25/08/2012

Tips Menurunkan Berat Badan - Dengan Air Buah-Buahan dan Sayuran (Part 2)

Seperti tempoh hari yang lalu, Mummy ada berkongsi tentang Tips Menurunkan Berat Badan Dengan hanya air buah-buahan Dan sayuran. So, kali ini Mummy nak share kan beberapa resipi buah-buahan segar dan sayuran yang boleh dijadikan sebagai minuman harian untuk diri sendiri dan keluarga.


Gambar: Google

Rasanya sangat sedap dan menyegarkan. Yang paling penting, ia mempunyai banyak nutrien, vitamin dan juga serat yang baik untuk badan kita. 
Di bawah ada beberapa resipi untuk membantu menghilangkan berat badan:

LEMON PENYEGAR
Kandungan asiditi yang tinggi sitrik lemon dapat membantu pencernaan semulajadi dan agen pembakar lemak. Apabila lemon diperah sebagai jus, ia dapat membantu menurunkan berat badan dimana lemon mengurangkan penyerapan gula dan menolong sistem pencernaan dengar cepat. Grapefruits juga mengandungi enzim pembakaran lemak serta banyak kalium. Epal menambah sedikit kemanisan dan serat, membuat jus ini menjadi sangat baik untuk penurunan berat badan. Resipi ini boleh dibuat di permulaan hari untuk sarapan pagi.

3 biji Lemon
2 biji Epal
2 biji Grapefruit

Masukkan buah-buahan ini ke dalam mesin pemerah jus, kacau dan sedia minum


JINGGA LOBAK
Resipi jus ini dapat membantu menurunkan berat badan. Ia kaya dengan beta-karotena dan lycopenese dari lobak merah dan tomato. Saderi pula kaya dengan pemangkin untuk detoksifikasi. Bukan itu sahaja, parsli dan lobak, kedua-duanya adalah sangat baik untuk mengawal tahap gula dalam darah yang dikatakan dapat mengurangkan rasa lapar. Jadi, cuba minum jus ini untuk mengisi makan tengah hari atau petang.

3 batang lobak merah
1 gengam penuh daun parsli
2 batang saderi
2 biji tomato besar

Masukkan semua bahan-bahan melalui pemerah jus dan kacau. Jika anda terasa lapar, pastikan minum segelas penuh air bersuhu bilik sebelum menikmati segelas jus ini untuk menurunkan berat badan.

KEBAIKAN HIJAU
Apabila anda membuat jus untuk menurunkan berat badan, ia adalah penting bagi anda mendapat semua vitamin yang anda perlukan. Bayam, dan brokoli adalah kaya dengan kalsium, Vitamin C dan B6 serta beta-karotena. Asparagus adalah diuretik yang cemerlang, membantu untuk mengurangkan berat badan dan air yang berlebihan. Rempah seperti lada cayenne mempercepatkan metabolisme, menggalakkan penghadaman yang sihat dan menghilangkan berat badan dengan semulajadi

1 genggam penuh bayam
1 size sederhana brokoli
3 batang asparagus
Secubit lada cayenne

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pemerah juice, kacau dan hidangkan dengan secubit lada cayenne.

KEMANISAN BERRY
Jus ini kaya dengan Vitamin C dengan fitokimia. Bahan "procyanidins" yang terdapat di dalam berry menghalang bakteria untuk melekat pada saluran kencing, mencegah jangkitan dan menyapu bersih kekotoran. Buah pelaga pula menambah sentuhan aroma kemanisan dan dapat mempercepatkan metabolisma bagi membantu penurunan berat badan.

2 cawan apa-apa jenis berry
2 biji lemon
secubit serbuk buah pelaga

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pemerah juice, kacau dan hidangkan dengan secubit serbuk pelaga.

BOOSTER TENAGA
Kubis merah penuh fitokimia yang melawan penyakit dan membantu membaikkan proses pencernaan. Beets merah dan daun salad merah kedua-duanya mengandungi sejumlah besar Vitamin C, folates, besi dan kalium semua nutrien penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jus merah menyala ini sangat baik untuk badan, membantu menurunkan berat dan juga dapat merangsang kenaikan tenaga Ia juga sangat lazat.


1 size sederhana daun salad merah
1 size sederhana kobis merah
2 size besar beetroots

Masukkan dalam mesin pemerah juice dan sedia untuk diminum

Mari kita cuba resipi-resipi ini untuk membantu kita menurunkan berat badan dan yang penting sekali dapat menyihatkan badan.

Xoxo
Mummy Akmar