11/09/2012

Tips Untuk Menyelesaikan Masalah Ruam Lampin

Ruam lampin adalah gangguan kulit yang timbul pada kawasan yang dilitupi lampin pada sekitar kemaluan, punggung dan pangkal paha dalaman. Tanda-tanda ruam lampin adalah kulit disekitar kawasan yang disebutkan tadi berbiji merah. Ruam ini biasanya membuatkan bayi terasa gatal dan tidak selesa. Punca ruam lampin biasanya kerana kulit bayi yang lembap dan terbiar lama bersama lampin yang terkena air kencing atau najis. Keadaan ini juga boleh terjadi disebabkan kulit yang tidak tahan dengan detergen atau bahan kimia yang terkandung di dalam lampin.


Image: Google

Cara-cara Untuk Mengelakkan Ruam Lampin:

1) Cuba pastikan anda menjada kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih.

2) Gunakan lampin kain daripada kapas yang lembut atau yang mempunyai keupayaan yang baik untuk menyerap segala kelembapan dari cecair air kencing.

3) Bagi yang mempunyai masalah ruam lampin yang teruk seeloknya elakkan menggunakan lampin yang diperbuat dari plastik kerana plastik dalam menambah lagi kelembapan kulit.

4) Pasang lampin dengan betul dan tidak terlalu ketat supaya kulit bayi tidak tergesel.

5) Selalulah periksa lampin dan tukar lampin selalu untuk membersihkan air kencing atau najis kerana kulit bayi yang sensatif tidak tahan dengan kotoran dan bakteria dari air kencing dan najis.   

Setiap ibu perlulah berhati-hati dan mengambil berat tentang masalah ruam lampin kerana ia akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa. Penjagaan dan penelitian tentang perkara ini  adalah untuk memastikan kawasan kemaluan bayi terlindung dari bakteria dan dapat membahayakan kulit. 

Xoxo
Mummy Akmar