16/09/2012

Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia kepada semua!!! Yeay!!! Cuti lagi. Bestkan cuti-cuti ni. Dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga. Macam Mummy, hari ini Mummy banyak mengabiskan masa ber-blog walking. Cukup masa tengahari kena panggil tolong jadi chef di dapur. Mummy kena masak ayam masak merah 2 ekor. Ayam dah siap goreng, bawang dan bahan-bahan lain dah dikisar mengikut sukatan yang Mummy bagi yang dibuat oleh pembantu rumah kakak Mummy. Dah siap semuanya, Mummy pon turun dapur memasak.

Hari ini banyak jugak blog yang Mummy terjah. Al maklumlah, blogger baru macam Mummy ni. Walaupun blog ni Mummy mulakan pada tahun lepas, tetapi blog ini dulu terbengkalai ikut mood Mummy. Macam update dan tak update je pon. Follower pon ada 4 orang dan salah satu follower tu diri Mummy sendiri. Hahahah...sedihkan? Sekarang ni, barulah nampak sikit follower tu dah jadi 100++ gara-gara tunjjuk ajar oleh kawan blogger yang lain. Terjah sana sini. Hehehe..

Kenapa tiba-tiba Mummy nak terjah blog? Sebab Mummy dapat jumpa satu blog ni penuh dengan direktori blog-blog lain yang macam best sangat. Blog yang Mummy cakap tu Irsah.Com. Bermacam-macam list blog ada dalam tu mengikut abjad. Mummy jadikan panduan untuk Mummy blog walking hari ini dan dapat berkenalan dengan blogger yang lain. Terima kasih Irsah.Com yang memberi info kepada Mummy.

Pada petangnya pula, kami sekeluarga melayan movie dari satu cerita ke satu cerita. Diorang jelah yang layan sebab Mummy duk mengadap laptop ni menerjah sana sini. Mummy tertarik nak tengok cerita Snow White and The Huntsman. Tengok pon tak abis sebab dah nak siap-siap dinner steamboat di MovenPeak. Disitu ada bermacam-macam menu samada boleh makan ala-carte, BBQ dan Steamboat Buffet. Kami semua datang untuk Buffet Style. Makan lagi.....abis lah plan diet. Hahaha!

Makanan disitu okaylah pada pendapat Mummy. Ada seafood, daging, salad bar, yang dah bergoreng, eh macam-macam lah. Untuk dessert pulak ada ice cream dan buah-buahan segar. Apa yang Mummy makan, makan lamb chop, makan beef grill, makan udang seketul, ada fish balls semua tu, wantan mee, mee goreng, ice cream..ermm apa lagi eh. tak ingat. Semua tadi 11 dewasa 6 kanak-kanak. Dekat situ, budak-budak pon dia tak ikot umur, cara dia kira dewasa, siap bawak pembaris kalau lebih berapa cm dah kira rate dewasa. Hahaha. Semua tadi jumlah yang perlu dibayar dalam RM400++. Thank you kepada abang Mummy (Pak Nek) yang sudi membayar. Gitulah....semua dah kekenyangan. Alhamdullilah







Inilah gambar-gambar yang sempat Mummy amik sebab bersama anak kecik ni macam biasalah, paham-paham ajer dan juga cerita sepanjang aktiviti hari ini. Mata pon dah berat mengantok. Qashrin dah lena tidur. Wokeylah...Goodnite, Sleep tight......

Xoxo,
Mummy Akmar