07/10/2012

Kenapa Senaman Untuk Bayi Penting

Kini, masalah dengan obesiti bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, tapi kanak-kanak juga mengalaminya sejak bermula dari kecil lagi. Untuk mengelakkan berlebihan berat, pakar-pakar mengesyorkan bahawa anak anda perlu mulakan senaman sekurang-kurangnya 3jam/hari. Oleh sebab itu, anda perlu merancang aktiviti dan latihan untuk bayi anda.

Senaman Khas Untuk Bayi

Senaman untuk bayi adalah berbeza bagi setiap bayi yang lain. Bagi bayi yang tidak boleh bergerak terlalu banyak, salah satu cara untuk menyuruh anak anda beraktiviti adalah bermain di dalam kolam renang atau mainan gim bayi. Sekiranya usia anak anda kira-kira 5 tahun, anda sudah patut, menyuruh anak anda mula bermain cergas dan berjalan atau berlari sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.

Pada usia yang muda atau jika anak anda masih belum dapat berjalan, anda masih perlu pelawa atau mengajak mereka untuk bergerak sekurang-kurangnya dalam 3 jam sehari. Cara alternatif yang lain adalah merangkak, bergolek atau sebarang pergerakan. Kerana pergerakan ini adalah amat penting bagi anak anda untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa berdiam diri.


Masalah obesiti ini dipercayai menjadi masalah dan "time bomb" untuk negara-negara membangun dan maju. Kerana pelbagai penyakit boleh disebabkan obesiti ini. 

Jika anda dan keluarga anda yang suka memasak dan makan, usah bimbang kerana anda perlu bijak. Apa yang anda boleh lakukan, terbalikkan balik dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Sebagai ibu, anda boleh merancang atau melakukan latihan yang dapat membuatkan anak anda beraktiviti bersama keluarga seperti masuk larian-larian yang di anjurkan, melakukan aktiviti riadah iaitu berenang di hujung minggu, atau pun aktiviti lasak seperti berkayak atau mainan paintball. Ini adalah contoh yang saya rasa dapat merapatkan silaturrahim dan juga dapat mengeluarkan peluh. Dengan ini, dapatlah makanan yang masuk tadi di terbalikkan dengan tenaga yang digunakan dengan pengeluaran peluh yang banyak. Aktiviti seumpama ini baik untuk jantung. Keseimbangan itu penting. 

Diharap, para-para ibu dapat melakukan yang terbaik untuk anak anda dan keluarga. Apa yang penting kesihatan terjamin keluarga ceria. InsyaAllah!

Xoxo
Mummy Akmar