01/09/2012

Siapa Visitor Dari Holland?

Selamat Morning kepada semua pembaca dan follower Mummy! Pastinya ada yang sedang di dalam selimut tidur, tengah sarapan pagi bersama keluar atau ada yang keluar pergi ke pasar untuk menyediakan masakan untuk keluarga ataupun open house hari raya 2012 ni.

Hari ini Mummy bekerja separuh hari *sob sob* dan lepas abis je kerja hari ini Mummy akan pergi ke kenduri kawan sekolah Mummy di Silveritage Hall. Yeay! Dapat makan nasi kenduri. Semestinya Mummy akan bawa Qashrin sekali ke majlis perkahwinan ini.

Posting kali ini agak lebih santai (ekceli boring dekat office). Macam biasa di hari Sabtu yang lain, memang tidak banyak sangat workload yang ada (memang takde pon), Mummy pun buatlah aktiviti sendiri. Antaranya adalah:

1) Blog walking untuk mengenali blogger yang lain
2) Seperti biasa dah blog walking mestilah kena tinggal kan komen
3) Follow blog blogger yang lain
4) Baca berita hiburan tanah air dan luar negara
5) Mencari idea terkini untuk online business yang Mummy impikan (tengah berusaha keras)
6) Menengok Live Traffic on Feedjit Blog El Qashrin Qaisara

Apa yang menarik perhatian Mummy hari ini adalah Live Traffic di Feedjit blog Mummy ni. Ini adalah bukan kali pertama tetapi ada jugak berkali-kali Mummy nampak. Rasanya kerap juga visitor ni datang ke blog Mummy. Trafik yang Mummy maksudkan adalah visitor dari Den Haag, Zuid-Holland. Seringkali tengok visitor ini yang datang direct terus ke blog ini tanpa "google search". Siapalah agaknya pembaca blog ini dari Holland ye? Dulu dari London siap google search "el qashrin qaisara" (femesnya nama anak Mummy). Ada pulak hari tu, dari Dubai by google search nama qashrin jugak (yang ini macam tahu siapa jer, sebab kata mereka bekas suami di Dubai....takkan Pak Arab tahu nama anak I?)Hahaha...Perlu ke I nak tulis cerita dan membuat tekaan pasal orang dari Dubai itueww?? Oh No!! Dah lama lupakan..., ada juga dari Australia pon google search nama tu. Sekarang ni dari Holland.

Berkemungkinan pembaca blog Mummy ini melayari internet menggunakan smartphone masing-masing yang datangnya dari negara luar. Kerana, kalau Mummy browse blog Mummy ni, Live Traffic dari Feedjit ni akan tulis dari United State.Untuk visitor yang lain pula, kebanyakan dari seluruh pelusuk dunia yang sering mencari info lebih-lebih lagi "Design Baju Raya 2012". Ntah dari negara yang pelik-pelik Mummy tak pernah dengar pon ada yang datang ke blog Mummy ni. Ramai juga rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah, setiap kali visitor ini masuk dia akan terjah blog ini secara direct tanpa google search macam orang lain yang inginkan maklumat dan info dari blog Mummy ni. Siapa kah orang itueww!! Janganlah malu-malu dan segan. Perkenalkan diri anda. Semestinya Mummy nak berkenalan dengan pembaca tetap blog Mummy.


Den Haag, Zuid-Holland arrived on "Queen of The Castle: El Qashrin Qaisara". 02:03:00 -- 7 hours 4 mins ago


Okaylah. Taktahu nak tulis apa lagi. Hahahaha......ni kes takde idea atau boring di pejabat. Mulalah timbul tanda tanya bermacam-macam di benak hati ini (nak pakai baju apa nak attend wedding kawan, nak buat online business, nak itu nak ini..the list is non stop.....). Mengarang posting ni pon mengambil 1 jam lebih. Kejap-kejap tengok blog orang kejap-kejap karang komen....Hahaha...

Takperlah, dari mana pon anda datang. Mummy amat berterima kasih kerana tanpa anda tanpa lah trafik di blog Mummy. Mummy sangat rindukan trafik yang hebat di bulan Ramadhan iaitu orang mencari pasal baju raya tu. Satu hari mencecah 5000 pageviews! 

Okaylah. Mummy nak minum air kejap dan sambung buat kerja lain. Sehingga bertemu di lain posting. Mwahmwahmwah from Mummy to all

Xoxo,
Mummy Akmar