02/09/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Kurangkan Loya Dengan Jus Lobak Merah Istimewa

Jus lobak merah sangat sesuai untuk mengurangkan loya tekak ibu hamil. Selalunya, di awal kehamilan, wanita yang hamil sering mengalami keinginan yang pelbagai. Ini juga tidak terlepas dari perasaan loya dan menyebabkan muntah terutamanya di awal trimester kandungan. Selalunya ia terjadi di awal pagi (morning sickness). Keadaan ini akan beransur pulih apabila meningkatnya umur janin di dalam rahim. Keadaan mual, loya, kepenatan dan lesu memang menjadi sesuatu perkara yang normal bagi wanita hamil. Keadaan ini mungkin janggal untuk wanita yang hamil buat pertama kalinya. Bagi wanita yang hamil pertama kalinya dan mengalami masalah begini, bolehlah cuba mengamal formula berikut:

Jus Lobak Merah Istimewa:

1 cawan jus lobak merah

1 sudu besar madu asli
1 sudu kecil jus lemon

 Cara-cara hendak menyediakan Jus Lobak Merah Istimewa:

1. Campurkan kesemua bahan diatas
2. Minum sebelum ambil sarapan pagi.

Gambar: Google

Jus lobak merah ini juga sesuai untuk loya, gastrik, badan letih dan kelesuan. Ia juga dapat memberikan khasiat kepada ibu yang hamil dan baik untuk mata si peminum.

Semoga tips kali ini dapat mengurangkan ketidak-selesaan bagi wanita yang pertama kalinya hamil. Supaya info ini juga dapat dimanfaatkan oleh bakal ibu untuk dapat bersedia lebih awal jika mengalami loya dan pening.

Xoxo,
Mummy Akmar