27/08/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Tabiat Pemakanan Snek Yang Sihat Untuk Ibu Yang Hamil

Tips kali ini adalah untuk mereka yang suka ber-snek terutama sekali bagi wanita hamil. Apabila hamil, sememangnya anda akan kerap berasa lapar, jadi tidak hairan jika ibu mengandung mempunyai tabiat baru iaitu memakan snek. Jangan panik dengan tabiat ini secara semulajadi berlaku dan boleh diatasi untuk kekal sihat supaya berat badan anda tidak naik secara mendadak dan berlebihan semasa mengandung. Tips kali ini lebih kepada pemakanan snek yang berkhasiat untuk wanita hamil



Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda dengan pemakanan snek yang sihat semasa mengandung:

(1) Buat snek anda sendiri supaya anda boleh ber-snek dengan cara yang sihat. Ini dapat mengawal jumlah kandungan gula, garam dan kalori di dalam snek anda. Contoh: Masak sendiri puding laici (kita boleh mengawal jumlah gula dan juga ia tanpa pengawet) Tabiat ini boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil terlalu banyak biskut manis, kek, atau pelbagai makanan bergoreng.

(2) Elakkan makan makanan segera, kerana kebanyakan makanan ini mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah lemak yang banyak.Semestinya makanan sebegini terdapat MSG yang tidak baik untuk kandungan.

(3) Elakkan membeli-belah untuk makanan ringan atau makanan lain apabila anda berasa lapar. Kerana dalam keadaan ini, anda dengan mudah boleh tergoda untuk membeli makanan yang lebih daripada yang diperlukan.

(4) Memilih bahan buah-buahan yang dicampur di dalam kek atau roti seperti kek pisang, kek buah, kek karot, kerana anda boleh memakannya dan baik untuk ibu hamil dan bayi di dalam perut, selagi bahagian/portion makanan yang diambil munasabah. 

(5) Kurangkan memakan banyak kentang goreng, pastri, croissant, keropok, kentang goreng, aiskrim dan pencuci mulut lain yang tinggi lemak. 

(6) Pilih makanan yang rendah lemak, seperti buah-buahan segar atau kekacang, jagung, makanan rebus atau kukus dan juga sayur sayuran.

(7) Minumlah air setiap hari agar badan anda tidak kekurangan air. Cuba selingkan air ketika ber-snek.


Oleh itu, janganlah takot untuk ber-snek semasa mengandung selagi snek itu berkhasiat dan jumlah bahagian yang di ambil munasabah supaya ibu yang hamil dapat mengandung dengan sihat dan anak di dalam perut juga membesar dengan sihat. InsyaAllah.



Xoxo,
Mummy Akmar