25/09/2012

Tema Harijadi Dengan Tutu Skirt

Mesti ramai ibu di luar sana pening untuk mencari tema harijadi anak. Masalah ini mungkin akan menjadi rumit apabila anak anda meningkat usia dan ingin mengadakan majlis hari jadi. Jenuh untuk memikirkan apa tema yang ingin anda ketengahkan untuk hari jadi anak anda setiap tahun.

Mummy cuba menolong para ibu diluar sana dan berkongsikan pendapat dan konsep tema hari jadi dari masa ke semasa. Agar para ibu dapat lebih idea dan inspirasi yang boleh dipertimbangkan mengikut tema dan citarasa masing-masing.

Kali ini tema hari jadi yang Mummy nak share kan adalah menggunakan tutu skirt. Tutu skirt ini sinonim dengan tarian ballet. Ia sering dipergayakan oleh penari ballet yang lembut gemalai dan cara pemakaian ini mendapat tempat di hati pengguna biasa, Tutu skirt ini dihasilkan dari fabrik yang bernama tulle net.


Image: Google

Sebenarnya memang senang untuk menghasilkan tutu skirt dari tulle net ini. Anda boleh membuatnya sendiri jika anda rajin. Untuk menghasilkan tutu net anda perlu tulle net dan getah mengikut size pinggang anak anda. Itu sahaja barang yang diperlukan. Ewah, senang sahaja Mummy cakapkan? Haha. Untuk panduan tepat untuk menghasilkan tutu skirt ini, anda boleh melayari YouTube dan banyak cara-cara untuk menghasilkan tutu skirt sendiri.

Tetapi, untuk ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga atau bekerja, dan ingin menyenangkan kerja anda. Anda boleh beli sahaja tutu skirt ini. Mummy ada ternampak hasil buatan Malaysia sendiri iaitu twirl princess yang menghasilkan tutu skirt yang cantik dan kiut.

Tutu skirt ini sesuai dari umur bayi anda dilahirkan dan juga 7 tahun ke atas. Kiranya, anda juga boleh memakai dan mengayakan tutu skirt ini jika anda suka. Hihih.

Kini, tutu skirt juga bukan sahaja dipakai oleh "birthday girl" malah amat cantik sekali jika dipakai dan digayakan oleh "flower girls" yang mengiringi pasangan pengantin. Ia juga cantik diperagakan semasa sessi pengambaran di taman dan juga untuk anak-anak perempuan yang sukakan fesyen seperti watak puteri atau lebih dikenali "princess-wannabe". Tutu skirt ini cantik digayakan dengan headband berbunga besar dan juga "princess wand".

Di bawah ada beberapa gambar tema harijadi yang digayakan dengan tutu skirt yang boleh dijadikan inspirasi untuk anda apabila memilih tema harijadi untuk anak anda:

 Tema: Buzzy Buzz


 Tema: Minnie Mouse


Tutu Princess Party

Semoga perkongsian ini boleh membantu para ibu diluar sana untuk memilih tema harijadi anak anda nanti. Selamat menyambut hari jadi!

Xoxo,
Mummy Akmar