06/09/2012

Misteri atau Kebetulan Sahaja - Demam, Selesema Dan Batuk

Ya Allah sembuhkanlah penyakit demam, selsema yang teruk dan batuk ni.

Semalam Opah dan Atok terpaksa pergi ke Kuala Lumpur disebabkan abang sulong Mummy dapat strok katanya. Opah hanya call Mummy yang mereka nak pergi ke Kuala Lumpur melawat abang sulong. Opah dan Atuk dah risau sampai nangis ingatkan strok. Kata Opah, dia nak bawak Qashrin, tetapi Mummy cakap, takperlah tinggalkan sahaja Qashrin di rumah kakak Mummy. So, Mummy tidur di rumahnya dan terpaksa ulang alik agak jauh dari pejabat. Kesiankan Opah pasti penat nak melayan orang sakit dan juga melayan Qashrin pada masa yang sama. Sebabkan terasa renjatan di dada. Abang Mummy pergi ke klinik biasa katanya Mild Strok. Smalam juga, lepas Opah dan Atok sampai mereka pergi ke Hospital dan memang bukan strok cuma paru-parunya teruk sikit. Dia tu memang taknak dengar teguran orang, dah lepas operation di SDMC hari tu, boleh lagi hisap rokok yang banyak.

Nak dijadikan cerita, semalam pagi waktu Mummy nak pergi kerja lebih kurang 7 lebih, sedang Mummy undur kereta keluar dari rumah, ternampak seorang lelaki berpakaian putih. Setelah undur ke belakang, sepatutnya Mummy akan terjumpa lelaki tu. Tetapi pelik, lelaki tu hilang seumpama dia jalan terus masuk ke dalam hutan banat di kawasan depan rumah tu.


Image: Google

Hati Mummy jadi berdebar-debar, tertanya kemana perginya orang tu. Eh betul ke orang, kalau orang apsal pulak dia masuk dalam hutan hujung tu. Dah la lalang setinggi paras peha tempat tu. Tapi tak kisahlah walaupon di dalam hati menjadi tanda tanya.

Dalam waktu bekerja semalam, tiba-tiba badan menjadi tak berapa sihat. Lepas aje abis kerja, pergi ke rumah Mummy tu. Hati berdebar-debar, dah lah hujan dan tiada sesiapa dirumah tu sebab Opah dan Atuk dah ke KL tengahari tu. Sebab nak amik baju dan keperluan Qashrin dan barang-barang Mummy. Mummy masukkan kereta ke dalam porch rumah, tunggu dalam kereta untuk bagi automatik gate tu tertutup. Jantung punya lah laju. Keadaan sekeliling hujan lebat dan tentulah keadaan agak gelap nak berbanding hari biasa. Selawat dulu, baca bismilillah 3 kali dan bagi salam. Masuk je dalam rumah, semua lampu Mummy bukak. Apa lagi laju je tangan dan kaki dah macam sotong. Walaupun badan tak sihat dalam ketakutan. Hahaha Dalam rumah sendiri pon takot. Aiyooo. Ni gara-gara terjumpa orang ke bukan orang pagi tadi tu.

Dalam kelam kabut tu, perkara penting adalah laptop dan Wimax untuk di bawa sekali, tak lupa juga kuih kegemaran, ubat Mummy & Qashrin (emergency kit) dan barang-barang lain. Sesampai je rumah kakak Mummy. Badan semakin panas. Perkara pertama Mummy buat, mandikan Qashrin dulu. Mummy tukar baju dan makan ubat dahulu. Ubat selesema dan demam. Sampai tertidur. Bangun-bangun dalam pukul 9 lebih nak mandi terasa badan sakit, tulang tangan sakit, kaki sakit, kepala jangan nak diceritakanlah.

Bangun je hari ini, terus taklarat badan. Nak pergi kerja jadi dilemma. Dalam otak dah fikir lain, tak fikir pasal perkara pelik semalam. "Eh aku ni dapat denggi ke, satu badan sakit jadi lemah, kepala jadi pening". Tak jadi pergi kerja. Terus sahaja pergi ke Hospital. Qashrin menjadi peneman Mummy yang setia kehulu kehilir dengan bantal busuk dan juga paper beg kenduri kawin Auntie Izza itu hari. Ceritakan pada doktor, saya rasa sakit tulang satu badan, belakang mata terasa berat dan doktor pon tanya ada sesiapa ke dapat denggi? Mummy jawab hari tu anak saudara saya kena denggi (cerita ni terjadi masa waktu raya haritu, Edry mula suspected H1N1 rupanya denggi, admitted SDMC jugak). Terus doktor suruh buat pemeriksaan darah. Aduh...takut betul. Kekuatan Mummy adalah Qashrin. Sabar jelah.

Dah amik keputusan darah, Alhamdullilah bukan denggi. Balik je dari Hospital terasa badan lesu lagi. Makan ubat baru lah okay. Ini pun baru lah larat nak tulis dekat blog ni. Tak berdaya badan ini.

Entahlah, demam ini sebab ternampak menda aneh ke, atau sakit biasa jer. Menjadi tanda tanya. Hmmm....

Xoxo,
Mummy Akmar