28/08/2012

Tips Menarik Perhatian Si Manja

Zaman kini, ramai ibu yang bekerja sepenuh masa dan cuba mengimbangkan masa untuk diri sendiri dan anak-anak. Masa yang terluang untuk anak adalah penting bagi mereka kerana tumpuan dan kasih sayang diperlukan untuk tumbesaran si manja.


Bagaimana kita hendak menarik perhatian anak kita agar kemesraan terjalin antara anak dan ibu:

(1)  Selalu memberi pelukan manja.
Anda seharusnya sering memberikan pelukan kepada si manja biar mereka merasai cinta dan kasih sayang ibu terhadap anak. Pelukan mesra dan kasih sayang ini dapat membantu mengeluarkan bahan endorphin dimana ia boleh membantu mengurangkan ketegangan saraf, kebimbangan dan kesakitan. Cubalah berperasaan positif terhadap anak dan bermanja dengan mereka kerana ia dapat menambahkan ruang di bahagian otak yang dipanggil hebokanvas yang berada dalam otak anak. Bahagian ini mempunyai tugas-tugas yang dikatakan berkait rapat dengan kekuatan memori, ingatan dan daya keupayaan pembelajaran kanak-kanak



(2) Cuba buatkan si manja sentiasa teruja dan gembira. 
Perasaan teruja dan gembira akan dapat memberikan kesan yang menakjubkan dan kesan pada jiwa anak. Jika anda dapat mengawal perasaan hati dan jiwa anak anda, maka anda dapat menimbulkan sikap agresif dan juga dinamik. Di samping itu, cara ini juga dapat memberi anak anda bersedia menerima arahan, amaran dan bimbingan. 

(3) Sayangi anak anda dan bukan terperangkap dengan kerenahnya.
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan pelukan daripada anda bukannya halangan dan soalan berunsur negatif “Mengapa makan macam ni?” “Cepat gosok gigi!” “Jangan bermain dengan rambut!” tetapi sebaliknya berkatalah dengan betul dan lemah lembut dan sebagainya. Semua kata-kata tersebut akan menyebabkan reaksi negatif kepada anak dan menjadikan mereka tidak selesa dan membuat mereka hilang keyakinan mereka. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan juga kepercayaan terhadap diri mereka sendiri. Si kecil juga memerlukan pengajaran (pendidikan) daripada anda tentang perkara baru yang mereka lalui tanpa rasa tidak yakin dan serba salah takut dimarahi oleh anda.

(4) Luangkan masa bermain bersama si manja
Bermain bersama-sama dengan anak anda. Sebagai contoh, berganding bahu anda dengan si manja bermain warna air menghasilkan lukisan atau membuat kek cawan bersama. Sikap seperti ini akan membuat anda lebih mudah untuk menarik simpati hatinya. Tambahan pula, dia juga akan merasakan kasih sayang dan keserasian akan terjalin.

(5)Bertindak mengikut kata-kata anda
Jadikan diri anda sebagai contoh yang baik untuk si manja dalam setiap perkataan dan perbuatan. Kita harus sedar bahawa ibu dan bapa adalah cermin baginya dalam setiap perbuatan

(6) Menumpukan perhatian anda apabila dia meminta anda untuk bercakap kepadanya
Mendengar dengan serius kepada setiap kata-kata anak anda untuk dia meluahkan isi hati dan perasaannya dapat membantu melegakan kebimbangan dan perasaan emosi dalam diri anak anda. Jika anda benar-benar sibuk, kemudian meminta maaf dan berjanji  kepada anak anda pada masa yang lain dan anda mesti berpegang pada janji anda.

Semoga tips dan info ini dapat diguna pakai untuk semua ibu agar kemesraan dan keserasian antara anak dan ibu lebih rapat.

Xoxo
Mummy