05/09/2012

Party Idea - Meja Manisan atau Dessert Table

Semestinya setiap keluarga akan mengadakan majlis seperti menyambut hari kelahiran "birthday party" untuk anak-anak dan orang yang tersayang. Ini juga termasuk menyambut hari-hari istimewa yang lain seperti majlis aqiqah/cukur jambul, majlis perkahwinan, meraikan ibu hamil (baby shower) dan juga termasuk meraikan bakal pengantin (bridal shower).

Kini, trend mengadakan majlis-majlis di atas mesti akan dilengkapi dengan meja manisan atau lebih dikenali dengan "dessert table". Kebanyakkannya akan menghiasi meja manisan ini dengan mengikut tema tertentu dari segi warna dan juga kategori. Meja manisan "dessert table" ini dihiasi dengan cantik dan indah sekali dimana ia menjadi satu tarikan kepada tetamu yang hadir. Tuan rumah akan berasa amat gembira apabila melihat gelagat anak-anak kecil yang sukakan manisan, coklat, gula-gula, candy pop dan bermacam-macam jenis biskut dan kek yang dipamerkan dengan gaya yang tersendiri. Tidak kurang juga dengan ibu dan bapa dan orang dewasa yang tertarik perhatian untuk pergi ke meja manisan "dessert table" di majlis-majilis yang dihadiri mereka selepas menjamu selera dengan makanan utama.

Mummy nak share beberapa contoh dessert table yang Mummy suka untuk reader and follower Mummy seperti dibawah:.



Marry Poppins Tea Time Birthday Party

What will it Bee? Gender Reveal Party

Ice Cream Social Theme Birthday Party

Whimsical Garden Birthday Party

White & Pistachio Dessert Table for Wedding

Enchanted Woodland Birthday Party

Surprised Baby Shower on Oprah show


Semoga Mummy harap, info dan gambar ini dapat memberi lebih idea kepada semua yang meinginkan kelainan di majlis yang akan diraikan nanti. Let's Partyyyy!! Heehee

Xoxo,
Mummy Akmar