08/09/2012

Siapa Bapa Kandung El Qashrin Qaisara?

Mesti ramai terkejut dengan tajuk untuk posting kali ini. Siapa bapa El Qashrin Qaisara? Topik kali ini lebih kepada perihal kekeluargaan “parenting”. Apa kena mengena kekeluargaan dan juga tajuk posting ini?

Sebenarnya, semenjak kelahiran Qashrin, dia tidak pernah rasa kewujudan seorang bapa semenjak dia menjadi janin di dalam rahim dan sehingga dia dilahirkan. Dia tidak pernah tahu apa perasaan mempunyai bapa malah dia mungkin tidak tahu apa maksud bapa kepadanya.

Image: Google

Ini adalah perkara yang Qashrin kena tabah lalui kerana semestinya Allah dah pernah buat perjanjian dengannya sebelum Qashrin ditempatkan di dalam rahim Mummy.

Ia sememangnya perkara yang amat sukar dilalui oleh semua orang tanpa kehadiran dan tidak mengetahui siapa sebenarnya bapa mereka, tetapi sehingga kini Qashrin melaluinya dengan biasa. Pada pandangan Mummy, kekuatan di dalam diri Qashrin adalah Mummy dan Opah. Pernah suatu ketika sebelum umurnya mencecah 2 tahun, dia melihat tin susu Pediasure dan dia mengatakan:

Qashrin: Ini Opah, ini Mummy, ini Qashrin. Sayang dua-dua. (menerangkan gambar orang di atas tin itu, yang paling tinggi Opah, yang ditengah Mummy dan yang paling kecil Qashrin)
Mummy: Hanya mampu tersenyum kerana kebijaksanaan Qashrin.

Dalam hati terdetik kesedihan dan apa yang mampu Mummy buat hanyalah berdoa kepada Allah untuk memudahkan perkara sebegini untuk Qashrin.

Pernah suatu ketika, dimana Qashrin berumur dalam 9 bulan. Kami, kawan-kawan baik pergi ke Penang untuk pergi bercuti buat pertama kalinya. Qashrin dimanjakan, diagah, diketawakan dan disayangi oleh kawan-kawan Mummy. Mereka masing-masing membahasakan diri mereka MummySu, Papa Raff, Abah Riss (atau Mamu dalam bahasa Penang) and Uncle Iss. Walaupun pada mulanya Qashrin agak tidak biasa dengan kawan-kawan Mummy, tetapi masing-masing cuba berikan yang terbaik untuk Qashrin sehinggakan Papa Raff berjaya menawan hati Qashrin. Qashrin tidak kenal mereka dan sering mahukan Mummy. Qashrin hanya boleh berbahasa baby.

Dalam tempoh Qashrin hendak membesar, Qashrin memang petah bercakap. Sedikit demi sedikit Qashrin menunjjukkan kebijaksanaanya. Qashrin mula buat ayat, mula memahami, mula membalas percakapan dan bermacam-macam perkembangan Qashrin yang tidak terakam sampai penuh memory card Blackberry Mummy.

Pada akhir tahun 2011, sekali lagi Qashrin hampir berumur 1 tahun 3 bulan, Mummy pergi ke Penang bersama kawan-kawan dan kakak dan suaminya. Qashrin juga diperkenalkan suami Mama Achik sebagai Papa Sham.

Apa cerita tentang Penang? Qashrin sukakan laut. Terpahat memori dalam ingatannya, dia berjalan-jalan bersama kawan-kawan Mummy dan keindahan laut. Pada waktu itu juga pertama kalinya dia road trip, singgah makan, berjalan-jalan lihat permandangan dan bermacam-macam aktiviti yang kami lakukan. Kami sering berbahasa loghat utara semasa kami di sana dan sering menggunakan perkataan “Mamu” kadang-kadang, Papa kadang-kadang Abah. Qashrin didengari dengan kata-kata ini dan melihat kami gembira dan seumpama dia paham apa maksud sebenarnya kata-kata itu pada dirinya.

Qashrin sering dibahasakan dengan Papa dan Abah. Walaupun Qashrin tidak paham apa itu Papa dan Abah. Apa sebenarnya erti Papa dan Abah baginya. Dia hanya mengikut-ngikut disebabkan mereka semua sukakan baby dan juga Qashrin tidak ada bapa.

Dalam tempoh umurnya nak mencecah 2 tahun, Qashrin sering ada perbualan seperti berikut kerana Mummy kadang-kadang bila waktu malam, Qashrin akan bermain BB Mummy dan melihat gambar-gambar yang ada. Ada suatu ketika itu, Mummy tertanya soalan seperti ini:

Mummy: Qashrin, Abah ichin mana?
Qashrin: Dah hilang…….
Mummy: Hilang????....dekat mana????
Qashrin: Dekat laut…...Ichin nak Mamu...Penang…..
Terus Mummy buat status di Facebook, mungkin dia rindukan kawan-kawan Mummy tu.

Tersentak hati Mummy bila Qashrin boleh bercakap begini. Lama jugak fahaman tentang Papa, Abah dan Mamu dalam diri Qashrin. Yer Qashrin sebut "nak Mamu" dan "Penang". Nampak sangat terpahat memori indah dalam dirinya percutian kami ke Penang dua kali berturut-turut itu amat memberi kesan yang mendalam bagi dirinya.

Telah lama dari itu, Mummy pernah tunjjukkan Qashrin siapa sebenarnya rupa bapa kandung Qashrin. Mummy juga tunjjukkan gambar pernikahan kami yang masih disimpan di dalam server photographer kami. Mummy tunjjukkan gambar pernikahan Mummy sedang bekas suami mengucup dahi Mummy.

Mummy: Qashrin ini gambar Abah ichin tau..
Qashrin: Diam dan tengok sahaja tanpa berkata apa-apa
Mummy: Qashrin, dulu Mummy dengan Abah ichin duduk sekali, lepas tu Abah ichin hilang, lepas tu Qashrin dalam perut Mummy. Tengok ni Abah ichin cium Mummy.
Qashrin: Sambil memandang muka Mummy dan dia berkata “Mummy, ichin takutlah, Mummy takot kan?”
Mummy: (Cuba bercakap berkali-kali, explain padanya, siapa lelaki didalam skrin laptop ini)
Qashrin: Ichin takot..Ichin taknak....

Sebenarnya Mummy cuba tunjjuk sedikit demi sedikit siapa sebenarnya bapa kandung Qashrin telahkan sehingga hari ini, tiada usaha dari pihak sana untuk berjumpa dengan Qashrin hanya berbalas affidavit dan memberi penyelesaian tidak munasabah.

Tidak lama kemudian, rasanya agak lama Qashrin tidak pernah jumpa kawan-kawan Mummy. Haritu pada bulan Ramadhan, Qashrin sekali lagi diketemukan dengan kawan-kawan Mummy semasa iftar di Tarbush.

Kami semua gembira dan masing-masing bahasakan MummySu, Abah Riss, Papa Raff dan uncle uncle yang lain. Qashrin nampak malu tetapi dia tidak langsung menangis bila kawan Mummy dukung dia.

Tidak lama kemudian, sahaja-sahaja Mummy tanya soalan cepumas dekat Qashrin:

Mummy: Qashrin, mana Abah ichin?? Abang Azran ada Papa, Abang Yen ada Daddy…
Qashrin: Mamu……...Papa Raff………(Terkejut kerana dia boleh ingat nama Raff?)
Mummy: Dalam hati terasa pelik kerana dia sering akan beri jawapan yang sama (Abah ichin dah hilang, hilang dalam laut) Mummy terus cakap, tu bukan.Abah ichinlah, Itu kawan Mummy
Qashrin: Dia terus jadi over protective dengan suara nak mengamuk dan menangis. (Iyeeeerrr itu Abah ichin, Mamu, Papa Raff. Kawan ichinnnnnnnn)
Mummy: Itu kawan Mummy lah
Ichin: (Suara dah high pitch dan sedih nak menegakkan pendiriannya yang itu bapanya) Kawan ichin, Abah ichin Papa Raff.
Mummy: Itu kawan Mummy. Abah ichin kan dah hilang…(saja revert balik apa dia cakap dahulu)
Qashrin: Tak…ader dekat makan tu.
Mummy: Makan???? Oooo makan haritu
Qashrin: A ah…itu Abah ichin

Inilah perkara salah yang telah Mummy buat. Qashrin sehingga hari ini telah membuat satu andaian dalam hatinya yang Abah dia adalah kawan-kawan Mummy walaupun dia tidak tahu apa maksud sebenar Abah pada dirinya. Jika dia tahu maksud sebenar Abah, sudah pasti dia tidak sewenang-wenangnya mengaku orang lain sebagai bapanya. Mummy rasa menyesal membahasakan kawan-kawan Mummy seumpama bapa Qashrin. Qashrin kini tidak boleh terima jika Mummy cakap itu hanya kawan bukan bapa Qashrin. Mummy dah salah dan maafkan Mummy sayang. Mummy tak sepatutnya ajar perkara yang tidak sahih kepada Qashrin. Mereka hanya bapa angkat kepada Qashrin.

Qashrin suatu hari nanti, insyaAllah dengan kuasa Allah, Qashrin pasti bertemu siapa bapa kandung Qashrin yang sebenar. Qashrin akan tahu siapa orangnya. Mummy tahu Qashrin tidak pernah rasa kebahagiaan sebagai sebuah keluarga ada ibu dan bapa, malah Qashrin tidak pernah rasakannya dari Qashrin jadi sebagai janin didalam perut Mummy. Qashrin tidak pernah rasa apa itu kasih sayang seorang bapa. InsyaAllah Qashrin, Qashrin belajar rajin-rajin dan berdoa pada Allah, supaya akan diketemukan siapa sebenarnya bapa kandung Qashrin suatu hari nanti dengan kuasa Allah.

Sehingga kini Mummy tetap memegang pendirian teguh di atas kata-kata bekas bapa mertua Mummy, "biarlah mahkamah yang tentukan" dan Mummy tunggu mahkamah yang tetapkan dan semua itu akan datangnya semua perintah dari Allah. Allah yang akan tetapkan semua ini untuk Qashrin. Mummy harap Qashrin teguh dan bersabar ini adalah dugaan yang Qashrin perlu tempuh bersama Mummy. Qashrin kuat 9 bulan di dalam rahim Mummy walaupun Mummy ditolak sekuat-kuatnya rupanya Qashrin sudah 3 minggu lebih di dalam rahim Mummy. Qashrin sangat kuat kerana Mummy terpaksa berlari-lari mengejar di pejabat Daya Bumi demi keluarga kita dan Allah tidak mengizinkannya dan berbagai dugaan Mummy perlu tempuh semasa Mummy kandungkan Qashrin selama 9 bulan. Dan Mummy nak Qashrin kuat sampai bila-bila. InsyaAllah

Xoxo,
Mummy Sayang Qashrin Sampai Bila-Bila