07/09/2012

Tips Untuk Menyediakan Meja Manisan "Dessert Table"

Beberapa hari lepas, Mummy ada kongsikan contoh Party Idea - Meja Manisan atau Dessert Table untuk menambah idea dan konsep bagi sesiapa yang ingin menyediakan meja manisan buat pertama kalinya. Pasti ramai yang inginkan kelainan di majlis yang diraikan seperti sambutan hari jadi, rumah terbuka dan bermacam-macam majlis yang diraikan oleh rakyat Malaysia. Disini, Mummy cuba berikan maklumat dan info yang terbaik untuk reader dan follower Mummy bagi sesiapa yang ingin menyediakan meja manisan atau lebih dikenali "dessert table" dan mungkin ada yang panggil "sweet table". Semua info dibawah amatlah berguna kepada sesiapa yang baru pertama kali ingin membuat meja manisan untuk menambah seri di majlis yang akan diraikan dan juga menambat hati tetamu yang akan hadir nanti. Beberapa tips telah Mummy kumpulkan buat tatapan pembaca blog Mummy seperti di bawah:


Fikirkan Tema
Dengan memikirkan tema, dengan ini lebih mudah untuk memilih warna tema dan juga ia boleh menjadi lebih rumit sekiranya anda inginkan sesuatu kelainan untuk meja manisan anda. Seperti gambar di bawah, pereka meja manisan ini telah mengetengahkan konsep warna tona lembut merah jambu untuk tema Ballet Party yang lembut dan menyenangkan mata. Mempunyai idea yang jelas dapat memberikan lebih elemen kepada meja manisan anda dan dapat memberikan impak terhadap majlis yang anda raikan.



Tentukan Menu Pencuci Mulut / Desserts
Apa manisan yang anda mahu di atas meja anda? Cupcakes, macarons, kek-pop, biskut ... Jangan takut untuk cuba sesuatu yang anda tidak pernah masak sebelum ini. Anda boleh cari  resipi dari Internet sebagai rujukan anda mencuba sesuatu yang baru untuk meja manisan anda seperti contoh yang terbaik Glorious Treats. Jika anda kurang yakin untuk membuat manisan dan pencuci mulut, anda juga boleh membeli manisan ini di kedai bakeri atau menempahnya lebih awal lagi. Ada beberapa pembuat manisan yang digemari oleh Mummy iaitu The Wedding Heaven dan juga Baby Cakes by Good Eats (Mummy pernah order fruit tart, mini pizza, cream puff dan baby theme cupcakes masa majlis Baby Shower Mummy) . Untuk mencantikkan hiasan meja manisan anda, boleh juga tambahkan gula-gula yang berwarna-warni yang sedia dibuat yang anda boleh dapatkan di kedai sebagai pelengkap warna yang boleh menaikkan seri pada meja manisan anda nanti.



Paparkan Reka Bentuk
Semestinya anda perlukan bekas atau tempat untuk menyerlahkan dan menonjolkan semua manisan yang lazat nanti. Anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan di SSF Home, KK Home Deco atau IKEA untuk balang-balang kaca yang cantik, cake stand dan rekaan pinggan yang unik ini juga dapat memberi sesuatu kelainan pada meja manisan anda nanti.Atau anda juga boleh menyewanya di mana-mana blog atau website yang menyediakan perkhidmatan sewaan untuk balang-balang yang cantik.



Hurai dan Jelaskan Pencuci Mulut Anda.
Untuk tampak lebih menarik dan elegan, anda boleh reka label untuk setiap manisan mengikut tema. Pilih jenis tulisan "fonts" mengikut tema anda sebagai contoh guna font Sans Serif yang berblok untuk reka bentuk moden dan font pusaran "swirl" untuk majlis yang lebih mewah. Lampirkan dan belitkannya dengan reben yang berwarna mengikut kesesuaian tema atau tambahkan bendera mini untuk menyerlahkan manisan anda.



Tambah Seri Dengan Backdrop Di Meja Manisan
Anda boleh menggunakan kain chiffon plain lebar mengikut warna tema yang  telah dipilih atau dengan melekatkan wallpaper yang menarik. Anda juga boleh menambah cantik dengan banner hiasan mengikut tema yang ditetapkan. Hiasan belakang meja manisan atau backdrop boleh juga dihiasai paper pinwheels, bunga dari kertas dan kertas dinding "wallpaper".



Rakamkan Jamuan Meja Manisan Anda.
Apabila anda telah meletakkan sepenuh tenaga dan kerja keras, pastikan anda ingin menunjjukkannya! Anda tidak perlu kamera profesional (walaupun jika anda mempunyai satu atau mengenali seseorang yang mempunyainya! Gunakan khidmat mereka) tapi pastikan gambar anda jelas dan fokus. Dan serta gambar sepenuhnnya secara keseluruhan dan juga gambar "close up" untuk menunjjukkan satu satu manisan yang ada di atas meja manisan anda. 


Nikmati Meja Manisan Anda.
Akhir sekali, setelah meja manisan yang penuh dengan manisan yang lazat sudah lengkap dihiasi, jangan biarkan ia membazir. Kemungkinan anda boleh menggunakannya di majlis yang lain yang akan datang seperti perkahwinan, sambutan hari lahir atau yang lain. Anda juga boleh membuat perancangan awal untuk majlis atau party harijadi kawan yang lain. Mungkin acara yang lebih bermakna seperti majlis mengumpul dana "charity event". Dengan ini anda boleh dapat mengumpul wang semua untuk di majlis yang bermanfaat yang lain.

Xoxo,
Mummy Akmar