24/10/2012

Cashout Earning Nuffnang Pertama Kali

Salam sayang buat semua pembaca blog Mummy. Kali ini Mummy nak kongsikan pengalaman cashout earning dari Nuffnang buat pertama kalinya. Eh sebelum tu, Mummy punya blog dah bertukar ke http://blog.qashmere.net Yeay! Hehehe..

Sepanjang ber-blogging ni, kiranya tidak sia-sia Mummy menulis dan berkongsi cerita kisah sedih, duka, gembira dan gelak ketawa tu. Berkongsi cerita membuahkan hasil dengan wang ringgit. Walaupun earnings tu tidaklah sebanyak yang diperolehi oleh blogger-blogger hebat ni Denaihati, Eyriqazz dan juga CikTom, tapi dengan pertama kalinya dapat cashoutkan pendapatan dari berblogging ni rasa puas hati sangat. Terima kasih kepada pembaca blog Mummy yang sudi klik iklan yang ada di sini. Dengan kerjasama anda, dapat juga meringankan tanggungan kewangan untuk membesarkan Qashrin. Duit ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank dia untuk digunakan dihari dewasa nanti.

Senang sahaja nak cashoutkan earning dari Nuffnang ni. Ada 2 langkah yang mudah seperti di bawah ini:

1) Bila dah cukup jumlah minimum yang boleh dibenarkan iaitu RM50, bolehlah klik butang CASHOUT dan isikan butiran nama penuh yang akan dituliskan di atas cek nanti dan juga alamat. Selepas tu terus klik CONFIRM. *Sorrylah terpaksa padamkan jumlah tu nanti income tax kejar* Hahaha!

cara cashout earning nuffnang, cek dari nuffnang, pendapatang pasif, cari duit dari internet, duit cepat dari internet, jana duit dari internet.



 2) Bila dah klik, secara automatiknya total earnings akan berubah kepada RM0.00 dan terdapat lampiran warna hijau. Untuk status Glitterati ini akan mengambil masa dalam 30 hari untuk bayaran diproseskan manakala untuk non-Glitterati akan mengambil masa 60 hari.
cara cashout earning nuffnang, cek dari nuffnang, pendapatang pasif, cari duit dari internet, duit cepat dari internet, jana duit dari internet.

Punca pendapatan ber-blogging ni juga tidak menentu tetapi sekurang-kurangnya dapat juga menambah apa yang terkurang. Selain dari Nuffnang, Mummy juga telah cashout kan earnings dari Says.com. Kiranya kali ini dah 2 kali Mummy cashout dari Says.com ni. Jadi, sekarang ni tengah tunggu cek dari Nuffnang dan juga duit yang akan dimasukkan terus ke akaun bank dari Says.com

Masih tengah bersabar dan berdoa agar di anugerahkan Buffered Earnings ni. Hahaha. Semoga cepat-cepatlah dapat. Boleh buat statement camni? Huhuhu. Okaylah. Mengantok dah ni. Nak tidur dah. Qashrin dah lena diulit mimpi. Goodnite!!!


Xoxo
Mummy Akmar