21/10/2012

Aktiviti Hari Ahad

Esok dah hari Isnin. Tak bestnya! Sebelum tidur ni, Mummy nak update sikit dekat blog ni apa yang Mummy dengan Qashrin buat hari ini. Dari semalam balik dari wayang dalam pukul 10.30mlm, Maisara dan Marissa terpaksa tidur di rumah Opah sebab Mummy takot nak hantar diaorang balik rumah sebab nanti nak balik sorang-sorang malam-malam.

So, budak-budak ni tidur di rumah sini. Bangun pagi je tadi. Rupanya Mama diorang baru balik semalam sampai rumah Opah nak makan pagi. Dia cakap, "nak bawak Azran tengok Upin Ipin". Semua kelam kabut siap mandi cepat-cepat dengan mata bengkak, pakai baju semalam dan kami ke MyDin Jelapang semata-mata nak tengok Live Upin Ipin. Tidak ketinggalan Qashrin jugak siap awal pagi untuk pergi ke sana.

Ramai betul ibu dan bapa bawak anak masing-masing. Rupanya pembukaan restoran Upin Ipin (gambar tak sempat snap) di MyDin Jelapang, Ipoh dan kerjasama oleh KPJ HealthCare. Sempat beli satu botol air Upin Ipin dan makan ais krim. Orang penuh dan ramai sangat. Macam-macam info didedahkan dan diberi panduan kepada semua yang hadir tentang kebersihan dan cara cuci tangan yang betul. Disitu juga ada sediakan pemeriksaan kesihatan tahap glukos dalam darah dan juga pemeriksaan darah tinggi.

Qashrin macam biasa, akan buat muka dia yang paling "blur". Excited betul bila nampak replika Upin Ipin di depan pintu masuk MyDin, tapi bila dah masuk nampak maskot Upin Ipin dah takut pulak.

 Upin dan Ipin atas pentas. Memang ramai orang.

 Qashrin punyalah takot dengan maskot ni. Sampai si MeiMei ni nak pegang Qashrin punya kepala tengok kamera. Dah Qashrin asyik menolak taknak rapat dengan maskot ni. *Dalam hati rasa macam risau dan mencuba supaya Qashrin lebih ada perasaan self-confidence lepas ni*. Dekat rumah dia lah paling becok bercakap, konfiden abis, cerdik bijak...Tapi depan orang ramai dia akan jadi pasif.

 Kami ni sampai bersila depan stage. Qashrin akan buat muka blur. Azran memang excited ikot menari. Mungkin Qashrin belum sekolah. Tiap-tiap hari mintak nak pergi sekolah. Tahun depan January Mummy usahakan masuk sekolah.

Upin ke Ipin ni, tak sure! Tengok buat demo cuci tangan dengan kakitangan KPJ HealthCare dengan kanak-kanak lain di atas pentas

Hari-hari kalau hujung minggu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan Qashrin. Tapi Mummy kena kerja. Huhuhu. Kan best kalau hujung minggu tu panjang lagi waktunya. Hehehe. Takperlah, apa-apa pun kena bersyukur dengan apa yang diberikan. Memang seronok meluang masa bersama anak. Balik rumah tengahari tadi kami makan nasi, rendang pedas ayam, sambal tumis ikan bilis dan sayur kobis yang dimasak oleh Opah. Kalau tengah rajin nak update blog, memang boleh update bila-bila sahaja. Tapi kalau takde masa terluang, satu apa pon takleh nak update. Cerita pasal pergi Universal Studio Singapore pon belom buat endingnya. Nanti nak sambung balik cerita kami di Johor Bahru nak ke K.L tu. 

Okaylah, nak melayan Qashrin kejap. Tadi kena layan dia sekejap. Dia belakon jadi baby. Tu lah, kalau dalam rumah ni, dia boleh cakap 'ichin Super Girl" dekat luar malu-malu kucing. Mummy nak dia konfiden, ke Qashrin masih awal lagi sebab dia belum bersekolah. Haha. Sorry lah Qashrin kalau Mummy ni nak advance semuanya. Sebab Mummy nak yang terbaik untuk sayang...

Goodnite~

Xoxo
Mummy Akmar