22/08/2012

Tips Menurunkan Berat Badan - Dengan Air Buah-Buahan dan Sayuran

Jus buahan dan sayuran segar sememangnya memberi banyak vitamin dan khasiat dan ia juga dapat menurunkan berat badan, Ia juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan berat badan dengan secara natural dan bebas bahan kimia. Mungkin anda pernah cuba pelbagai cara untuk berdiet menurukan berat badan, memakan dan meminum jus buah-buahan segar adalah kaedah lain yang terbaik untuk anda.



Di bawah adalah beberapa bahan-bahan utama yang anda boleh gunakan sebagai panduan ketika memilih buah-buahan segar yang boleh dimakan atau untuk dijadikan jus untuk membantu anda mengurangkan berat badan:

Lobak: Buah yang lazat ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan. Walaupun buah ini sedikit manis tetapi anda boleh mendapat manfaat daripada faedah yang luar biasa dan mengagumkan, seperti perangsang pencernaan, pembersihan organ hati, dan tahap beta-karotena yang tinggi.

Timun: Asas pilihan bagi kebanyakan jus untuk resipi menghilangkan berat badan kerana ia mempunyai kandungan air yang tinggi dan rendah kalori

Saderi: Sering disyorkan untuk program penurunan berat badan.kerana ia berkalori rendah dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Untuk membuat jus menurunkan berat badan, blend kan batang saderi bersama daun hijau yang penuh dengan kolorfil 

Salad: Jenis salad hijau gelap dan tebal mengandungi nutrien lebih  Ia dapat memberi efek "Alkalizing" dan kaya dengan mineral.

Kubis: Mempunyai kuasa pembersihan dan nyah-toxin kepada badan kita. Ia sangat sesuai untuk menurunkan berat badan. Saya pasti anda pernah mendengar "diet kubis"

Akar manis/Beetroot: Ini adalah sayur-sayuran yang akan menambah kemanisan jus anda untuk menurunkan berat badan. Gunakan dengan berhati-hati.

Bayam: Kaya dengan klorofil dan mineral seperti kalsium. Bayam juga memberi efek Alkalizing dan mempunyai manfaat untuk menghilangkan berat badan yang banyak.

Tomato: Membantu mengurangkan asid dalam badan, dan bermanfaat untuk merangsang peredaran darah, pembersihan hati dan pembersihan darah.

Selada air/Watercress: Dianggap pembersih dan peneutral toksin berkuasa usus dan baik untuk buah pinggang, pundi kencing, peredaran darah, membersihkan kulit dan dikatakan untuk merangsang pembakaran lemak. 

Epal: Buah  yang rendah glycemic ini dikenali untuk pelbagai faedah kesihatan termasuk menyokong tahap gula dalam darah yang sihat.

Buah-buahan sitrus: Grapefruits dan lemon khususnya telah mendapat banyak perhatian untuk peranan dalam menyokong penurunan berat badan.

Buahan-buahan dan juga sayuran ini juga mempunyai serat yang tinggi untuk kebaikan badan. Ia juga sesuai untuk ibu dan anak. Nanti Mummy akan share kan lagi resipi jus buah-buahan dan sayuran untuk membantu mengurangkan berat badan.

Xoxo
Mummy