31/08/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Cara Untuk Sendawakan Bayi

Beberapa hari lepas, Mummy ada berkongsikan Apa itu Sendawa Untuk Bayi. Info ini dapat membantu bakal ibu pertama kalinya mengendalikan si manja supaya kedua-dua anak dan ibu selesa. Kali ini Mummy nak berkongsi cara-cara terbaik untuk bakal ibu sendawakan bakal bayi yang akan dilahirkan. Cara-cara ini adalah praktikal yang sering dilakukan oleh semua ibu. Mungkin info ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal ibu.


 Photo: Google

Cara terbaik untuk bayi sendawa adalah dengan mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa penyusuan. Berikut adalah beberapa cara-cara untuk sendawa bayi anda:

Kedudukan Bersandar
Pegang bayi anda, letakkan kepala bayi bersandar di bahu anda. Ampukan punggung bayi, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan.

Kedudukan Menegak
Pegang bayi dalam kedudukan tegak. Dudukkan bayi di atas riba anda, tinggikan kepala dan leher kepala bayi dengan satu tangan, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan


Kedudukan Perut
Bayi anda baring meniarap diatas perutnya dan kedudukannya di atas peha anda. Kedudukan kepala bayi sepatutnya sedikit tinggi. Sengetkan posisi kepala bayi anda dan perlahan-lahan menepuk belakang bayi.

Cara terbaik untuk sendawakan bayi anda bergantung kepada setiap bayi. Setiap bayi akan mempunyai cara sendawa tersendiri yang selesa dan sesuai baginya. Setiap ibu akan cuba bereksperimen dengan kedudukan yang berlainan untuk memastikan bayi dapat mengeluarkan sendawa dan dapat mengelakkan kembung perut.

Xoxo
Mummy