiter tangkap gambar dengan kereta sport bumble bee ni.

 Sekali dia bertukar jadi robot. Haha

Robot yang ramai orang beratur nak bergambar. Apa nama robot ni? Megatron ke? Haha!

 Memang happening BBoys ni buat live show. Beratur orang menengok adegan mereka.

 Banyak tangkap gambar je

 Kata cousin Mummy, seminggu lepas tu diorang nak buat launching Sesame Street.

 Lepas tengok show BBoys tu kami jalan je lah. Qashrin sampai tertidur.

 Gambar lagi...semua dah penat.

 Dekat sini ada jual pizza. Nampak macam sedap tapi tak berani nak cuba.

Memang penat waktu ini. Berjalan pon dah taklarat. Opah dah duduk di kerusi tepi jalan yang disediakan sementara Mummy tengok BBoys tadi. Memang banyak yang tak sempat masuk dan main sebabkan Qashrin macam dah penat dan masih kecil. Opah pulak dah berumur. Nak masuk tengok Transformers, Opah plak cakap Qashrin ni perempuan. Tak elok dengan robot robot ni. Kalau ada rezeki lagi, Qashrin dah besar memang nak pergi lagi sekali. Hahaha... Kami berjalan lagi...Aduih penat la posting USS ni. Nak wrap up semua story senang. Lagi simpan cerita USS ni lagi lupa plak dalam ingatan. Dah la tak amik map. Lupa dah dari mana ke mana. Mostly gambar pon pakai main snap je sebab dengan stroller lagi dengan bag lagi. Kadang tu suruh Opah tangkapkan. Huhuhuhu....


 Dari tengok Bboys tu, Qashrin memang dah tidur sampai lah kami buat satu pusingan ke entrance tadi. Jumpa Betty Boops

 Duduk berehat. Rasanya dalam pukul 5 lebih petang. Sambil-sambil tu makan nanchos dan cheese panas ni.

 Qashrin masih tidur.

 Qashrin bangun-bangun terus kami tangkap gambar dengan Kungfu Panda. Qashrin macam takot. Peace dia macam jadi tak jadi je

 Cow-girl! Yeahaa..

 Sambil lepak ditepi ni. Qashrin di turunkan dari stroller. Sempat Mummy rakam ragam dan aksi Qashrin ni.

 Aiyoo ini apa punya action daa..

 Yes...this one baru boleh jadi model.

 Cheeky girl!

 Beli pulak popcorn.

 Makan popcorn sambil jalan-jalan.

 Muka dah ngantok. Ni patut ada di atas tadi gambar ni

 Tengok show girl live performance

 Bolehlah. Abang-abang mat salleh ni nyanyi live...

 Dengan akak Marilyn Monroe. Qashrin muka blur makan pop-corn. Lepas tu dia salam dan cium tangan lagi.

 Hehe Opah pon nak tangkap gambar jugak

 Tengok cenderahati. Semua nampak murah. Tapi kali 2.5...Aduh Pengsan!

 Beli ni satu sebagai kenangan. Fridge magnet ni.

 Penyudahnya. Kami duduk di baby centre. Kalau dari entrance sebelah kiri. Air-codnd ada, cosy sofa, tempat tukar lampin, fridge, microwave, water dispenser, kitchen kabinet dan sinki. Untuk sesapa yang ada anak je dibenarkan masuk. Qashrin masih makan popcorn dan main-main di situ.

 Lega sikit dari penat berjalan.

 Yup disini pon ada tv juga. Sangat selesa dan sejuk.


Minum air water dispenser yang sejuk sangat. Lepas tu sempat Mummy isi bekalan air panas untuk flusk Qashrin

Tepat jam 7.00 petang. Kami pon menaiki bas pulang ke JB. OMG. Terpaksa lalui dua kali checkpoint. Penat sangat. Nak bawah Qashrin lagi. Kami sampai di Tune Hotel dah malam. Sampai-sampai hotel, kami rehat, mandi dan order Pizza Hut Delivery untuk malam malam dan tidur sahaja.

Kiraan Kos di Universal Studio Part 2

Nasi Beriyani SGD 24.60
Nanchos and Cheese SGD 8.00
Popcorn dan air SGD 10.00

Total: SGD 42.60 = RM 106.50

Dinner di Tune Hotel: RM37.80

Grand Total : 144.10

Okaylah dah panjang sangat cerita kali ini. Cuma Mummy nak cakap, kos yang Mummy tulis ni ada yang tak dimasukkan sebab lupa. Nanti Mummy sambung lagi hari keesokkannya. Qashrin pulak muntah. *Panic Attacked*. Dan cerita nak menyelamatkan keadaan. Nantikanlah ceritanya yer. Okay nak rehat jap bersama Qashrin dan siap-siapkan untuk online shopping Mummy ni. Byeeeeeee! Happy Weekend!

Xoxo,
Mummy