09/08/2012

Strangers - Iklan Hari Raya Dari Petronas

Sedang tadi nak tengok earning says.com, saja tengok video clip iklan Hari Raya Petronas. Iklan ni agak panjang dalam 14 minit. Nak dijadikan cerita, Qashrin pon ada disebelah tengok video clip ni. Ntah macammana, ada part yang bila Redza Minhat yang berlakon sebagai pekerja Petronas yang dihantar ke Uzbekistan ni guna bahasa isyarat dekat budak lelaki yang dia nak pulang ke Malaysia. Tiba-tiba Qashrin menangis dan cakap "dia dah nak balik dah". Menangis teresak-esak, muka dah merah padam nangis mcm orang kene rotan pulak. 

Menitis air mata Mummy nak memujuk Qashrin. Boleh pulak dia paham cerita ni. Sebaknya dada tengok dia. Opah sedang berbuka puasa pun terkejut ingatkan dia jatuh ke apa. Mummy pon cerita dekat Opah. Opah pon nampak macam sedih. Nangisnya berturut-turut. Dah nangis kuat, berhenti kejap. Lepas tu nangis balik dan cakap pulak "sian dia...dia nak balik dah". Baru sahaja 2 tahun umur Qashrin, dah paham hanya dengan tonton video mcm ni. Sensatifnya anak Mummy ni.  =(

Jom tengok video ni, mungkin sedikit sebanyak dapat menginsafkan kita atau memberi teladan. InsyaAllah...


2 Comments:

Nurrul Jannah said...

Akmar dah tgk iklan raya Bernas....itu lg menyentuh hati.....boleh nangis bila tgk...

Mummy Akmar said...

Yeke..aduhai..kene ready tissue lelebey sikit ni

Post a Comment