03/09/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Kenali Janin/Fetus Anda

Walaupun kandungan anda masih janin di dalam rahim, anak yang dikandung itu dapat merasa, mendengar, melihat, dan bertindak balas terhadap peristiwa di luar dirinya. Bukan itu sahaja, dia juga mula untuk belajar dan ingat sesuatu perkara. Semua ini menunjukkan, otak bayi telah menjadi aktif sejak dari dalam rahim lagi. Oleh itu, ibu atau bapa sudah patut cuba untuk merangsang aktiviti "pembelajaran" dari peringkat awal lagi dengan cara-cara berikut:

Bercakap dan Menyanyi
Dengan cara ini, janin akan dilatih pendengarannya, jadi dia tahu dan dapat membezakan suara anda dengan suara yang lain.


Menyentuh
Dengan mengusap dinding perut ibunya, janin akan merasa ibu atau bapa usaha untuk membuat dia berasa selamat.


Gambar: Google

Berfikiran Positif
Terutama bagi ibu-ibu mengandung, cuba sedar kehadiran janin dalam badan anda. Oleh itu, anda harus sentiasa berfikir positif. Sebagai contoh, bayangkan janin anda akan membesar dengan sempurna dan dilahirkan dengan selamat.


Aktiviti Santai
Cuba melakukan aktiviti santai. Sebagai contoh, mengambil sedikit masa untuk berjalan kaki pada waktu pagi. Pergerakan kasual anda akan dirasai oleh janin dan efeknya seperti anda menghayun bayi di dalam buaian.


Simpan Jauh Perasaan Anda
Perasaan kesedihan dan kesusahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung akan memberi kesan negatif pada janin. Memastikan anda menunjjukkan sayang yang mendalam terhadap janin tersebut. Dengan erti kata lain, berkongsilah cerita dengan janin anda dan pastikan janin anda dapat merasakan kasih sayang anda.


Tips ini amat bermanfaat bagi bakal ibu dan bakal bapa. Semoga anda dapat mencurah kasih sayang kepada bakal bayi yang dilahirkan dari janin lagi. Dengan ini, otak bayi dapat terangsang dari peringkat awal dan menggalakkan tisu-tisu otak berfungsi dengan baik untuk pembelajaran dan menunjjukkan karakter seseorang anak tersebut. 

Xoxo
Mummy Akmar