06/09/2012

Cara Kempiskan Perut dan Buang Lemak Berlebihan

Mengempiskan perut, mengetatkan otot abdomen dan membuang lemak di kawasan perut adalah amat mencabar bagi wanita. Terutama sekali lepas melahirkan anak. Ia memang mencabar tetapi tidak mustahil selagi anda bersedia untuk membuat peningkatan yang ketara di dalam diet anda dan mengamalkan tabiat senaman. Membuang lemak pada perut adalah penting kerana lemak di sekitar kawasan perut anda atau lemak dalaman dapat meningkatkan risiko kepada penyakit jantung, strok, kanser dan kencing manis.


Gambar: Google

Langkah Pertama
Mengurangkan jumlah kalori yang anda makan setiap hari dapat membantu mengurangkan lemak pada perut anda. Seperti diketahui oleh semua orang, badan anda menggunakan kalori untuk melaksanakan fungsi-fungsi badan dan aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, apabila anda mengambil lebih kalori daripada apa yang anda gunakan, badan anda akan menyimpan semua itu sebagai lemak. Oleh itu, elakkan makanan dan minuman yang berkalori tinggi seperti makanan bergoreng, biskut, kek, soda dan berlemak akan membantu anda mengurangkan lemak menempek di lapisan perut anda. Kerana terdapat 3500 kalori yang bersamaan dengan 1lb, jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kalori sehari, anda akan kehilangan kira-kira 1lb seminggu.


Langkah Kedua
Pilih makanan sihat untuk mengurangkan lemak pergi ke kawasan perut anda. Makan semua jenis makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijiran penuh dan tenusu rendah lemak akan membantu anda membuang lemak perut. Cara paling baik yang disyorkan oleh pakar mengisi satu setengah pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein tanpa lemak dan satu perempat dengan bijirin untuk makanan seimbang. Dengan melakukan perubahan pemakanan sebegini dapat membantu anda membuang lemak dari seluruh badan anda, termasuk perut anda.


Langkah Ketiga
Mulakan program senamrobik biasa. Senaman aerobik membakar kalori pada kadar yang tinggi yang akan membantu membuang lemak dari badan dan perut anda. Merancang untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit senaman aerobik, lima hari seminggu untuk membakar kalori dengan cekap. Termasuk berjalan, berjoging, berlari, berenang atau meyertai gim. Tahap senaman yang membakar lemak adalah apabila anda bersenam pada kadar yang menyebabkan anda berpeluh dan bernafas laju. Jika anda mengikut rutin ini, anda akan notis kehilangan lemak dari tempat-tempat lain dalam badan anda sebelum anda notis kehilangan lemak di sekitar perut anda.


Langkah Keempat
Cara yang lain adalah melakukan “crunches” abdomen untuk mengetatkan dinding dan otot perut anda. Senaman kardiovaskular akan membantu anda menghilangkan lemak disekitar abdomen anda, manakala “crunches” akan membina otot dalam abdomen anda untuk mentonakan perut anda kelihatan lebih padat dan ketat. Untuk melakukan cara ini, berbaring di belakang anda dengan membengkokkan lutut anda. Silangkan tangan anda di dada, cuba bangun dan angkat tubuh anda setinggi yang boleh dari lantai. Kembali ke kedudukan permulaan. Lakukan “crunches” 3 set dengan ulang 10-25 kali untuk mengetatkan dan mengempiskan perut anda.


Tips dan Amaran
- Ukur lilitan sekeliling pinggang anda sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pastikan anda berjaya membuang lemak dari perut anda.

- Dapat nasihat doktor anda sebelum memulakan program senaman, terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan.


Semoga tips ini dapat memberi pendekatan kepada mereka yang berusaha untuk menurunkan berat badan, mengempiskan perut dan menjadi lebih sihat bertenaga. Mummy harap ia juga dapat memberi sedikit sebanyak info kepada rakan blogger Mummy iaitu Puan Ezamiza yang inginkan tips untuk mengempiskan perut. Semoga kita semua dapat mengempiskan perut! Heeee..

Xoxo,
Mummy Akmar