08/10/2012

Faktor Risiko Keguguran

Pada posting yang lalu, Mummy ada berkongsi tentang Mencegah Keguguran secara ringkas dan amnya untuk wanita yang rancang untuk hamil atau sedang hamil. Kali ini, mungkin dapat Mummy kongsikan sedikit lebih info tentang keguguran yang boleh dimanfaatkan sekiranya ia terjadi dan apa yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan kandungan anda.
Keguguran adalah satu komplikasi kehamilan yang boleh dicegah. Walaubagaimanapun, kehilangan kehamilan atau lebih tepat lagi keguguran ini dapat memberi kesan trauma kepada si ibu dan seluruh keluarga. Untuk mengelakkan apa-apa perkara yang kurang bernasib baik berlaku seterusnya, adalah lebih baik seseorang itu tahu punca dan faktor-faktor risiko keguguran. Kerana ia dapat mencegah dari keguguran pada peringkat awal kehamilan.

Image: Google

Tanda-tanda awal keguguran yang paling biasa yang akan dialami oleh ibu hamil adalah kesakitan yang berpanjangan, pendarahan faraj (ia akan bermula pada jumlah yang kecil dan kemudian pendarahan yang sarat dan berketul-ketul), kehilangan cecair amnion atau permulaan kontraksi yang menyakitkan pangkal perut iaitu di rahim, secara perlahan dan kuat secara berganti-ganti. Wanita tersebut akan terasa kesakitan yang seumpama dia akan melahirkan anak walaupon belum cukup waktunya.

Wanita hamil patut peka. Apa-apa sekali pun punca yang boleh menyebabkan keguguran, wanita hamil harus bersedia dan peka sekiranya terdapat simptom atau gejala pertama dan jangan melengahkan masa untuk pergi berjumpa doktor dengan segera. Berjumpa dengan doktor pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa kandungan dan ia juga dapat membantu komplikasi yang mungkin di alami oleh ibu dalam tempoh 9 bulan tersebut.

Penyakit Berjangkit Adalah Satu Risiko Bagi Ibu Mengandung

Semasa kehamilan, penyakit berjangkit yang menyebabkan demam di alami oleh wanita boleh menyebabkan kematian janin dan kejatuhan janin dari rahim. Penyakit yang paling berbahaya dari perspektif yang dikatakan adalah: Rubella, Klamidia, Listeriosis, Sifilis, Herpes yang dijangkiti pada trimester pertama kehamilan dan toxoplasmosis dan beberapa penyakit lain yang berbahaya.


Keabnormalan Struktur atau Gangguan Endokrin

Wanita yang mempunyai keganjilan pada peranakan dan penyakit seperti endometriosis, fibroid rahim, perubahan rahim kongenital atau penyakit pada ovari. Ini juga termasuk keganjilan dan terdapat masalah pada tiub fallopio dan inkontinen serviks (yang menyebabkan pengembangan serviks) boleh menyebabkan punca keguguran. Sperti untuk kesihatan endokrin, punca yang paling kerap yang menyebabkan keguguran adalah ketidakseimbangan hormon yang disebabkan kekurangan progesteron, rembesan hormon lelaki yang berlebihan, masalah tiroid atau penyakit kencing manis yang tidak dirawat.


Trauma, Kronik Patologi, Umur Dan Bahan Berbahaya

Faktor trauma seperti kecederaan abdomen semasa kehamilan. Ini juga termasuk kemalangan kenderaan di atas jalan raya dan persetubuhan yang kerap dan berlebihan bersama pasangan boleh menyebabkan keguguran. Keupayaan wanita untuk mengekalkan kehamilan berkurangan dengan usia yang meningkat. Jadi dikalangan wanita berusia lebih 40 tahun, kira-kira satu perempat wanita yang berusia umur lanjut 40 tahun berakhir dengan keguguran. Ini juga termasuk penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, anemia yang teruk, kekurangan protein atau vitamin, kekurangan asid folik boleh membuatkan kehamilan sukar berpanjangan hingga ke tempoh 9 bulan. Tabiat seperti minum air beralkohol, merokok, penggunaan ubat-ubatan berbahaya boleh menyebabkan pengecutan rahim dan kematian janin atau pra-matang terjadi.

Mummy berharap penambahan tentang info keguguran ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada semua wanita. Harapan Mummy agar ibu dan kandungan selamat dilahirkan dan banyak berdoa supaya semuanya selamat kehendakNya.

Xoxo,
Mummy Akmar