12/09/2012

Hadis Tentang Ibu Tunggal (Janda) dan Mummy Bersyukur

Hadis Rasulullah SAW:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi SAW telah bersabda: "Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti."
  

 Image: Google

Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dengan iblis lalu baginda bertanya kepadanya, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"

Jawab iblis, "Aku benci kepada 20 jenis umatmu".

1.Engkau sendiri wahai Muhammad
2.Orang yang beramal dengan ilmu
3.Orang yang mengamalkan isi ajaran al-Quran
4.Orang yang melaungkan azan untuk solat fardu
5.Orang yang mengasihi org miskin dan anak yatim .
6.Orang yang penyayang
7.Orang yang tunduk pada kebenaran .
8.Orang muda yang taat kepada Allah SWT
9.Orang yang menjaga makanannya(makanan halal)
10.Orang muda yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT
11.Orang yang solat berjemaah
12.Orang yang solat Tahajjud
13.Orang yang menjaga dirinya daripada perkara haram
14.Orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
15.Orang yang sentiasa mengekalkan wudhuknya
16.Orang yang murah hati
17.Orang yang berakhlak mulia
18.Orang yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT
19.Orang yang berbuat baik terhadap janda(menjaga kebajikan mereka)
20.Orang yang bersedia untuk mati


Daripada petikan Hadis Rasulullah S.A.W dan juga kisah dialog Baginda yang diambil dari Blog Persatuan Wawasan Ibu Tunggal & Anak Yatim, Mummy rasa amat bersyukur tidak terkata menjadi sebagai ibu tunggal ini begitu banyak rahmat dan pertolongan yang Allah telah berikan pada Mummy dan anak. Bila difikirkan balik, Mummy bersyukur pada:
1) Bersyukur Dengan Perpisahan Yang Ditentukan Oleh Allah - Terasa nikmat kehidupan yang sepatutnya Mummy dapat selama ini. Mummy dapat rasakan sesuatu yang sukar Mummy nak terangkan disini kerana ia amat sensatif untuk diperceritakan. Ini adalah satu frasa dimana saat Mummy dapat rasakan kekuasaan Allah SWT dan terasa dekat denganNya yang Mummy tidak pernah rasakan selama ini. Frasa yang Mummy lalui ini memang mencabar disamping mengandungkan anak yang ditunggu-tunggu selama 2 tahun. Bila dikenangkan balik, betapa Allah menyayangi Mummy kerana frasa yang Mummy cakapkan ini diberikan olehNya juga untuk berkongsi bersama kandungan Mummy pada saat itu.

2) Bersyukur Kerana Dengan Perpisahan, Allah Telah Kurniakan Anak - Ya Allah, nikmat yang tidak pernah dijangka dan diduga yang Mummy akan mengandung dan mempunyai anak. Anak adalah satu anugerah oleh Allah dan bukan semua orang senang untuk dapat anak pada zaman sekarang ini. Nikmat kasih sayang seorang anak terhadap diri Mummy adalah "unconditional love" yang Mummy sendiri tidak boleh ceritakan lebih lebih lagi dikurniakan anak secerdik El Qashrin Qaisara. Bayangkan tiba-tiba sahaja, Qashrin akan cakap "Sayang Mummy" atau pada malam hari, dia akan cuba memeluk Mummy di atas katil untuk bermanja dengan Mummy dan melihat telatahnya yang menyebabkan Mummy tersenyum seorang diri sama ada senyum bangga atau senyum terlalu gembira dengan kehadirannya disisi.

3) Bersyukur Dengan Kerja Yang Ada - Bersyukur dengan kerja yang ada pada waktu ini. Mummy terpaksa meninggalkan industri, jawatan dan kerja Mummy yang dulu semata-mata membesarkan El Qashrin Qaisara. Mummy cuba untuk kembali semua kerja yang lama tetapi walaupun badan di Kuala Lumpur tetapi hati tetap teringatkan anak. Setiap malam berjauhan dengan dia dan setiap minggu terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh memang tidak mampu Mummy lakukan. Apa-apa pon bersyukur dengan kenalan yang Allah temukan dahulu telah memberi Mummy peluang bekerja di syarikat kawannya. Walaupun tugas dan jawatan Mummy yang lepas boleh memberi lebih wang tetapi kebahagian disisi anak itu lebih nilainya. Mummy bersyukur dengan pengalaman kerja yang lama selama hampir 4 tahun hingga menjawat jawatan sebagai Assistant Sales Manager tetapi Mummy terpaksa tinggalkan. Pengalaman kerja selama 4 tahun ini juga telah memberi banyak manfaat dari bermacam segi dan paling bersyukur hasil dari pekerjaan itu Mummy dapat mengumpul RM10,000.00 dalam tempoh 4 bulan sebelum bercerai dan hasil itu digunakan untuk menyara kehidupan Mummy mengandung 9 bulan tanpa kerja di Ipoh. Lihat betapa indahnya percaturan Allah SWT di dalam dugaan diberikanNya bantuan yang lain. Mummy bersyukur kepada Allah walaupun kerja yang sekarang ini tidak seberapa dan tidak sehebat seperti orang lain dan apa yang Mummy perolehi sebelum ini, tetapi amatlah cukup untuk membayar kereta, untuk menyara anak makan, minum dan pakaian, cukup untuk membayar insurans kesihatan dan pelaburan bila dia dah 18 tahun nanti, cukup untuk Mummy makan dan minum, mengisi minyak dan berikan sedikit pada Opah. Cukup untuk perbelanjaan di Ipoh ini. Bersyukur rezeki Allah tidak pernah putus. Bermacam-macam cara dan laluan disalurkan oleh Allah untuk Mummy dan anak. Betul kata orang tua "rezeki ada di mana-mana" atau lebih tepat lagi dalam kes seperti Mummy "cacing pun boleh hidup dalam batu".

4) Bersyukur Dengan Orang Sekeliling - Bersyukur kerana mempunyai keluarga yang ramai, kawan-kawan sama persekolahan, kawan-kawan di universiti, kawan-kawan di Facebook, kawan-kawan bekas suami yang masih percayakan Mummy dan kawan-kawan di dunia Blog! Syukur yang tidak ternilai. Di situ timbul pelbagai kemungkinan untuk terus maju kehadapan dengan pertolongan dari semua orang. Susah untuk saya terangkan satu-satu. Bermacam-macam Mummy perolehi dari mereka ini. Salah satu pencapaian yang Mummy gembira sangat adalah pencapaian blog Mummy ini yang dibantu oleh pakar SEO dan juga bantuan itu datang dengan secara sengaja dari dalam Malaysia dan juga luar negara. Banyak idea yang Mummy dapat seolah-olah, Mummy yang telah duduk jatuh dan kini bangun semula sedikit demi sedikit dengan adanya blog ini. Terima kasih Mummy ucapkan pada mereka "You know who you are". Jika nak dibandingkan blog ini mungkin tenggelam di page yang paling akhir di dalam search engine Google. Alhamdulillah, mereka ini tidak meminta balasan dan mereka gembira melihat Mummy gembira dan maju kehadapan. Mereka inilah yang "Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.". Kegembiraan yang dirasai amatlah sesuatu yang Mummy rasakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana nak dituliskan disini hanya mampu mengukir senyuman didepan skrin laptop Dell Inspiron tahun 2006 (laptop zaman Jepun). Semoga kegembiraan, pertolongan kalian ini berpanjangan. Mummy bersyukur kerana Allah mendetikkan hati mereka untuk berbuat baik kepada Mummy. Pertolongan dari luar negara yang Mummy maksudkan adalah apabila ada insan yang tidak Mummy kenali memberi sumbangannya untuk membuat logo design secara percuma untuk "online business" Mummy yang akan dimulakan pertengahan Oktober ini. Merekalah yang banyak memberi dorongan dan semangat hingga membuka lubuk hati untuk membuat sesuatu yang Mummy gentar untuk lakukan kerana risiko di dalam dunia perniagaan ini. Mummy rasakan jika Mummy berani tempuh dugaan dari Allah ini, mungkin sekarang masanya untuk cuba dengan dugaan yang baru. Semua ini adalah kerana dorongan mereka dan juga dapat menambah pendapatan sampingan hanya untuk  masa depan El Qashrin Qaisara. Berani atau Takut, Berjaya atau Gagal...semestinya Mummy perlu mencuba sesuatu untuk tahu dan kenal apa ertinya cabaran yang mendatang untuk menjadikan diri lebih matang di dalam selok belok dunia perniagaan yang diidam idamkan oleh Mummy sejak dulu lagi. Cuma keberanian itu terpancar pada waktu ini. Semoga Allah beri petunjjuk dan jalan. InsyaAllah. Doakan Mummy!

5) Bersyukur Dengan Kesihatan - Bersyukur kerana masih mampu menggunakan tulang empat kerat untuk berusaha walaupun seorang diri bersama anak. Bersyukur kerana mampu untuk menjaga anugerah Allah iaitu El Qashrin Qaisara. Walaupun berat bahu memikul tetapi syukur yang tidak terhingga kerana dikuatkan olehNya hati, perasaan, badan dan minda untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang paling besar iaitu membesar kan El Qashrin Qaisara dari dalam rahim selama 9 bulan seorang diri dan juga membesarkannya dimuka bumi Allah yang luas ini. Dalam hati rasa bersyukur kerana mampu membesarkan anak seorang diri sehingga hari ini. Mampu membesarkan anak itu termasuk dalam konteks menjaganya pada bila-bila masa, memastikan keselamatannya dan bersama dengannya dari dia kecil dan hingga sekarang iaitu perlu ada kekuatan. Kekuatan apa yang dimaksudkan. Semua ibu diluar sana dapat memberi bebanan mereka susah payah mereka "abang, dukung anak sekejap, tolong amik botol susu untuk saya, tolong lipat stroller ni masuk dalam kereta" dan bermacam-macam bebanan itu dikongsikan bersama atau kepada suami mereka. Tetapi tidak pada Mummy. Semuanya Mummy perlu dan terpaksa lakukan sendiri. Bukan Mummy merungut atau tidak suka akan tanggungjawab ini tetapi ini adalah realiti yang perlu Mummy tempoh untuk membesarkan anak seorang diri.

6) Bersyukur Kerana Allah Masih Sayang - Ini adalah kesimpulan yang Mummy boleh buat dan katakan di blog ini. Mummy bersyukur kerana Allah masih sayangkan Mummy. Allah beri dugaan dan Allah beri kegembiraan yang lain. Bersyukur sangat pada mu Ya Allah. Terlalu banyak yang nak diperkatakan disini tetapi cerita dah panjang lebar tentang SYUKUR nya Mummy kepada Allah. Sehingga kini masih berdoa agar Mummy terus bersyukur dan dilimpahkan rahmat ini dan semoga segala apa yang Mummy lakukan ini demi ke jalan Allah.

Xoxo,
Mummy Akmar