14/10/2012

Blog Lama Jadi Baru

Salam dan selamat pagi semua. Pagi ni terasa amat sejuk dan nyaman sekali di Ipoh ni sebab hujan lebat dari pagi tadi hingga kini. Memang best betul kalau sambung tidur. Tapi apakan daya, setiap hari kita mesti teruskan hidup kita untuk mencari rezeki yang halal dengan berkerja. Walaupon Qashrin menggelengkan kepala bila Mummy cakap "Mummy has to go to work, Qashrin good girl dengan Opah yea". Qashrin yang mamai-mamai tu menggeleng-gelengkan kepala tanda membantah kerana dia masih mengantok.

Alhamdullilah. Hujan itu menandakan Allah menurunkan rezeki kepada umatnya dimuka bumi ini. Syukur  tak terkata, Mummy ingin memberitahu kepada semua yang masalah layout/template blog Mummy ini kembali pulih. Terima kasih kepada Pakar SEO ini yang banyak membantu untuk menyelenggarakan laman personal blog Mummy dengan konsep menderma sebagai bayaran minimum untuk membetulkan masalah yang dihadapi oleh blog Mummy.

Keadaan blog ini menjadi kucar kacir, sebagai contoh keyword "design baju raya" yang dulunya bertakhta di page pertama Google kini jatuh teruk ke page 8. Semua menjadi kelam kabut. Sedih betul =(. Tapi apakan daya terpaksa akur dengan keadaan ini. Stats di blogger.com juga terus berbalik kepada ZERO yang Mummy sendiri pon tak tahu kenapa dan apa masalahnya sampai begitu sekali jadinya. Mummy harap blog ini akan menjadi efisyen semula seperti sedia kala walaupon dalam hati berat bila menengoknya. Nampak gayanya Mummy terpaksa bermula dari bawah balik atau seperti blog yang baru dibina.


Keyword "Design Baju Raya" Yang Jatuh Teruk =(
 
Mummy terpaksa akur dan terima seadanya keadaan blog ini disamping kerja-kerja lain yang banyak Mummy kena fikirkan. Banyak masalah timbul dari personal blog mahupon juga webshop Mummy yang akan di launch-kan nanti. Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesaian. Setiap masalah juga kita perlu cari solusi dengan baik sekali.

InsyaAllah..

Xoxo,
Mummy Akmar