05/10/2012

Hari Pertama Di Johor Bahru - Bercuti Ke Universal Studio Singapore (Part 1)

Rasa dah lama tak update blog ni semenjak cuti ke JB-USS dari hari Jumaat malam hingga ke Selasa. Lagi pon Mummy baru lepas "recover" kepenatan bercuti bersama El Qashrin Qaisara dan Opah.


Ikuti Tips Dan Kisah Perjalanan Kami Di USS




Cuti kali ini memang sangat "adventure" bagi Mummy sebab ada beberapa perkara yang patut dirancangkan untuk tidak memenatkan badan atau lebih tepat sekali "hassle-free". Takperlah pengajaran dan pengalaman ini menjadi suatu yang tidak dapat dilupakan dan menjadi panduan untuk Mummy untuk merancang cuti yang akan datang nanti.

Okay berbalik pada percutian kali ini, seperti di posting yang lalu. Mummy telah membuat booking sendiri termasuk tempat penginapan di Tune Hotel, Shuttle Bus ke Universal Studio Singapore dan juga tiket masuk Universal Studio Singapore. Jadi kiranya macam cuti bajet jugaklah.  Untuk info kos kapal terbang, penginapan dan tiket boleh pergi ke link INI

Malam 22 Sept 2012, kira dah masuk 23 Sept, kami bertolak dari Ipoh dengan menggunakan bas YoYo pada pukul 1 pagi untuk terus ke LCCT. Kenapa kami naik bas? Sebab ingatkan senang terus sahaja ke airport dan takpayah Mummy nak drive ke KL dan suruh abang hantar ke LCCT. Orang yang paling excited adalah Qashrin. Seronok sangat naik bas pertama kalinya. Bila tertidur tu sampai terngigau sebut "ichin naik bas". Masalah yang Mummy hadapi adalah pemandu bas yang bawak bas laju. Entahlah mungkin dah bertahun-tahun tak pernah naik bas. Memang terasa laju. Jadi, bila nak tidur tu, terjaga-jaga disebabkan terasa dia brek mengejut. Opah pon tak dapat tidur lena. Tapi bila tengok orang lain lena sahaja. Mungkin diorang dah biasa kot. Kenapa kami naik bus ke airport sebab kakak ipar Mummy stewardess MAS yang selalu naik bus YoYo ni terus ke airport untuk bertugas.

Kami di dalam bas sebelum perjalanan bermula.


Sesampai sahaja di LCCT dalam pukul 4 pagi lebih. Kami cuba nak cari tempat makan tapi tempat yang kami nak makan tu takde orang pulak nak entertain. Mungkin masih awal lagi. Terlihat ramai orang yang tidur bersepah-sepah di LCCT sedang menunggu flight masing-masing. Kami pon terus ke Marrybrown kerana dekat situ ada nasi. Opah nak nasi lemak atau bersup sebab hari Jumaat tu untuk lunch kami makan Johnny's Steamboat manakala malam pula makan McD. Itulah sebabnya kami nak makan nasi untuk sarapan pagi tu. Sesudah sarapan, kami mencari tempat untuk solat seketika untuk solat subuh.

Masa ni dalam dekat pukul 5 pagi.
Opah makan nasi lemak ayam, Mummy makan bubur ayam sahaja.

 Qashrin yang tengah tidur terjaga dan join kami breakfast. Macam bersahur pon ada sebab awal sangat Hihihi

Ini gelagat pertamanya kaki bersilang macam ni. Santai betul anak Mummy

Lepas makan pagi dan solat, kami check-in satu bagasi besar untuk baju-baju kitorang. Tak sangka, tiba-tiba berat melebihi 15kg. Aduhai. Total berat masa tu 17kg. Extra 2kg tu kena bayaran RM45. Kami pon pergi ke tepi keluarkan apa yang patut. Rupanya pampers Qashrin ni yang berat. Nasib baik tak bawak satu tong susu pediasure 900gm yang baru. Konon takot tak cukup. Dah keluar-keluarkan barang. Timbang balik, lega betul hati berat beg terus kepada 13kg. Sebab rugikan duit sahaja 2kg RM45 walhal beli online je baru RM20 untuk 15kg. Semua barang-barang tu, Mummy letak dalam bag galas/bag pack Mummy tu dan juga bawak sebagai hand luggage.

 Saja mengada-ngada. Orang suruh smile dia bukak mulut luas-luas.

 Lagi sekali mengada-ngada. Tapi tangan tetap dengan "peace" dia tu. Hahaha

Akhirnya smile juga :P

Flight kami ke JB dalam pukul 7.25am. Qashrin dah excited sangat nak naik aeroplane. Dari pukul 4pagi dia berjaga sampai lah pukul 7pagi. Lepas tu dia dah tidur kepenatan sementara tunggu kapal terbang yang delayed kerana cuaca teruk. Kiranya dalam pukul 8pagi baru kami dapat naik ke atas kapal terbang.

Nak dijadikan cerita, kapal terbang Air Asia ni parking punyalah jauh. Penat betul jalan. Yerlah penerbangan kos murah. Takleh nak komplen lelebih. Hahaha. Apabila dah sampai di tangga nak naik ke atas kapal terbang, ada seorang lelaki menolong Mummy. Terdengar suara dia berkata "makcik naik atas dulu, biar saya tolong". Opah pon naik atas. Lelaki tadi menolong Mummy nak lipatkan stroller. Qashrin pulak tanak berdiri sebab takot bunyi bising dari kipas kapal terbang. Memang baik sangat lelaki tu. Rasanya dia datang dengan satu group dari KL nak ke JB. Nampak dia bawak satu bag galas dan juga sling beg PETRON dan kelihatan yang lain pon pegang beg yang sama. Mungkin mereka datang ke KL untuk conference ke apa taktahu lah. Dan Mummy rasa dia seorang yang kerja dengan O&G atau shipping company kot. Inilah dikatakan pertolongan Allah dimana-mana. Memang susah juga travel dengan bayi. Lebih-lebih lagi yang teman Mummy ialah Opah yang tak mampu buat apa-apa. Semua Mummy buat. Terasa sakit urat jugak angkat bag, stroller, bag pack kadang-kadang Qashrin dukung lagi. Tapi Alhamdullilah boleh jalankan tugas tu dengan baik sekali.

Dah tu, terus Mummy teringat. Masa bulan puasa haritu, masa pergi shopping di Jusco Ipoh bersama anak saudara Mummy. Dari tempat panggung wayang tu nak turun kebawah hanya ada escalator. Semua anak sedara dah turun. Bila Mummy nak turun rasa tak berani. Ntah macamana, ada seorang cina tua ini, dia letakkan botol airnya ditepi dan berkata "excuse me, let me help you". Dia ambil stroller tu terus sahaja dia bawak turun. Lepas tu dia naik balik nak amik botol air dia. Tapi taknampak dah dia lepas tu. Pertolongan macam ini yang tidak disangka-sangka terjadi dan menjadi tanda tanya.

Okay sambung balik cerita di JB. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 50minit ke JB. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Kapal terbang tu pon bergegar lelebih lah pulak. Mummy ni dah lama tak naik kapal terbang. Terasa takot plak. Jenuh pulak berzikirnya pon. Hahaha. Mummy rasa takotlah pulak. Aiseyman. Si Qashrin pulak dah mengantok lena di ulit mimpi.

 Menanti flight dari gelap sampai siang. Penat betulla.

 Mula, beratur dulu ingatkan dah boleh boarding. Sekali flight delay.

 Tunggu flight sampai tertidur anak Mummy. Sian dia.

 Naik aeroplane, terus segar balik. Posing tetap cara yang sama. 

 Apemendalah "peace" tu sampai 5 jari terus.

Dah mengantok sangat ler tu. Tukarkan pampers dan pakaikan tights.

Sampai sahaja di Airport Senai sekali lagi lelaki yang sama menolong Mummy. Di airport ni, kena naik tangga. Dia tolong Mummy angkat stroller dan Mummy dukung Qashrin bersama bag galas. Alhamdullilah, ada orang tolong. Dia sempat ucap selamat tinggal. Yang paling best Qashrin siap ckp "bye abang". PR Qashrin memang terbaik. Hahah. Dah lepas tu kami terus amik teksi ke Tune Hotel yang dikenakan harga RM 44. Kami sampai di lobi hotel dalam pukul 10 pagi. Kena tunggu check-in time pukul 2pm. Penat nya tuhan sahaja tahu. Tak cukup tidur, penat angkat luggage yang berat. Mummy pon request untuk check-in awal iaitu pukul 11pagi dan dikenakan tambahan RM 15. Tak kisahlah sebab nak katil dan tidur rehatkan badan.

 Front desk / Check-in kaunter

 Setiap bilik akan diberi akses internet 30minit. Tetapi rasanya diorang boleh bagi kalau kita mintak password lagi. Hehehe.

 Penantian yang ditunggu-tunggu. Hotel ini memang sesuai kalau untuk tidur sahaja. Di bawah ada 7eleven dan juga ATM machine. So memang kena beli air mineral yang besar tu untuk penggunaan harian, lepas tu air panas boleh dapat dengan percuma di 7eleven tu.

 My mini super-model tengah tolong Mummy tangkap gambar ni. Bilik dia selesa cuma kecik sikitlah dari hotel biasa. Untuk solat, masih muat lagi dekat area lepas toilet tu. Surau juga disediakan di tingkat 1 dan juga ironing room.

 TV, Air-Cond, Toilet semua okay.

Ada tiang besi untuk gantung baju dan meja kecik untuk letak apa-apa yang perlu

Dah dapat masuk bilik Tune Hotel. Kami pon rehat dan masing-masing tidur kepenatan disebabkan malam tadi yang tak cukup tidur. Bangun-bangun dah pukul 1pm lebih. Terus sahaja kami order McD untuk penghantaran ke bilik. Dah lepas makan. Apa kami buat? Kami sambung tidur balik. Hahaha. Memang betul-betul penat. Muka pon jadi sembab, badan jadi dehydrate dan suhu badan naik.

2 Apple Pie, 2 Sets Samurai Burger, 1 bubur kosong, 1 cheese burger.

Dah cukup kami tidur seharian. Mummy pon menghubungi saudara di JB untuk makan malam. Intan dan suami amik weoll semua pergi stulang makan nasi goreng scrapper dan seafood. Dapatlah kami sembang-sembang, update stories dan juga bergambar. Plan asal nak potong kek tu terpaksalah let go sebab macam dah lama sangat cerita birthday tu. Hahaha. Lagi pon semua dah penat.

 Nasi goreng scrapper di stulang. Mummy pernah makan di tempat ini suatu ketika dulu.

 Ikan bawal ada, ikan kerapu ada.

 Sotong lagi ada. Alhamdullilah. Thanks to Intan dan Adi sebab amik weoll dari Tune Hotel ke stulang ni dan juga Ida dan suami yang sempat juga join kami dinner di sana.

 Destinasi seterusnya dalam perancangan ke Legoland. Menurut cousin Mummy, Legoland memang sesuai untuk kanak-kanak. Sebab diorang dah pergi. Masing-masing ada annual pass. Memang senang lah pergi bila-bila je

 Anak Intan yang lelaki baju biru dan sebelah Qashrin. Yang lagi sorang rambut kerinting yang comel tu anak Ida. Pernah jumpa dengan Ida dulu masa dia mengandungkan anak pertama. Lepas tu sampai lah pergi JB kali ini dapat jumpa.

First time Qashrin boleh buat "peace" dengan cara yang betul. Hehe Cutekan mereka. 

Tips Untuk Tidak Memenatkan Badan Kalau Travel Dengan Baby
1) Kena booking flight lepas waktu check-in sebab kalau sampai hotel takpayah nak tunggu di lobi sampai termengantuk.

2) Kena datang sehari awal di KL sebelum pergi ke airport. Terasa macam nyawa dihujung tanduk sebab pemandu bas ke LCCT bawak laju macam F1 driver

Kiraan Kos Hari Pertama
1) Bus Yoyo ke LCCT : RM 48 x 2 = RM 96
2) Breakfast di Marrybrown : RM 18.85
3) Teksi : RM 44
4) McDonalds : RM 35
5) Kongsi Bayar Dinner : RM 50
6) Saja Bagi Duit Minyak : RM 15

Total : RM 258.85

Setakat ini sahaja cerita untuk hari pertama kami. Dari Ipoh ke LCCT, dari LCCT ke Senai dan terus ke Danga Bay. Nantikan cerita dan tips untuk hari kedua ke Universal Studio Singapore. Goodnite Fellas.

Xoxo
Mummy Akmar