01/09/2012

Majlis Perkahwinan Izza & Suami di Silveritage, Ipoh Perak

Yeay! Lepas balik kerja tadi terus sahaja ambil anak-anak abang Mummy sebab Mama diorang kerja dan abang Mummy pulak nak keluar. Diorang semua nak join makan kenduri. Dah amik diorang terus balik rumah, tukar baju kurung. Ingat nak blow rambut kejap. Tapi tengok waktu dah hampir pukul 2. Dah la nak make up lagi. Apa lagi terus sahaja mintak Opah carikan selendang hitam so that boleh digayakan dengan kurung moden lace Mummy ni. Ini kali kedua Mummy pakai baju lace ni since pertama kali buat baju ni untuk wedding kak Azura tahun lepas.

Bila gayakan tudung ni, terbukak pulak pintu hati nak bertudung. Memang nak bertudung, dalam hati kata nak, tetapi rasa macam tak ready lagi. Dah lama niat nak bertudung...tapi semenjak dah berumur 3.0 ni, niat nak pakai tudung tu semakin berkobar-kobar. Macam-macam alasan nak pakai tudung dan beribu alasan tak ready pakai tudung.

Entah macammana tadi terus request tudung nak pergi kenduri ni. Apa lagi lilit punya lilit masa dah pukul 2 lebih. Dah la dalam kereta pun terbetul-betul tudung tu. Pin sana sini diusik plak konon nak betulkan. Nasib baik okay dan tak terbukak dan terlerai tudung tu.

So, kenduri kali ni memang ramai pulak yang nak pergi. Ingatkan Mummy, Qashrin dan juga Opah. Sekali Aiman, Osha, Maisara dan Azran pun nak ikut. Memang macam rombongan sikit masa ke majlis perkahwinan kawan Mummy tu. Paling best, menu makanannya kali ini nasi beriyani, ayam goreng rempah, rendang tok(menu wajib untuk majlis perkahwinan di Perak ni), kambing masak rempah kurma, gulai lemak rebung(Mummy tak makan) dan acar buah. Memang sedap menu makanan dia. Semua yang ikut licin je pinggan masing-masing. Hahaha.

Tema majlis perkahwinan Izza kali ini merah dan hitam. Pengantin nampak sama cantik sama pandan. Semoga mereka dirahmati oleh Allah, jodoh kekal selamanya dan berbahagia selalu. Amin.........

 Ready to go to Izza's wedding

 In the car waiting for the traffic

My baby tengah makan buah oren

The pelamin

Mummy & Qashrin with the groom and bride together with Kakak Nena

 Rombongan kami sekeluarga. Qashrin tetap dengan signature pose dia nak buat "peace". Hihihiks.

Xoxo,
Mummy Akmar