02/08/2012

Restoran Kesukaan Mummy: Restoran Dapoer Bandoeng

Mummy nak share Restoran feveret Mummy iaitu Restoren Dapoer Bandoeng di Kelana Jaya. Makanan di sini memang sedap-sedap. Pemilik kedai ni adalah senior sekolah Mummy dulu dan juga best friend kakak Mummy (Mama Achik). Beliau adalah Kak Intan Juliana. Apa yang Mummy nak ceritakan disini, keistimewaan kedai ini asalnya dari Sunda, Indonesia. Makanan dari Sunda ini amat unik dan asli dengan rempah ratusnya. Apa yang best sangat dengan makanan dari Sunda, Indonesia ni adalah SAMBAL dia. Memang kene dengan taste kita orang Malaysia, memang tidak sah kalau kita takde SAMBAL dalam menu kita kan? Sambal dari Restoren Dapoer Bandoeng ni istimewa dan rasanya sangat menyelerakan bila makan bersama nasi. Restoren Dapoer Bandoeng menyediakan 3 jenis sambal yang berbeza. Sambal Goreng, Sambal Dadak dan Sambal Ijo. Nama pun dah cukup menyelerakan dan lain daripada yang lain.


Keistimewaan yang lain, semua masakan yang dihidangkan adalah homemade recipes and cooked by pure Sundanese Chef yang diterbangkan khas dari Bandung Jawa Barat, Indonesia untuk menyediakan semua hidangan-hidangan di Restoren Dapoer Bandoeng ni. Selain dari masakan Sunda, Restoren Dapoer Bandoeng juga menyediakan masakan dari beberapa tempat iaitu Indo, Jawa Timur dan Betawi.

Mummy nak share satu hidangan ni, this is actually their signature dish iaitu Nasi Ayam Bakar dan juga Ayam Bakar Bali (resipi Ayam Bakar Bali ini adalah resipi asal oleh Ownernya sendiri). Bayangkan makanan ini dapat sentuhan orang Malaysia sendiri dan juga Indonesia. Ada fusion lah sikit dekat menu ni. Mummy pernah try Nasi Ayam Bakar dan juga Ayam Bakar Bali. Memang seeedaaappp sangat. Ramuan dia sangat segar, terasa semua spices dan juga sangat sihat. Sebab penyediaan ayam ini dipanggang atau dibakar. Memang sesuai untuk orang yang nak berdiet macam Mummy ni. Hahaha…

 Nasi Bakar dan Ayam Bakar Bali

Nasi Ayam Bakar

As for beverages, Dapoer Bandoeng signature juice is mixture of Avacado, Celery, Pineapple (Healthy Juice) dan juga Es Soda Gembira. Lepas minum Es Soda Gembira ni memang terus jadi gembira. Hahehaha…

Sesiapa yang mengunjung Restoren Dapoer Bandoeng ni, bila dah makan makanannya dan juga minuman yang sangat segar, memang tak sah kalau tak makan pencuci mulut Restoren Dapoer Bandoeng ni. Antara signature dessert yang ada adalah, Es Pisang Ijo (Originated from Sulawesi) and Es Dapoer Bandoeng. Mesti kene cuba!! Sedapp!!

Bermacam-macam menu masakan Sunda, Bandoeng Jawa Barat, Indo, Jawa Timur dan Betawi disediakan di sini. Selain makanan yang Mummy sebutkan tadi, ini adalah antara Best Seller Menu: Pepes Tahu, Pepes Ayam, Tahu Telur, Iga, Balado, Karedok (Raw Veggies served with spicy kuah kacang), lontong kari, nasi ayam kremes, sambal goreng tempe, sambal goreng kentang, nasi buntut goreng, ayam penyet, bakso, ribs & sambal, mi sanggul dan bermacam-macam lagi. Semua sedap-sedap!! MUST TRY!!

 Sup Buntut Goreng

 Lontong Kari (Memang Sedap)

 Nasi Ayam Kremes

 Pepes Ayam

 Pepes Tahu

 Sambal Kentang Goreng

 Sambal Tempe Goreng

 Ayam Penyet, Tahu Telur, Ayam Goreng Wangi dan Nasi Goreng Spesel

Untuk pengetahuan you all semua, Restoren Dapoer Bandung ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Sarapan Pagi dan juga review dari Berita Harian. Dan paling BEST sekali, Kak Intan Juliana ni juga ramai dan rapat dengan Artis-Artis tempatan ni. Tu yang best pergi Dapoer Bandoeng, tengah-tengah makan boleh terjumpa rakan selebriti beliau. Boleh lah amik Autograph sekali untuk kenangan kan? Antara Artis yang datang makan di Restoren Dapoer Bandoeng adalah, Emelda Rosmila (senior sekolah Mummy jugak ni), Yuna (Mummy suka lagu Yuna...Dan Sebenarnya...), Zain (Ruffedge), Serena anak Dato' Chef Wan, Qi, Yasmin Hani dan juga Suraya Dato' Seri Yeop Jr (TV Presenter), Najwa Latiff, Group Meet Uncle Hussien. Menarikkan???? Cuba bayangkan tengah-tengah menikmati makanan tertiba ada Artis datang???? Hihiihi

 The owner and Yuna

 Bersama dengan Serena Dato' Chef Wan

 Penghargaan Plot dari Jalan-Jalan Cari Makan

 Kak Intan dengan pelakon popular Emelda Rosmila

 Zain (Ruffedge)

 Antara rakan selebriti Kak Intan 

 Dapoer Bandoeng di Majalah.

 Kenagan bersama Raja Permaisuri Agong Perak, Tuanku Bainun

 Hahaha, Abang Yen, Opah, Mama Achik, Qashrin and Auntie Intan di Dapoer Bandoeng.

Jadi, Mummy nak ajak reader and follower Mummy makan dan bawak family semua ke restoran kesukaan Mummy ni Restoren Dapoer Bandoeng. Manalah tahu sambil makan-makan tu terjumpa artis dan boleh dapat autograph. Haha..

Alamat Restoren Dapoer Bandoeng
114 Blk E No.1 Jalan SS 6/2 Kelana Parkview,  
Petaling Jaya,  
Selangor 47301,  
Malaysia

Xoxo
Mummy


8 Comments:

QueeN TerataI said...

MAKANAN mmg nampak menyelerakan... :)

Mummy Akmar said...

Pergi lah ke Dapoer Bandoeng..diorang ade buat Ramadhan Buffet RM35 per pax sahaja..

Hidayah Bach said...

wahhh..special review betul nih..
:)

Mummy Akmar said...

Hehehe...

:: Mrs.Eady :: said...

glamour mak jemahh..heheee...

Mummy Akmar said...

hahaha kannn?? agak2 nak jomper artis..moh le ke dapoer bandoeng..huhuhuhu

Budak Felda said...

nampak menyakinkan..huh dah ekat ni PJ jer

Mummy Akmar said...

memang dekat dengan PJ.. restoren ni opposite Giant Kelana Jaya jer...tengah ada buffet ramadhan RM35 je

Post a Comment