19/09/2012

Bercuti Ke Universal Studio Singapore

Salam ceria semua. Hari ini Mummy agak "blur" sedikit. Setelah lama bercuti, hari Rabu masuk pejabat. Lebih bertambah "blur" apabila bangun kepala masih terasa berat kerana malam tadi dah telan pil selesema dan ubat batuk. Pagi ni depan komputer masih mamai-mamai. (Alasan) Hehehe.

Bila tengok kalendar, hari ini dah 19 September 2012. Auww! 3 hari sahaja lagi. Dah dekat dah percutian pertama Mummy dan baby El Qashrin Qaisara yang akan ditemani oleh Opah. Percutian ini adalah hadiah harijadi Mummy ke Qashrin dan juga hadiah untuk diri sendiri kerana umur dah semakin muda 3.0 Ogos lalu! Erk!

Percutian kali ini amat istimewa kerana Qashrin pertama kalinya akan menaiki kapal terbang dan ke luar negara. Bertambah gembira lagi Mummy dan Qashrin bersama-sama akan ke Johor Bahru untuk menginap di sana dan kami akan menaiki bus shuttle yang disediakan ke Singapura.

Ini bukanlah pertama kalinya Mummy ke Singapura kerana sebelum ini pernah pergi. Masa tu Mummy pergi ke Merlion dan dapat lihat Universal Studio Singapore tengah dalam pembangunan lagi. Alhamdullilah. Waktu inilah baru berkesempatan dapat pergi ke Universal Studio Singapura. Mungkin agak lambat kerana mesti ramai semua orang dah pergi Universal Studio Singapore dan tengah berpusu-pusu ke Legoland Johor. Lagi bagus sebab kami boleh menikmati lebih permandangan dari bersesak-sesak dengan orang. Hahaha...Cerita pasal rancangan bercuti ni. Mummy teringin betul nak ke Sabah sambil menikmati makanan laut dan "island hoping". Mesti bestkan? Eh.. tu cerita tahun depan. Haha.

Cadangnya, kami ingin menginap di salah satu hotel 3 bintang di Johor Bahru dengan bayaran RM388 seorang. Kalau 2 orang dah jadi RM 776. Ini termasuk, sarapan pagi, tiket masuk USS dan shuttle bus kesana. Tetapi di atas nasihat kawan, lebih baik menginap sahaja di Tune Hotel dan urus sahaja semua pembelian dengan sendiri. Ini lebih jimat dan bukannya kami akan berada di dalam hotel sepenuh masa pun. Cuma untuk mandi dan berehat.

Image: Tune Hotel

Pada mulanya, Mummy lebih sukakan beli sahaja tawaran dari hotel 3 bintang tu sebab senangkan kerja. Iaitu konsep mengharapkan semua orang buat dan bayar sahaja. Jadi Mummy pon membuat carian sendiri. Nak dijadikan cerita, Tune Hotel sedang membuat PROMO Merdeka. Hanya RM 55 untuk 3 hari 2 malam. Ek Eh. Murahnya? Bila tengok gambar-gambar dari blogger lain tentang Tune Hotel di Danga Bay dan juga Tune Hotel Downtown, Penang dari blog Eyriqazz, macam okay jugak tengok gambar-gambar bilik Tune Hotel ni. Nampak selesa, dilengkapi dengan aircond, toilet, flat skrin tv, kipas dan lain-lain. Cuma bayaran tambahan untuk tambahan servis yang lain contohnya aircond kena dibayar mengikut jam.

Image: Tune Hotel

Bila tahu tentang Promo Tune Hotel. Terus Mummy sahaja masukkan butiran untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM129.80 sahaja. Haa? Macam tidak percaya je kan? Mummy pon terus buat carian untuk tiket masuk USS di laman sesawang Resort World Sentosa. Tiket masuk untuk 1 dewasa, 1 warga tua dan baby(Qashrin Percuma) hanya RM 250.00

Setelah buat kiraan, Mummy terus buat booking atas talian untuk bilik 3 hari 2 malam, tambahan set toiletries, air-cond 12-jam (kalau tak cukup boleh tambah kemudian) dan bus shuttle ke USS dari Tuna Hotel dan juga terus sahaja buat pembelian atas talian untuk tiket USS.


Cuba tengok kira-kira di bawah ini:

Tiket Masuk USS - RM 250
Dewasa SGD 68 x 2.5 = RM 170 (Mummy)
Warga Tua SGD 32 x 2.5 = RM 80 (Opah)
Kanak-kanak 4-12 tahun = RM 0 (Qashrin)

Tune Hotel (Promo Merdeka 3 hari 2 malam RM55) - RM 129.80
(Harga sudah termasuk tax, service charge dan pembelian servis tambahan)


Tiket Penerbangan Air Asia KL-JHB-KL (Promo RM 58) - RM 268.00
(Harga sudah termasuk, insuran perjalanan, bagasi 15kg, tax dan service charge untuk Mummy, Qashrin dikenakan bayaran juga sebab umur lepas 2 tahun masa tarikh penerbangan dan Opah)



Total Kos Penginapan dan Tiket USS Sahaja = RM129.80 + RM250.00 = RM379.80 (Jimat dalam RM400 dari pakej Hotel 3 Bintang & Tiket USS)

Total Kos Penginapan, Tiket USS, Tiket Penerbangan = RM129.80 + RM250 + RM268 = RM 647.80

Memang banyak jimatnya jika dibandingkan amik pakej hotel 3 bintang tu sahaja untuk dua orang dah RM766. Kalau semua beli sendiri tiket USS, menginap di Hotel Tune dan kos bas shuttle ke Singapura baru dalam RM 647.80 dan kos ini juga termasuk kos tiket penerbangan lagi tu. Untungkan?

Jimat banyak tuh. Sekarang ini, Hotel Tune pon tengah buat Promo Ulangtahun ke-5 dengan menawarkan RM0.05/malam di beberapa lokasi terpilih. Bestkan? Macam nak beli je untuk plan ke Sabah tahun depan ni. Hehehe!

Semua dah selesai. Semoga perjalanan ini berjalan dengan lancar sebab Mummy kena pastikan semua dalam keadaan baik. InsyaAllah. Amin.

Ikuti Kisah Perjalanan Mummy & Qashrin Ke USS Singapore






Xoxo
Mummy Akmar