10/08/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Memilih Pakaian dan Kasut untuk Wanita Hamil

Bagi wanita hamil yang perutnya belum kelihatan, anda boleh menggunakan pakaian kerja atau baju harian yang biasa digunakan. Elakkan pakaian yang terlalu ketat, terutamanya di bahagian abdomen. Apabila perut membonjol, elakkan memakai pakaian yang sedia ada. Membeli seluar dengan kolor atau tali elastik tidak terlalu ketat dapat mengurangkan tekanan pada bahagian perut dan memberi impak selesa pada wanita hamil. Mesti ramai yang tahu kerana, pada awal kehamilan, anda mungkin akan mempunyai kesan-kesan sampingan daripada kandungan itu seperti alahan, muntah, pening dan mual. Dengan berpakaian selesa dapat membantu wanita hamil selesa untuk menghadapi masalah tersebut dan mengatasinya. Pemilihan pakaian yang bersesuaian juga dapat membantu wanita hamil yang sering kerap ke tandas dengan pemakaian seluar yang selesa. 


 Photo: Google
Kain atau fabrik pakaian juga perlu diberi perhatian khusus untuk wanita hamil. Gunakan pakaian yang menyerap peluh seperti kapas. Sesetengah wanita mengandung, kadang-kadang akan terasa tidak selesa disebabkan peningkatan suhu badan secara automatik. Pengeluaran peluh yang banyak di badan juga perlu di atasi dengan teliti iaitu dengan pemilihan fabrik yang sesuai.

Bagi wanita hamil, seeloknya jangan gunakan kasut tumit tinggi ke pejabat atau berjalan terlalu lama. Pilihan kasut yang rata, tidak licin dan mempunyai pad di dalamnya adalah paling sesuai untuk wanita hamil. Kerana apabila kehamilan meningkat usia, kaki wanita hamil akan mengembang. Dengan cara pemilihan kasut yang betul, ia dapat memberi keselesaan maksima ketika anda berjalan. Jika anda mempunyai bajet lebih, belilah kasut khas untuk wanita hamil untuk keselesaan ketika memakainya.

Pakaian dan kasut untuk wanita hamil semestinya penting bagi sesiapa yang hamil pertama kalinya. Di harap tips ini dalam memberi manfaat kepada bakal ibu untuk menjamin keselasaan ibu yang hamil dan juga baby di dalam perut tu.

Xoxo, 
Mummy Akmar