14/09/2012

Fesyen - Warna Hijau Pudina Yang Membuatkan Anda Nampak "HOT"

Mungkin tidak terlalu lambat untuk Mummy  kongsikan fesyen atau design trend terkini untuk tahun 2012 bagi musim panas dan musim bunga di negara barat. Saat ini hemisfera utara sedang menikmati musim panasnya manakala jauh diimpikan oleh hemisfera selatan.

Kenapa Mummy pilih dua musim ini kerana musim ini adalah amat bersesuaian dengan negara kita yang terletak di garisan khatulistiwa yang panas dan ceria.

Untuk musim panas dan musim bunga, trend kali lebih kepada mereka yang ingin merasakan diri dibaluti dengan kain syurga yang dihiasi dengan warna terang yang hebat serta tona lembut yang neutral.

Paling popular yang diperkatakan dalam dunia fesyen antarabangsa dan design baju trend musim panas dan musim bunga 2012 adalah warna Hijau Pudina “Mint Green”  Ini juga termasuk warna-warna terang lain yang memainkan peranan untuk menyerikan musim bunga dan musim ini adalah warna oren menyala, kuning lemon, hijau kuat, biru terang dan merah jambu.

Mari mulai dengan apa yang hangat diperkatakan di fesyen dunia oleh pereka-pereka  terkenal. Warna yang menjadi bahan permainan dan rekaan untuk pereka ini membuat design baju untuk trend musim bunga dan musim panas 2012 adalah Hijau Pudina “Mint Green”. Ya! anda sudah baca beberapa kali. Hijau Pudina ini adalah warna pilihan untuk pereka antarabangsa yang digayakan oleh model masing-masing di atas pentas peragaan.

Rak-rak kedai pusat membeli belah dipenuhi dengan warna-warna lembut hijau pudina yang tampak aneh dan memberi kesan lembut dan sejuk mata memandang. Pada pendapat Mummy, cantik jugak warna hijau pudina ini dan mungkin ini dapat memberi inspirasi kepada reader dan follower Mummy yang ingin kan kelainan untuk berfesyen.

Mari kita lihat contoh rekaan design baju yang menggunakan warna hijau pudina seperti berikut:


 Blazer hijau pudina yang lembut dan sejuk boleh membuatkan anda nampak panas dan seksi seperti Kim Kardashian ini dan amat sesuai untuk ke pejabat.

Jalur atau "stripe" adalah menjadi fesyen yang tidak lapuk sampai bila-bila. Cuma cardigan belang-belang hijau pudina ini nampak cantik ditambah seri dengan lace  dan di pakai dengan seluar tights

 Gayakan baju lengan panjang hijau pudina ini apabila anda ingin bersantai di tepi pantai atau bercuti bersama keluarga dan pasang anda.

 Kombinasi warna yang boleh dipadankan dengan hijau pudina iaitu kuning dan merah jambu. Anda akan nampak lembut dan berseri dengan warna blok ini.

 Jika anda peminat crochet, buka balik almari anda dan lihat koleksi crochet lama anda. Kini menjadi trend untuk design baju digayakan dengan crochet. Sama ada top blouse crochet yang seksi di atas mahupon koleksi vest yang digayakan dengan warna lembut hijau pudina ini serta ditambah seri dengan "high waisted belt bag" yang dililit tinggi atas paras pinggang.

 Untuk yang lasak tetapi masih mahu tampak lembut, gayakan denim hijau pudina ini dengan tops chiffon seperti gamba ini

 Jika anda mempunyai jamuan makan yang berprestij atau majlis mewah, warna hijau pudina ini dapat menarik perhatian ramai. Warna lembut tetapi memberi efek "hot and seksi" dapat memberi anda lain dari pada yang lain. Pilihlah fabrik french lace atau chiffon untuk menghasilkan dress yang cantik seperti ini.

 Sundress ini atau dress yang sesuai untuk musim panas dan musim bunga ini sesuai di pakai di Malaysia yang bersuhu panas. Anda tidak akan tersalah pilih dengan dress jalur begini yang boleh digayakan di mana-mana untuk aktiviti santai.

Sudah menjadi fesyen dan trend dengan konsep tops peplum dan digayakan dengan skirt. Kini baju kurung pun sudah di ubah-reka yang tambah konsep peplum seperti design baju hari raya 2012 Nurita Harith.

 Tote bag kulit ini juga cantik dipadankan di musim panas ini supaya anda nampak lebih lembut dan ceria

Menjadi salah satu trend di negara barat, kitten heels mendapat tempat untuk menambah seri pada mereka yang sukakan kasut tumit tinggi dikala hari panas terik.

Mummy berharap agar perkongsian untuk warna yang menjadi sebutan ramai untuk pereka fesyen antarabangsa ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan yang ingin mendapatkan warna lain untuk menggantikan warna biasa yang anda semua pakai setiap hari. Mungkin anda semua dapat idea untuk memilih pakaian samaada untuk konsep muslimah atau sebaliknya. 

Xoxo,
Mummy Akmar