30/08/2012

Tips Untuk Bakal Ibu - Apa itu Sendawa Untuk Bayi?

Sendawa bayi adalah untuk membuang lebihan udara dalam bayi keluar. Sendawa adalah satu usaha yang semulajadi untuk mengosongkan perut daripada udara berlebihan. Udara ini amnya datangnya dari suapan mulut semasa penyusuan. Udara yang masuk ke dalam perut bayi yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut. Dan ini boleh menyebabkan bayi terasa tidak selesa dan menyebabkan muntah atau muak. Setiap bayi selepas minum susu mestilah disendawakan untuk mengelakkan kembung perut.

Bagi bayi yang mempunyai pencernaan yang kurang baik, sebaikkanya sendawa kan bayi tersebut selepas 10-20 minit atau setengah jam kemudian selepas penyusuan. 

Secara amnya, proses sendawa bayi ini perlu dilakukan sehingga umur 9 bulan. Kebanyakkannya, selepas berumur 9 bulan ke atas, bayi sudah mempunyai daya untuk sendawa sendiri dimana ia dipengaruhi oleh faktor kedudukan badan yang banyak bergerak dan berubah. Sebagai contoh, bayi juga boleh mengeluarkan angin apabila bayi tidur meniarap dan angin boleh keluar dari perut dan terus ke saluran rektum dan keluar sebagai "kentut". Perkara lain juga yang perlu tahu adalah cara teknik penyusuan yang betul juga dapat mengelakkan masalah kembung perut berlaku.


Gambar: Google

Bila sepatutnya anda sendawakan bayi:

1) Pada bila-bila masa selepas minum susu. Sebaik sahaja anda rasa anak bila sudah disusukan agak penuh, perlahan-lahan sendawa bayi.

2)Jika anak anda mula kelihatan tidak selesa atau cerewet ketika penyusuan, berhenti seketika (kira-kira 10-20 minit). Kemudian, cuba untuk sendawa bayi.

3)Jika anda menyusu menggunakan botol, sendawa bayi setiap 60-90ml Walaubagaimanapun, jika anak anda menyusu badan, sendawa bayi setiap kali bayi mengubah kedudukan atau beralih dari satu payudara ke payudara yang lain.

4)Kadang-kadang anda boleh melihat jika bayi terjaga dalam tidur dan tidak selesa berkemungkinan anak anda kembung perut. Cuba sendawakan bayi supaya dia boleh menyambung tidur dengan selesa. 

5)Jika bayi minum tergesa-gesa. Tunggu sehingga dia perlahan menghisap, kemudian cuba sendawakan bayi. Selepas itu, anda mula kembali menyusukan bayi. 

Mummy harap, tips di atas dapat menyediakan ilmu awal untuk bakal ibu supaya dapat memberikan yang terbaik untuk bakal anak yang dilahirkan. Nanti Mummy share lagi tips atau cara jika anak kita kene kembung perut di posting yang lain.

Xoxo,

Mummy Akmar