09/09/2012

Tips Keluar Ke Restoran Bersama Bayi Anda

Kita semua perlu keluar dan bersantai bersama keluarga untuk menukar suasana dan mood. Lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Sememangnya untuk mencari pengasuh untuk menjaga anak sewaktu kita keluar bukanlah sesuatu yang senang. Akhirnya, ibu atau suri rumah sepenuh masa terperangkap di dalam rumah hanya untuk mengelakkan adegan yang tidak menyenangkan. Ikuti tips dibawah bagaimana anda boleh bawa bayi anda ke restoran kegemaran anda dengan tenang dan aman:

Image: Google

1) Waktu Puncak Bukanlah Waktu Yang Baik
Elakkan pergi ke restoran pada waktu puncak iaitu hari Ahad dan Cuti Awam. Pilih lah bukan waktu puncak sebegini kerana jika anak anda membuat perangai meragam atau kerenah dan tiada ramai orang yang akan melihat aksi anak anda ini. Dengan pergi bukan pada waktu puncak, ini akan memberi lebih keselesaan dan dapat mengurangkan waktu memesan makanan. Lebih baik jika anda boleh buat tempahan tempat duduk sebelum anda sampai ke restoran kegemaran anda.

2) Pilih Restoran Yang Mudah
Jangan pilih restoran yang dipenuhi oleh ramai orang dan kanak-kanak kerana ia akan menjadi lebih sesak untuk anda dan bayi mahupun restoran lima bintang jika anda ingin "candle light dinner" bersama pasangan anda.

3) Pastikan Anak Anda Kenyang
Cuba susukan bayi anda sebelum anda meninggalkan rumah dan jika anda bernasib baik, dia akan tidur di sepanjang jalan dan sepanjang makan di restoran nanti.

4) Sediakan Beg Bayi Yang Lengkap
Pastikan begnya tersedia sejam lebih awal supaya anda boleh memastikan bahawa anda tidak lupa apa-apa keperluannya. Seperti, lampin pakai buang, wet tissue, sippy cup/cawan dan botol anak anda. Jika anda tidak membuat persediaan awal, mungkin anda tertinggal barang yang diperlukan dan anak anda memerlukannya akan menyebabkan anak anda menangis. Ini akan membuatkan anda lebih panik dan buntu. Jadi persiapan awal adalah digalakkan supaya barang keperluan tidak tertinggal.

5) Ambil Meja Sudut Tepi
Jika boleh, minta untuk duduk di meja sudut dan jauh dari mana-mana tetamu lain. Kerana anda tidak akan berasa tidak sedap hati atau malu apabila bayi mula meragam dan menunjuk kerenahnya. Ini jugak dapat memberi anda privasi pada sesetengah ibu jika anda perlu untuk menyusukan anak anda dengan susu badan..

6) Bawa Barang Yang Dapat Menarik Perhatian Anak Anda
Bawa barang mainan atau buku yang dapat menarik perhatian anak anda. Tetapi ingatlah jangan bawak mainan yang dapat mengeluarkan banyak bunyi dan ini dapat meriuhkan keadaan lagi

7) Pendekkan Waktu 
Bayi tidak mempunyai kesabaran yang begitu banyak untuk waktu yang lama jika anda makan dengan perlahan. Seperti bayi jika umur kian meningkat, dia mungkin mampu untuk bertahan lagi jumlah masa lebih lama di sesuatu tempat.

8) Relax Jangan Panik
Jika anak anda membuat kerenah dan meragam, cubalah menenangkan anak anda dan jangan rosakkan hari anda kerana sebab itu sahaja. Jika keadaan semakin tidak terkawal, mungkin anda atau pasangan anda boleh bergilir ganti bawa nya keluar dari restoran atau duduk di dalam kereta. Kadang-kadang, perubahan sebegini dapat mengubah mood dan keadaan anak anda.

Kadang-kadang bunyinya begitu sukar untuk keluar saat bayi anda masih terlalu kecil tetapi anda perlukan perubahan, dan anda tidak boleh akhirnya terkunci di dalam rumah hanya kerana anda tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan bayi anda di tempat awam. Jangan risau dan ikuti sahaja tips di atas supaya anda boleh menikmati makanan dengan tenang dan selesa. Alhamdullilah, setakat ini Mummy boleh dan mampu keluar berdua sahaja dengan anak kecil. Kadang-kadang pertolongan Allah dari mana-mana sahaja.

Xoxo
Mummy Akmar