14/09/2012

Minggu Terakhir Rumah Terbuka

Alhamdullilah, dalam sedar tak sedar, minggu ni adalah minggu terakhir bulan Syawal. Tak sangka cepat je sebulan berlalu. Boleh dikatakan setiap minggu ada open house di rumah saudara dan kawan-kawan.

Memang banyak rezeki tahun ini. Ramai menjemput untuk menghadiri ke open house. Ada yang sempat tu boleh lah datang. Ada yang tak sempat tu mintak maaf banyak-banyak. Masa minggu pertama hari raya, kira hari kedua hari raya dah ada jemputan open house dari kawan-kawan sekolah dulu. Memang tak dapat nak pergi sebab hari raya kedua banyak lagi rumah saudara yang nak dilawat dan juga round rumah adik beradik. Dalam minggu tu jugak, jemputan open house  dan kenduri akikah di rumah kawan satu sekolah dekat-dekat area sini jugak.

Bagi rumah Mummy, tahun ini takde pulak Open House macam tahun sebelum ini. Bulan Ramadhan dan Syawal 2012 adalah bulan mencabar bagi keluarga Mummy kerana Opah terpaksa ulang alik ke K.L. Baru-baru ni pon Opah dan Atok baru sahaja balik dari K.L melawat abang Mummy (Ayah Yob) nye kononnya kena strok tetapi hanya paru-paru dia je. Memang cadangnya nak buat Open House hari Ahad tapi kesuntukan masa.

Tapi ada satu jemputan rumah terbuka yang Mummy rasa rugi sangat tak datang sebab hari yang sama jugak Mummy demam, selesema dan batuk lepas tengok kejadian misteri tu! Sebenarnya Mummy terlupa! Rugi kerana, inilah pertama kali Mummy dijemput oleh persatuan untuk acara besar ini. Heheh Sebab banyak sangat jemputan. Open house ini istimewa sebab dapat dari jemputan dari Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak (PITMP) sendiri yang di anjurkan oleh Lembaga Air Perak. Ahli jawatankuasa (Kak Zah) sendiri memberitahu tarikh dan waktu. Pada hari yang sama juga dia sms dan tanya kenapa tidak hadir kerana dia kata ada sumbangan untuk semua ibu tunggal iaitu wang ringgit RM150 yang disumbangkan oleh isteri Menteri Besar Perak Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Sharipah Zulkifli pada setiap ibu tunggal yang hadir dan anak-anak mereka. Alahai takde rezeki. Kata Kak Zah, nama dah disenaraikan, hanya yang hadir yang dapat dan ada 8 orang ahli tidak hadir.

Tidak lama beberapa hari kemudian, Kak Zah pon menanyakan samaada boleh ke Mummy jadi MC untuk Majlis Rumah Terbuka untuk PITMP nanti di Hotel Syuen. Saya pun rasa ini adalah peluang yang baik untuk bergiat aktif dalam persatuan. Tarikh yang dijanjikan telah tiba iaitu esok hari Sabtu pukul 3 petang. Dalam hati "berani ke ni nak jadi MC" sebab ada VIP yang hadir. Hahaha. Belasah jelah. Yang penting konfiden! So, ingatkan nak bawak Maisarah dan Qashrin temankan Mummy, tapi Opah pon kena ikot sekali nak menjaga Qashrin sebab Mummy kena ada dihadapan jadi MC. Berani ke Mummyyyyyyy! Adeyh! Fuh..Fuh...

Citer pasal open house ni, sebenarnya ini pun baru balik dari Open House rumah Auntie iaitu kakak kepada mak. Adoihai. Pergi jugaklah walaupun lepas balik office. Ada lah beberapa gambar diambil sebab keadaan terkawal. Selalunya susah betul nak handle anak lagi, nak jadi cameraman lagi, nak menyuap makan lagi dan bermacam-macam lagi hal lain. Last week, pergi open house hari Sabtu makan nasi beriyani gam kambing (kenduri akikah jugak), Ahad pulak kenduri akikah anak Abang. Akikah 3 ekor kambing, 1 kambeng panggang dan 2 ekor lagi buat kurma madu. Makan lagi. Asyik makan je. Aiseymen!!


 Mummy and baby El Qashrin Qaisara

Sempat jugak snap photo ni! Haha

Esok pulak Sabtu ada open house di Hotel Syuen. Tapi Mummy kena jadi MC hari tu. Semoga Mummy dapat melaksanakan tugas ini dengan cemerlangnya! Hahaha....Jom tengok gambar malam tadi makan-makan di rumah Mak We. Kitorang ni kira last guest yang datang. Dia buat open house dari pukul 4petang sampai pukul 10malam baru tutup dapur.


 Mummy and Qashrin pakai baju kuning-kuning diraja katanya! My feveret color selain pink!

 Tengah-tengah makan, rombongan Ayah Yob pon sampai ke rumah Opah We dari K.L. Laksa, Mee Rebus, Ketupat Daun Palas, Ketupat Beras, Kuah Kacang, Rendang Tok, Rojak Buah, Agar-Agar. *Burp*

 Layankan jelah posing Mummy kamu ni Qashrin oi! Haha Edry ni snap photo time orang tengah tak ready.

Makan-makan sambil mata tengok kucing gebu gebu. Macam takot tapi nak main dengan kucing

Muka dah mengantok, headband pon dah bukak. Siannye anak Mummy. Diorang ni hebat lagi bersembangnye pon.


 Aduhai, tulis punya tulis jam pun dah 11.39malam ni. Qashrin dah lena. Sempat lagi balik rumah menyusu dulu lepas tu main lari-lari, nyorok nyorok dengan Adrian lepas tu sendiri tidur. Okaylah uolls, Mummy pon dah ngantok sangat ni. Goodnight Dolls!

Xoxo
Mummy Akmar