10/08/2012

Super Mom to El Qashrin Qaisara

Semalam, lepas 4.30pm abis kerja terus sahaja balik ke rumah. Qashrin baru sahaja lepas mandi. Terus dia datang ke pintu hadapan dengan tuala sementara Opah nak bukak pintu rumah. Hihih Cute sangat. Tak sempat nak snap photo.

Mummy pun tanyalah Opah, apa masakan untuk juadah berbuka hari ni. Kata Opah, “mak taklarat nak masak hari ni, jom beli lauk sajalah”. Dah siap-siap Qashrin, terus sahaja kami pergi ke Restoran Salim, Jalan Kampar. Restoran ni memang tersorok sikit lokasinya. Bukan semua orang tahu tempat ke sana. Tapi lauk dia memanggggg sesesedappp. Hahaha Dah tulis mcm tu, memang sedap lah. Lupa plak nak snap photo makanan. Mummy beli Sotong Kari, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng dan Papedom untuk 3 orang makan.

Ceritanya, si Qashrin ni memang kadang-kadang, bila Mummy drive, kalau dia mengader lelebih sikit, dia akan buat suara mengada “Nak Mummy, nak Mummy!” Sampai tak tenteram Mummy drive kereta.  Kadang-kadang Opah cuba tarik perhatian dia tengok burung ke, cat ke..apa-apa yang boleh alihkan perhatian dia. Kadang-kadang, Mummy akan cakap “Okay Ichin pegang tangan Mummy, Mummy nak drive nanti polis tangkap”. Dia diam ikut kan jugak. Teralih la perhatian dia sekejap.
Dulu masa dia kecik, kalau dia nak dekat Mummy, Mummy ikotkan jugak. Opah marah tak bagi buat mcmtu sebab ajar dia nanti dia nak buat lagi. Apa nak buat dah kesian dan sayangkan anak.


Sampai meleleh air liur dia baring atas dada ni. Ish Ish

Semalam, betul-betul dia nak dekat Mummy. Dah baring atas Mummy, baru dia diam cium bantal “wangi” dia. Sepanjang perjalanan dari Restoran Salim, Jalan Kampar tu sampai ke Bercham ler Qashrin duduk atas riba Mummy. Dia hanya nak Mummy peluk dia. Sampai meleleh air liur baring atas dada Mummy ni. Mata pon sudah kuyu. Best sangat kot atas dada Mummy ni? Ish Ish. Susah nak drive semalam. Drive lah Mummy perlahan-lahan ke rumah.

Qashrin dah la tinggi, montot pon dah terkena steering. 
Gigih drive jugak! Nasib polis tak tahan.

Inilah cabaran dan dugaan yang harus ditempoh sebagai ibu tunggal. Kalau Opah boleh drive, Qashrin sure takder nak buat mcmni. Tapi Opah dah tua, Mummy kene drive dan dalam masa yang sama nak melayan kerenah anak. Mungkin perkara ini kecil tapi sebenarnya berat jugak bahu nak memikul. Mummy seperti ibu dan bapa kepada Qashrin. Tabahkan sahaja diri ini untuk yang terbaik bagi El Qashrin Qaisara. Selagi mampu, berdaya dan kuat untuknya, Mummy sanggup lakukan apa sahaja.

=(,
Mummy Akmar