15/09/2012

Rumah Terbuka Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak

Alhamdullilah. Tadi rezeki Mummy, Opah dan baby Qashrin minum petang di Hotel Syuen untuk majlis rumah terbuka Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak. Seperti yang Mummy ceritakan semalam, Mummy diberi tugasan untuk menjadi MC pertama kalinya di majlis ni. Mummy sampai ke Hotel Syuen agak awal sebab ingat nak rehearsal dahulu. Paling panik, apabila Setiausaha Kerja, ahli jawatankuasa sampai lambat sebab Mummy hanya akan dapat aturcara majlis dari dia. Nasib lah Kak Zah sampai 10minit awal sebelum majlis berlangsung. Kelam kabut jugak Mummy menyediakan teks ucapan nanti.

 Ayah Yob pulak taknak undur kereta dia. Dia suruh bawak je kereta dia sebab senang boleh parking depan pintu hotel terus takpayah susahkan Opah dan Qashrin. Kalau bawak kereta Getz Mummy memang lah kena parking basement.

Berdebar-debar okay nak menjadi MC

Jantung berdebar-debar lepas tu berpeluh-peluhlah jugak menggalas tugasan ni. Hahah. Bukan apa, perasaan gementar pulak ada sebab bila Mummy cakap, semua diam mendengar dengan tekun. Tapi Alhamdullilah perjalanan majlis itu berjalan dengan baiknya. Mummy di bantu oleh Kak Yati yang Mummy pertama kali kenal di situ. Dia macam juru tarian, juru vokal dan bermacam-macam hal tentang perjalanan majlis ni dia yang uruskan.

Meja VIP

Sebelum ramai orang datang

Pentas persembahan

Qashrin dengan Opah. Sampai tertidur Qashrin menunggu Mummy, sian anak Mummy tu

Ini lah tempat Mummy berdiri dengan konfidennya! Heheh

"Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, saya ucapkan kepada semua hadirin sekali. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Di minta para hadirin berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku"

Ikut saja aturcara majlis. Memula semua kena diri nyanyi lagu Negaraku! (Semangat patriotik) Hahaha. Lepas tu bacaan doa. Dan mulalah ucapan awal dari Mummy membuka tirai majlis rumah terbuka dengan kata-kata aluan kepada VIP. Antara VIP yang tersenarai, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wakil dari UniKL Medical College, wakil dari Persatuan India Muslim dan wakil dari Persatuan Ibu Tunggal Sikh dan Persatuan Wanita untuk Wanita. Lepas tu terus sahaja jemputan ucapan aluan dari Pengerusi PITMP Puan Hasmah Hj Hamzah. Lepas tu penutup ucapan dari Mummy sebelum memulakan persembahan pertama koir dari ibu-ibu tunggal ini nyanyi lagu raya. Lepas tu menjemput semua menjamu selera diikuti beberapa nyanyian lagu dari Live Band "The Beaches". Kumpulan ni mendendangkan lagu-lagu sambil kita semua makan. dan diikuti dengan persembahan dari anak-anak ibu tunggal dan juga persembahan jemputan dari Persatuan Ibu Tunggal Sikh. Hadirin yang datang lebih kurang 100 orang. (Kiranya ini cerita secara ringkas)

Masa waktu semua sedang ambil makanan. Mummy pon berhenti kejap tugasan dan menolong Opah mengambil makanan. Laju jugak langkah Mummy nanti sian pulak Opah sebab dia nak kena jaga Qashrin. Mummy amik mushroom soup untuk baby, Jelly kegemaran Qashrin, sandwiches and salads, amik nasi goreng kampung, amik pulut kuning dengan rendang pedas ayam, nasi impit dengan kuah kacang, roti jalan dan kuah kari, Mummy amik fish fillet dengan tartar sauce dan amik laksa untuk Opah dan Mummy. Laju okay kaki berjalan nak pergi mengambil.

 Macam-macam ada.

 Small bites and finger foods

 Jelly ni memang kegemaran Qashrin

 Hot and Cold drinks

Tarikan utama, laksa ni memang sedap

Dalam sedang kami semua menjamu selera, kami di hiburkan oleh nyanyian dari Kumpulan The Beaches tu lah. Nyanyi lagu Hari Raya, Love Songs dan lagu zaman-zaman dulu. Tajuk memang tak ingat lah. Sekali ada nyanyian lagu sedih ni. Lagu dia tak ingat lagu Aishah ke apa eh. Tengah-tengah makan tu, Opah cakap, "mak nampak meja depan tu orang tu nangis, sedih mak" Mummy yang tengah elok-elok makan, tersebak dada, "mak ni kenapa cakap macamtu, kan akmar dah rasa sedih nak nangis" terus Mummy nangis lap mata dengan tisu. Opah pon menitikkan air mata. Mungkin ahli tu baru sahaja bercerai. Ntahlah. Mummy terus sebak sedih, air mata bercucuran, lagi-lagi tengok muka Qashrin. Perasaan terus rasa nak nangis sebab lagu tu masih berkumandang. Nasib baik eyeliner tak rosak. Jenuh Mummy lap-lap air mata. Rasanya meja belakang atau meja lain perasaan tengok Mummy masa menangis memang tak dapat nak control dan cuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata depan Opah. Tapi memang tak boleh tadi. Qashrin hanya mendiamkan diri dan makan jelly kegemaran dia.

Lepas dari itu, Mummy cuba tengok-tengok beberapa meja yang lain. Nampak kesedihan masing-masing berselindung dengan muka "buat-buat" gembira. Apa yang menyentuh hati Mummy. Ada satu meja ini dipenuhi dengan anak-anak yang masih kecil. Anak yang sulongnya lelaki rasanya baru tingkatan satu kot. Muka dia nampak sayu. Duduk dengan adik-adik dan ibunya. Masing-masing hanya menjamu selera tetapi nampak kesedihan mereka yang mereka simpan di dalam mata mereka. 

Memang sedih. Kali ini pertemuan dengan ahli-ahli lain yang tua dan yang muda banyak memberi iktibar kepada Mummy. Mungkin penat lelah mereka berlainan atau lebih teruk apa yang Mummy alami. Dan Mummy bersyukur sangat-sangat. Alhamdullilah juga, nombor cabutan bertuah kami naik iaitu No 5! Dapat t-shirt serbaguna yang disponsor oleh Persatuan Wanita Untuk Wanita. kot.. tak sure. Tak sempat amik gambar sebab battery handphone dah abis.

Nak dijadikan cerita. Opah terjumpa kawan lamanya yang dicari-cari. Rupanya beliau adalah Bendahari persatuan dan juga ahli jawatakankuasa KUWANIS (Koperasi Wanita). Opah dan Puan Rosnah pon masing-masing sebak menitik air mata rindu berpeluk sakan mereka dan berjanji nak berjumpa bila kelapangan nanti. Jodoh Allah temukan balik lah tu.

Majlis juga memberi anak-anak ibu tunggal ni dengan duit hari raya. Masing-masing beratur panjang nak amik duit hari raya. Terpancar kegembiraan muka anak-anak kecil ini naik ke pentas nak amik duit hari raya. Mummy terpaksalah dukung Qashrin naik pentas. Dah lepas tu, masing-masing sebuk berkaraoke. Mummy kena panggil atas pentas beramai-ramai yang lain menyanyi lagu yang Mummy pon taktahu. Lagu sedih zaman dulu purbakala. Hahaha...Yang muda-muda ni nari-nari jelah weollls atas pentas. Hahaha......dalam sedih-sedih tu gelak jugak. Ntah..perasaan Mummy masa tu macam gembira dalam sedih jer. Lagu tu di "lead" oleh Pengerusi, lagu ni catchy jugak pasal jangan ingat memori lama. Eh ntah lupa dah liriknya. Kami ini berdiri je atas pentas mulut terkumat kamit ada yang tergelak ada yang malu-malu. Layankan ajer kerenah Bonda. Hehehe.

Dah tengok majlis pon dah diambil alih oleh Kak Yati sebab dia pon karaoke, dengan suruh Pengerusi pon nyanyi lagu "tuai padi antara masa" eh entah taktahu tajuk lagu tu tapi pernah dengar. Biarlah diorang seronok. Mummy melayan Qashrin dan bersembang-sembang dengan anak Bendahari tadi. Kami sahaja teman dia makan sebab dia dengan Puan Rosnah datang lambat. Mummy pon cerita pasal lagu sedih tadi. Tu lah dia cakap dekat ibu dia, jangan la pasang lagu sedih-sedih untuk majlis, mesti boleh buat sedih. Lepas tu, Mummy mintak diri dulu. Bersalam-salam dengan orang-orang kuat PITMP dulu. Tak sangka, Kak Zah bagi RM50 dekat Mummy sebab jadi MC. Okaylah rezeki lagi syukur-syukur.

Balik je rumah terus, tengok Ayah Yob tengah marinate 3 ekor ayam dan daging batang pinang, sebab malam ni ada BBQ untuk sambutan harijadi Edry. Adoihlah makan lagi rezeki dari Allah.


 Memanggang tenderloin beef dengan BBQ-grill letrik

 Ayam satu tray dan bihun ni sempat jugak Mummy masak tadi

 Birthday cake Eddrie (harapan Daddy dia nak Eddrie dapat 5 As siap tulis atas kek) Hehe!

Birthday boy dengan Qashrin

Inilah cerita untuk hari Sabtu. Qashrin pulak macam dengar batuk-batuk je. Alahai. Semoga dimintak jangan berpanjangan batuknya sebab minggu depan 23, 24 dan 25 September nak pergi JB dan pergi Universal Studio Singapore. Semua dah tidur ni. Mummy pon nak tidur dah. Goodnite everibadeh!

Xoxo
Mummy Akmar