10/08/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Senarai Semak Untuk Kelengkapan Bayi

Mummy nak berkongsi tentang kelengkapan awal bayi yang akan dilahirkan khas untuk bakal ibu (mother-to-be) yang pertama kalinya yang akan menimang cahaya mata. Semua senarai di bawah ni sangat penting dan diperlukan oleh bakal bayi yang dilahirkan.

Apabila kandungan dah masuk 7 bulan kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk permulaan menyediakan senarai semak peralatan dan pakaian untuk bayi yang bakal dilahirkan supaya bakal ibu lebih bersedia untuk mengelakkan bakal ibu terburu-buru untuk membeli belah dan terlupa barang-barang yang penting.

Mesti ramai bakal ibu diluar sana yang excited untuk shopping barang-barang bayi. Memang rasa tak sabar untuk menyediakan kelengkapan kelahiran bayi, lagi-lagi anak pertama. Membeli tu biarlah yang berkualiti dan janganlah membeli mengikut perasaan sebab bayi akan cepat membesar.


Gambar: Bebibun

Senarai Semak Untuk Kelengkapan Bayi

PAKAIAN BAYI:
List di bawah ini adalah pakaian asas untuk bayi. Seeloknya belilah pakaian bayi yang bersaiz 6 bulan ke atas sebab cepat sahaja membesar. Kuantiti yang disyorkan 6 helaian atau lebih.
Parenting-Family-Famili-Infants-Baby-SuperMom-Baby Stuff-Makan-Kitchen-Masakan-Resepi-Tips-Tutorial-Baju-Design Baju-Buffet-Hari Raya-Baju Raya-Design Baju Raya-Koleksi Baju Raya-Kuih Raya-Makan-Restoren-Travel
1.Sarung tangan
2.Sarung kaki
3.Baju lengan panjang
4.Seluar panjang
5.Baju lengan pendek
6.Seluar pendek
7.Rompers
8.Topi atau Topi Bonet


KELENGKAPAN MANDIAN:
Seeloknya belilah starter pack dahulu untuk melihat penyesuaian barang mandian dengan kulit bayi.

1.Tab mandian bayi
2.Pengalas tab mandian bayi
3.Tuala muka
4.Tuala mandi
5.Sabun cecair badan bayi
6.Syampu bayi


LAMPIN:
1.Lampin kain moden
2.Lampin pakai buang
3.Pelapik lampin (Kalau pakai lampin kain moden)
4.Tisu basah
5.Pelapik getah tempat tukar lampin
6.Beg lampin
7.Bebola kapas


BARANG PENJAGAAN BAYI:
1.Bedak bayi
2.Losen bayi
3.Minyak angin bayi
4.Sikat/Berus rambut
5.Minyak telon
6.Pemotong kuku (set manicure baby)
7. Bebola kapas muka
8.Krim ruam lampin
9.Kain bedung
10.Barut

 
BARANG KELENGKAPAN TIDUR BAYI:

1.Katil bayi
2.Tilam
3.Cadar
4.Selimut
5.Bantal
6.Bantal panjang


PENYUSUAN:
Sebaik-baiknya 6 bulan pertama digalakkan bayi dapat susu badan ibu. Sama ada penyusuan terus atau perahan susu badan.

PENYUSUAN SUSU IBU:
1.Pam (Manual/Bateri/Elektrik)
2.Bekas penyimpan susu ibu
3.Beg pendingin
4.Pek ais


PENYUSUAN SUSU FORMULA:
1.Botol susu bebas BPA
2.Puting
3.Berus botol
4.Bekas penyimpan susu formula
5.Termos
6.Botol minuman untuk air masak
7.Bekas steriliser dan pil


KELENGKAPAN BERIADAH :
1.Car seat
2.Baby sling/ Baby carrier
3.Stroller
4.Kain pelindung penyusuan (Nursing cover)


Mummy harap, panduan ini dapat menolong dalam membantu bakal-bakal ibu untuk mencari kelengkapan bayi dan memilih yang terbaik untuk si manja.

Xoxo
Mummy Akmar