18/09/2012

Alkisah Ke Cameron Highlands Heritage Hotel

Elooo peeps! Lamanya tak tengok blog ni dari hari Ahad posting untuk Hari Malaysia. Isnin dan hari Selasa ni barulah sempat bukak blog. Macam lama sangat je pon tinggalkan. Mummy sayang blog ni tau. Hahaha...

Semalam, iaitu hari Isnin, semua adik beradik dah mula balik ke rumah masing-masing. Termasuk abang sulong Mummy (Ayah Yob). Nak dijadikan cerita, abang Mummy ni rupanya di tak balik K.L terus. Dia pergi ke Cameron Highlands. Dia call Mummy dan Opah (mak Mummy) suruh datang turun Cameron Highlands makan steamboat dan tolak balik ke Ipoh pukul 7 pagi (Cadangan Pertama). Tengok-tengok jam time tu pukul 5 petang. Nak siap-siap barang pon ambil masa dalam 1 jam.

Nak tahu apa kami buat? Yea..kami siap-siap barang. Sebab tidur sehari je kan. Tapi bagasi Mummy tak mengalah beratnya sebab dengan baju Qashrin sekali (pampers, toiletries, etc). Tak kisahlah part bagasi. Tolak dalam dekat-dekat pukul 6 petang. Sebelum tu kami singgah drive-thru McD untuk lapik perut takot lambat sampai. Sebab Ayah Yob bagi timing 7.30mlm dinner jumpa di Heritage Hotel.

Kali ini Mummy memang gigih drive kereta. Sebab dah la malam, bawak laju jugak pulak tu. Sepanjang trip pergi ke Cameron Highlands sebelum ni, Mummy drive perlahan dalam 30-40km/j sebab memang tak kejar apa-apa pon dan sebab tak berani sangat. Tetapi hari Isnin semalam memang bagi Mummy satu cabaran. Selalunya selekoh Mummy akan break, tapi Mummy press paddle minyak lagi. Haha...Tapi takde lah membahayakan kami semua, kira-kira dalam 80-90km/j melalui selekoh selekoh bukit tu? Bahaya tak? Huhuhu. Tapi memang Mummy fokus abis-abisan yang dibantu oleh co-pilot Opah yang menemani Mummy sampai ke Cameron Highlands sebab Aiman (anak saudara Mummy) dah lena tidur lepas pekena set BigMac.

Ayah Yob tak henti-henti call untuk memastikan latitude kami ni dan juga risau sebab dah malam. Inilah pertama kali Mummy "gamble" drive ke Cameron Highlands malam-malam. Nasib baik cuaca tidak hujan walaupon nampak awan mendung dari Simpang Pulai tu. Abang Mummy call dan beritahu, plan dinner 8.30mlm dan beri nombor bilik kami.


Alhamdullilah, kami sampai tepat pada waktu makan malam.

Alhamdullilah Mummy sampai tepat 7.30mlm di persimpangan antara Cameron Highlands dan Gua Musang. Dah sampai situ pulak, lagi satu cabaran nak tempuh pekan-pekan kecil disitu. Nama tak ingatlah. Ramai betul rakyat asing tengah jual-beli, kereta dan lori keluar masuk. Sepatutnya boleh sampai awal lagi sebab banyak betul lori. Pandu dengan gigihnya. Akhirnya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Kami sampai di Heritage Hotel dalam pukul 8.14mlm gitu. Sampai je suruh Bell Boy tu amik bagasi kami dan terus sahaja kami ke hall makan steamboat.

 Turun kebawah untuk steamboat dinner. Di tangga ada patung beruang panda ni. Qashrin macam biasa akan bergambar dengan signature pose dia. (ada peace di pipi)

 Adrian yang happy sangat bila berjumpa dengan Qashrin

 Antara menu steamboat kami, seafood, ayam, sayuran, fishballs dan macam-macam

 Sup ayam dan tomyam

Steamboat lagi. Memang best makan steamboat sejuk-sejuk

Malam tu lepas steamboat dinner. Kami naik ke atas bilik, berehat dan bercerita isu-isu penting didalam dan luar negara. Ahaha...Biasalah isu panas dan suam-suam kuku. Antaranya kes mahkamah syariah Mummy dan lain-lain. Dah kami rehat betul-betulkan badan, tukar baju Qashrin, kami pon turun kebawah untuk evening english supper di Vintage Lounge untuk menikmati scones panas, cakes, sandwiches bersama teh panas Cameron Highlands. Memang best. Sejuk sangat malam tu. Dah makan-makan pulak, Ayah Yob ingat nak test suara nak berkaraoke. Tengok-tengok dah tutup. Rupanya semua aktiviti dalam Hotel tu sampai pukul 10malam sahaja. Aiseymen.

Rehat-rehatkan badan lepas makan steamboat.

 Connecting room for us.

 Turun bawah sementara menunggu scones yang sedap!

 Tak abis-abis peace dipipi tu

 Scones yang sedap makan dengan freshcreme and stroberi jem

 Lagi "secsay" pose from Qashrin dengan peace dia tu yang forever.

 Pilih jangan tak pilih. Jangan batuk sudah.

Keesokan harinya, sepatutnya kami bertolak awal, supaya Mummy sempat nak ke tempat kerja, tapi apakan daya, terpaksa amik cuti sebab rasanya tak terkejar waktu kerja yang bermula 8.00pagi. Kami bersarapan pagi di dalam hotel. Apa yang Mummy suka tentang Heritage Hotel dan menjadi tempat penginapan pilihan kalau ke Cameron Highlands sebab makanannya memang sedap-sedap. Menu pagi, menu buffet macam-macam ada. Untuk citarasa melayu, nasi lemak dan bermacam-macam ada dan untuk pelancong luar negara pula ada turkey slice, baked beans, roasted potato, frankfurters dan macam-macam. Malas nak list kan dekat sini. Makanan memang okaylah.

 Cuaca pagi di tingkap sebelah lif ni. Nyaman sekali

Sarapan ni share dengan Qashrin. Lepas tu rasa-rasa yang lain jugak. Hihihi

Dah sudah makan, kami terus aktiviti kami nak memetik buat strawberry. Selalunya kami akan ke Kem Slim atau Kg Sedia (eh tak ingat namanya tapi ada nama sedia). Situ ada tempat tersorok orang tempatan tanam buah strawberry. Malangnya tutup pulak hari Selasa. So, kami ke tempat komersial jual strawberry. Ini adalah pengalaman pertama kami petik strawberry disitu. MasyaAllah, tempatnya sangat menakutkan. Tempatnya sempit dan memang jauh nak naik turun tempat mereka tanam strawberry tu. Lepas sahaja petik memetik ni, kami terus ke tempat membeli belah di tempat macam pasar dekat situ. Tempat ini terletak sebelum Hotel Equatorial tu. Beli cendawan goreng, beli barang mainan Qashrin sebab dia dah mintak-mintak nak dan cuci-cuci mata je.

 Dari tempat tepi jalan tu, turun kebawah dengan tangga besi ni. 

 Ingatkan petik dekat tempat ni. Kata bangla situ, tempat ni stroberi semua dah kena racun perosak. Di ajak ke tempat lain.

Tempat ni dilarang kutip pulak sebab beracun. Kami buang je stroberi tu. Aper ler. Dah petik baru nak bagi tahu.

 Sampai sini, Opah dah berhenti. Mummy suruh Opah pegang Qashrin sebab memang tak berani sebab tangga dia ni curam sangat.

 Dah turun pulak tempat sempit tu. Kene merentasi jambatan buatan sendiri. Bawah ni sungai air sangat deras. Giler tak? Lepas dah merentasi. Kena naik lagi. Rupanya macam tempat yang kita nampak dari luar dilereng-lereng bukit. Kiranya kena petik ikut jalan yang mereka simen kan. Para-para letak stroberi ni pon bukan ada pemeriksaan pihak berkuasa ke ISO ke. Kalau runtuh, memang mati katak. Ish-ish

 Last-last kami tunggu je diatas. Yang pergi ke sana jauh lereng bukit tu, Adrian, Edry dan Aiman. Total semua RM80. Menyesal pergi sini. Ingat nak petik sendiri permintaan dari Opah sebab "fresh". Sebab dulu petik dekat Kem Slim. Memang selesa. Ditanam atas tanah rata. Boleh pulak stroberi cicah cekelat.

 Menarik perhatian Mummy, bila minah indon ni letak telefon bimbit tepi tudung dia. "Handsfree"


Dah sesudah tu. Kami balik ke Hotel berehat seketika sementara menunggu waktu nak pulang pukul 2tghari. Setelah semua barang dah disiapkan, panggil bellboy datang amik bagasi semua. Kami turun ke bawah untuk lunch dulu. Opah, Ayah Yob dan Edry masing-masing makan buffet. Mummy pulak order nasi goreng kampung heritage, Aiman dan Adrian order spaghetti bolognese.

Soft toy Monkey dengan kipas angry bird permintaan Qashrin

 Lunch buffet macam-macam selera kampung. Memang sedap.

 Mummy ala-carte je. Nasi goreng kampung ni memang sedaps.

 Abang Yen dan Qashrin

Suka sangat dengan monkey ni. Monkey ni boleh bunyi jerit-jerit.

Dah semua kekenyangan, kami pon bersalam-salam untuk pulang. Ayah Yob menuju ke kiri untuk keluar ke Tapah, kami pulak menuju ke kanan menghala ke Simpang Pulai. Perjalanan semua lancar. Alhamdullilah kami sampai Ipoh dalam pukul 4petang.

Sekian cerita Mummy. Panjang betul. Hahaha..Okaylah dah masuk solat maghrib ni. Opah dah jerit-jerit suruh sembahyang. Qashrin pon dah ajak "Jom mayang mi"

Xoxo,
Mummy Akmar